Isnin, Jun 07, 2010
TERBANG HUJUNG MINGGU
Bila dah makin usia memanjat ni, gua makin faham game dan strategi. Sedang orang Malaysia tertunggu-tunggu World Cup, gua tengah layan NBA Finals: LA Lakers vs Boston Celtics.
Gua tonton NBA dan cuba praktis gerakan setiap pagi sabtu dan Ahad. Gua semakin menyengat sekarang. Gua dihormati kawan dan disegani lawan. Chewah!
Walaupun gua kagum dengan Kobe Bryant dari Lakers, gua pro-Celtic musim ini. Kenapa? Gua rasa Celtics underdog dan gua memang sokong orang lemah. Dan dalam Celtics ada Rajon Rondo, hero gua sekarang. Dia point guard dan playmaker untuk Celtic. Rajon Rondo bertubuh kecil berbanding pemain lain tetapi dia boleh rebound, steal, assist dan drive masuk ke basket. Dia main professional dengan gaya street. Love it!
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, - gua rawat badan hanya untuk siksa diri atas gelanggang pada Sabtu dan Ahad. Tuhan maha adil. Dia bagi wisdom dan pengalaman tapi Dia tarik kesihatan. Sekarang, badan gua cepat penat, luka lambat sembuh, otot lenguh-lenguh dan urat-urat tersimpul sana sini. Alahai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
91 PENINSULAR DIVIDE
Aku jarang mahu peduli dengan acara perlumbaan basikal, tetapi tahun ini aku berdebar mengikuti perjalanan Peninsular Divide 2025. Kalau la...
-
Beberapa kali sudah membuat cubaan berkhemah ke Sungai Lemako, Hutan Endau Rompin, tetapi gagal. Kalau hujan, jalan ke sini bakal hilang dar...
-
8 Ogos 2025. Tahun ini Gleywak Bikecamp 2.0 diadakan di Ulu Kasar, Terengganu. Kenapa tempat ini dipanggil Ulu Kasar? Sekali pandang, tempat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...

4 ulasan:
wah...dahsyat jgk tok ni! dah senior ni, xnk bukak kelas ke? sy sudi mnjd muridnya! boleh cuba sukan lain jugak ni...
tok selalu dok main kat mana?
tok, wa sempat tgk pagi tadi masa dok kat mekdi,ada bukak. masa point 88 sumthing tu, yg rondo shot masa counter memang street abeh..
tok, wa sempat tgk pagi tadi masa dok kat mekdi,ada bukak. masa point 88 sumthing tu, yg rondo shot masa counter memang street abeh..
Catat Ulasan