Rabu, April 20, 2011

E-MEL 1MALAYSIA

Gua masih lagi bengang dengan cadangan bangang Emel 1 Malaysia.  Gua tengok klip PM baca teks ucapan yang disediakan untuknya dalam berita TV.  Penuh mambo jambo jargon tekno. Tapi masih lagi tidak dapat disembunyikan projek ini projek bangang.

Gua bukan keseorangan dalam bengang, ramai lagi orang bengang hingga #1malaysiaemail jadi ngetop topic trending tempatan.

Gua harap PM berani buat pembatalan demi kesejahteraan rakyat.

Menurut The Star Apr 20, 2011:
Datuk Seri Najib Tun Razak, who announced this yesterday, said the 1MY E-mail initiative would allow “direct and secure” communication between citizens and the Government while enhancing the delivery of government services to consumers and businesses alike.

Menurut Berita Harian Apr 20, 2011:
INFO: E-mel 1 Malaysia
Dikendalikan oleh Tricubes Bhd yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang biometrik dan kad pintar.
Dimiliki sepenuhnya oleh Tricubes menerusi bidaan terbuka Unit Perancangan Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Malaysia (MAMPU).
Menjadi platform utama dan rasmi bagi komunikasi dua hala rakyat dengan kerajaan.
Dilengkapi pautan yang membolehkan beberapa urus niaga berkaitan agensi kerajaan dilaksanakan.

Menurut Malaysia Kini Apr 19, 2011:
Syarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut KLSE.Info. Saham Tricubes melonjak selepas pengumuman.
Click to enlarge
Soalan Kefahaman Ramalan Kertas Ekonomi STPM 2011
Adakah pengalaman 12 tahun dalam kad pintar dan biometrik bermakna Tricubes akan menjamin pengedalian e-mel?

  1. Apakah pengalaman Tricubes dalam bidang e-mel?
  2. Adakah selama ini kerajaan tiada saluran "direct and secure" komunikasi dengan rakyat?
  3. Adakah rakyat ada melaungkan keperluan mendesak untuk emel peribadi dengan jenama 1Malaysia?
  4. Apa jadi dengan projek 1 Bayi 1 Emel yang dilaungkan dalam inisiatif K-Perak pada tahun 2005?
  5. Kenapa e-mel satu rakyat ini tidak diminta pandangan rakyat sebelum bikin?
Tambahan:

The Star 20 April dipetik,
Datuk Seri Najib Tun Razak tweeted early Wednesday morning that public funds were not involved in the project, which involves a RM50mil investment.
“Before I sleep , let me clarify that the 1Malaysia E Mail is a private sector project. No public money is involved n entirely voluntary,” he said in his tweet.
 Tetapi, kenapa PM tak tekan hal ini masa mula-mula umum semalam? Mmmm... Ini damage control statement.  Kan?

    7 ulasan:

    Adam Ruslan berkata...

    Menjadi pembekal untuk kerajaan bagi perkhidmatan dan pekakasan IT adalah cara paling mudah untuk mendapatkan tender paling 'overrated'.

    Quick money!

    Buat jalan lagi susah dan banyak kos.

    Megat berkata...

    Kenapa tidak diberi kepada Jaring yang pengalaman mereka dalam bidang Internet ini lagi lama? TM pun kalah.

    Tanpa Nama berkata...

    cis, gua baru je abiskan sejam baca theStar sambil pekena kopi-0. ingat nak lupakan je isu bebal ni, tapi bila baca entri ni ati jadi panas pulak. gua ada konklusi sendiri untuk soalan2 cemerlang tok ni.
    #1: tricubes memang takde pengalaman, pendek kata apa2 pun takde kot. sebab tu dapat job ni.
    #2: saluran dah banyak, tapi macam tak cukup2 lagi nak kekang sensitiviti rakyat dalam beberapa isu sensitif. kalau nak ikutkan, pegi post office pun dah kira orait ape.
    #3: rakyat tak laung apa2 pun.
    #4: projek 1Bayi 1Email tu gua dah lupa ape bullshit dia punya cerita.
    #5: la, nak naik harga makanan ruji rakyat pun tak mintak pandangan langsung, ni kan pulak email bangang ni.
    ni sume pendapat peribadi gua je lepas absorb kafein tadi.

    Nik Zulkhairi berkata...

    salam SAPUmalaysia.
    najib cakap job ni tricube yg tanggung, gomen tak leuar modal sesen. tapi tricube dahh hantar surat kat SC bulan ni, bagitau yang dia 'menang' job ni dan boleh menstabilkan dia punya kewangan.
    sekian.

    @rep berkata...

    volunteer yang bernilai RM50juta. HEBAT!

    yg_indah berkata...

    adakah gomen semakin 'bebal' atau kita (rakyat) semakin cerdik?

    azka berkata...

    aku ingatkan setakat salam 1malaysia saja.. ni dh merebak kt emel

    73 SUNGAI TELOR

      Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...