Jumaat, Mac 04, 2011

MISTERI SETOR

Kebanyakan pejabat menyediakan tempat solat untuk pekerja muslim. Paling tidak pun dibenarkan solat dalam setor.

Perghhh! Entri ini bermula cantik macam sebuah entri dakwah. Tapi sebenarnya entri sekular.

Setor pejabat aku boleh jadi macam-macam. Kadang-kadang jadi surau. Kadang-kadang jadi fitting room. Kadang-kadang jadi tempat tidur. Aku syak juga jadi port makan untuk akak-akak uzur di bulan puasa.

Tapi kata orang itu, pandai makan pandai simpan la. Lepas guna, kemas. Jangan ada kesan.

Contohnya, kalau guna setor untuk bersalin pakaian sebelum pergi aerobik, pastikan setor tu kemas.

Semalam budak pejabat mengadu kat aku. Dia sedang selak-selak cari fail tiba-tiba terjumpa seluar dalam wanita saiz XL. Dia langsung buat pengumuman, siapa akak-akak yang tercicir seluar dalam, sila tuntut. Tak ada pula yang ngaku.

Seluar dalam itu pun dibuang dalam tong sampah. Aku rasa budak pejabat itu suwey 44 hari selepas itu. Begitu juga fail-fail dalam rak dalam setor itu.

Sekian, flashback saya.

6 ulasan:

ZieSakura berkata...

hahah..last week pergi pejabat sirim shah alam.kat depatment sains. pergh,memang betolll, bilik simpanan fail2 tu diorg wat tempat solat n lepak2..huhu..surau khas jauh kot

nad berkata...

siapa yang nak ngaku, dari malu baik diam je..haha

Mimie.Candy Cane berkata...

Ayat last tu mengingatkan saya kepada pak munamer yg sakit gout tu..

dugongsenyum berkata...

kah kah kah

StingRay berkata...

saiz xl tuu..

dia tak bawak pegi ukur sorang2 ke seluar dalam tu? hahaha..

ENCIK TIKUS berkata...

ceh seluar dalam.. warna apae?

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...