Pro: Ringan, murah, sesuai dengan semua jenis kereta, tidak perlu upah orang untuk pasang
Con: alat jadi hangat setelah digunakan beberapa lama, stesen FM yang dipilih biasanya ada gangguan dari stesen lain. Dalam gelap susah mahu buat penalaan stesen.
Ini bukan MP3 player. Ia adalah MP3 transmitter.
Jenama: V6 (Tidak kreatif langsung)
Jenis alat: MP3 Transmitter
Tugasnya: Menghubungkan USB Drive yang mengandungi mp3 player dengan radio kereta.
Sumber tenaga: Cucuk di lubang pencucuh rokok kereta.
Sumber MP3: USB Drive (Tidak dibekalkan. Beli asing)
Cara menggunakan: Cantumkan USB Drive dengan MP3 Transmitter dan cucuk MP3 Transmitter ke lubang pencucuh rokok. Buat penalaan stesen radio MP3 tranmitter dan Radio kereta agar selari.
Syarikat Pengeluar: Lin Feng, China
Harga: RM86 di Jusco Tebrau City, JB.
Sekarang aku boleh dengar MP3 Gitar Tong berdendang dalam Mobil Rimau.
Isnin, Mei 29, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
79 Bangga
Hari ini agak menggembirakan. Seorang atendan minyak terlihat basikal di dalam keretaku. Dia terus bertanya, “Abang umur berapa?” Bara...

-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Untuk mengelakkan kecederaan kaki seorang pemain bola keranjang perlu memiliki kasut yang selamat. Nike AIR FLIGHT SKOOL: Upper full-grain...
7 ulasan:
aku sudah pernah lihat daun dan cik easy bereksyen eksyen dengan bendalah ni
ada yang sama tapi tak serupa.. :)
Kan ada MP3 player kereta yang ada USB port. Awat tok tak beli yang tu.
Oooo.... tak dak duit.....
Paham... paham....
Psss.... kat Tanjung ada jual tak transmitter tu?
Bila nak tukar kereta?
dulu. aku tak tau camne bende alah ni bekerja. aku ingat kan magis. sambung2 wayar ke.
rupe nye. mende alah tu tukar kan mp3 tu jadi FM wave. utk radio tangkap wave tu.
tada! dah buleh dgr dah
certain-certain tpt akan ada gangguan.. lagi2 bila dekat2 dengan kereta lain.. ehehehe.. nak buat mcm mana.. :P
tips : utk dengar mp3 semaksima mungkin tanpa gangguan mana2 stesen radio lain. 1. offkan stereo. 2. pendekkan/tutup habis antena/arial frekuensi radio yg terjulur dari bumbung kereta tu.
insya Allah. tiada gangguan dari frekuensi stesen lain.
con : terpaksa naikkan antena/arial balik bila nak dengar radio biasa. :-)
mana ada benda perfect kan? ;-)
Catat Ulasan