Isnin, November 03, 2014

PEWAI

1

Aku pertama kali dengar perkataan 'pewai' ketika aku bersembang dengan kaki gunung. Kaki gunung di sini bukanlah lokasi paling bawah untuk sebuah gunung tetapi merujuk kepada orang yang hobinya memanjat gunung.

Aku pun tidak pasti asal usul istilah 'pewai' ini yang biasa digunakan oleh kaki gunung ini datang dari mana. Aku amati dengan teliti konteks di mana perkataan pewai ini digunakan. Akhirnya aku rumuskan:

pewai = keletihan yang amat sangat

Dalam keadaan paling terlampau pewai, seseorang pendaki itu mengalami kekejangan otot, muntah-muntah dan patah semangat. Malah sering kali didengar ketika seseorang itu pewai dia akan buat kenyataan, "Ini last aku manjat gunung." Kemudian seseorang dalam kumpulan akan menyindir, "Dulu pun kau kata begitu." Dan, semua pun ketawa. Mereka akan berehat sebentar, kemudian teruskan lagi perjalanan.

Dari satu sudut, pewai itu adalah satu fenomena negatif tetapi jika engkau berfalsafah ianya satu keriangan. Aku akan perjelaskan lagi.

Memetik kata Rumi*, "Kau mestilah terus mematahkan hati mu sehingga ia terbuka." Jika sesuatu itu terlalu mudah maka ertinya dalam hidup engkau akan sangat kurang. Sesuatu yang membuat engkau pewai akan mematangkan dan mendewasakan engkau.

Maka, aku pilih tajuk PEWAI sebagai tajuk makalah ini.


*Rumi adalah penyajak sufi abad ke 13.


.....
Catatan Pembaca
huhu...tok, dila jarang borak dengan tok kan. kalau tak agaknya dah lama tok dengar perkataan tu dari mulut dila 4-8tahun yg dulu. pewai diambil daripada perkataan asal "piawai" atau had tertentu. Jadi kalau dah tak larat, kami akan sebut dh pewai. Budak2 askar slalu guna ;) - Buruj

2 ulasan:

BuRuuj berkata...

huhu...tok, dila jarang borak dengan tok kan. kalau tak agaknya dah lama tok dengar perkataan tu dari mulut dila 4-8tahun yg dulu. pewai diambil daripada perkataan asal "piawai" atau had tertentu. Jadi kalau dah tak larat, kami akan sebut dh pewai. Budak2 askar slalu guna ;)

Unknown berkata...

Cari maksud pewai, jumpa blog tokrimau. How's it going boss? Tak sempat join JB Fest tahun ni. :(

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...