Rabu, Julai 27, 2011
EUTHANASIA SIPUT SEDUT
Aku tak makan siput sedut. Tapi dulu, masa kecik-kecik memang pantang jumpa. Suka sangat.
Nama sainsnya adalah cerithidea obtusa. Nama kampung dia, siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung, siput mata merah merupakan sejenis kerang-kerangan siput air tawar yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. Memang sedap kalau masak lemak.
Suatu hari abah bawa balik siput sedut segar. Hidup lagi. Dia merayap-rayap dalam mangkuk. Comel sangat.
Untuk masak, siput itu perlu dimasukkan dalam air panas menggelegak. Kasihan. Tak sampai hati nak nengok. Terus aku berhenti makan. Sampai sekarang ni.
Tak baik menyiksa binatang dengan api atau air panas. Kalau masukkan dia dalam peti ais kat tempat beku tu mungkin lebih berperikemanusiaan. Biar dia mati hipotermia.
Kalau aku boleh berhenti hisap rokok, macam aku berhenti makan siput kan bagus. Padahal hari hari aku siksa tembakau tu dengan api. Alahai!
ps.
Lama tak blogging. Menulis pun macam menari tak ikut rentak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
10 ulasan:
dah lama xupdate...sibuk dengan gangguan ye tok
saya berhenti makan siput sedut sebab pernah dapat siput ada lumpur...
Tak pernah plak siram siput hidup2 sedut dgn air panas.
sy mmg tak makan siput. tp tok, mak sy takde lak matikan siput dengan air panas. guna air paip jer dia dh mati dh...
tu la pasal tok...
sy doakan semoga tok berjaya berhenti merokok. aminn....
sedapnya gulai siput hehehe..tok siksa tembakau ke tok seksakan diri dengan hisap rokok hehehe :)
terima kasih kerana update..
berhenti rokok? buat method yang sama. rendam dalam petrol panas stick tu, lepas tu baru nyala api. bernas?
tak pernah makan sebab namanya siput.
hari tu..ms g water rafting..jumpa siput sedut warna hitam licin tu banyaaaaaak...jadi jakun jap sbb mmg dh lama sgt x jumpa. haha
Siput tu bermata merah sebab lama sangat celik mata berendam dalam air. Saya selalu failed kalau makan siput ni. Setiap kali nak sedut je mesti tercekik terus di anak tekak. Lepas tu nak termuntah sebab tercekik. Tak berkenan dah nak telan.
Catat Ulasan