Khamis, Julai 27, 2006

LENGGOK

Tidak manis bersesak-sesak lelaki dan wanita. Ruang tangga itu agak sempit untuk kami lalu secara beramai-ramai.

Seorang pemuda berkata, “Ladies first.” Gadis-gadis di situ kelihatan menyimpul senyum mendengar ungkapan yang penuh sopan santun itu. Mereka kelihatan amat gembira.

Sesungguhnya wanita adalah makhluk yang suka mendengar.

Gadis-gadis dalam jeans sendat tanpa ruang udara itu pun menapak anak tangga untuk naik dahulu diikuti oleh pemuda-pemuda yang juga menyimpul senyum.

Lenggok ke kiri. Lenggok ke kanan.
Lenggok ke kiri. Lenggok ke kanan.
Lenggok ke kiri. Lenggok ke kanan.
Lenggok ke kiri. Lenggok ke kanan.
Lenggok ke kiri. Lenggok ke kanan.

Terdengar seorang pemuda berbisik, “Inilah untungnya jika kita bersopan santun di tangga.”

Sesungguhnya lelaki itu makhluk yang suka memandang.


p.s.
Aku? Pandangan pertama itu rezeki. Selebihnya aku meraba-raba. Bukan. Bukan meraba orang tetapi meraba landasan pemegang untuk tangga sambil mendaki dalam keadaan mata aku dipejam. Jangan tidak tahu. Aku ini keramat hidup. Ha! Ha! Ha! Ye ye o je.

38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yes..yes.. dpt jadik org pertama bagi komen..hehe..

Tanpa Nama berkata...

opps...lupa bagi komen.
pandangan ke-2 dikira apabila kita pandang pd pandangan pertama dan selepas itu memandang ke arah lain.apabila kita pandang semula ke arah subjek yg sama,itu dikira pandangan kedua.oleh sebab itu,jgn lepaskan pandangan anda ke arah lain sekiranya anda memandang/concentrate pada pandangan yg cantik.ia masih dikira pandangan pertama.hehe...(kuar tanduk)

dugongsenyum berkata...

ustazah aku cakap, pandangan pertama tu kira rezekilah hehehehe

pandangan kedua dan seterusnya, ustazah aku cakap, "Tengok-tengok jugak tapi jangan lupa baca astagfirullah..." :P

zizie ali berkata...

kau lelaki yang sihat.

rasso berkata...

hahaha... mata anda amat kuchiwa bile mana mata terpejam... tak yah pegang tangga tu.. raba-raba buat2 jatuh... uhuhu

Rie berkata...

tok lelaki normal. ingatkan metroseksual.. aawwwww

blackpurple @ jowopinter berkata...

Pandangan pertama pun sudah memadai, tak perlu kedua ketiga......

Jangan tersalah raba tok.. hehe..

Ariyatna Adri berkata...

tu pasal suka naik lif.

Aku Bukan Bidadari berkata...

kalo pandang tak kelip mata dikira pandangan pertama gak kan..mueheheee

Romantis Selatan berkata...

jerit kuat-kuat:

astagfirullahazim

sinaganaga berkata...

Ooo... Ini yang kau tanya aku tentang 'railling' tu! Kalau guna PENYANGGA tanga sesuai tak?

Sorrylah, dah malam2 baru dapat browsers internet. Sibuk macam menteri ni, dude! Abang aku nak kawin lagi.... Ha ha.

. berkata...

pandang kiri..

pandang kanan...

dah boleh .........


waaaahhhh!!!

Kemat berkata...

aku jika berjalan menaiki tangga di belakang perempun, wajahku sentiasa menunduk ke bumi..err..knapa x percaya ker?

singabeng berkata...

pejam mata bahaya juga, nanti tersilap raba, naya

kingbinjai berkata...

ah! kalo aku : tepi! tepi! aku lalu dulu!

Tok Rimau berkata...

Penyu,
Tak sia-sia kau pakai baju F1. Kau memang laju. Dapat tempat pertama.

Aku tengah bayangkan penyu betanduk.

Dugong,
Astaga. Alhamdulillah.

Zizie,
Yes. Aku lelaki sihat. Terimaksih Doctor Zizie.

Rasso,
Aiyaa apek depan ada longkang. aiyaaa. Aiyaaa Cik Siti. wa manyak lisau. Jalan tutup mata.

Esis,
Bukan metroseksual. Tok intrakotaseksual.

Black,
Orang tunjuk, kita pandang la. Nanti depa kata, "orang nak beli, awak jual mahal pulak."

Puteri,
Tok naik tangga untuk meningkatkan kesihatan jasmani.

Bidadari,
Kalau mata tak berkelip, itu mayat.

Romantis,
Kumpulan zikir kuat yang jerit-jerit.

Naga,
Tahniah kat abang kau. Abang kau Datuk K ke?

Neezie,
Kalau awek cun yg ngorat aku ada, pasti aku kena cubit.

Kemat,
Sejuk perut yg mengandungkan kau.

Beng,
Aku pegang kayu tangga. No problem.

JBM8141 berkata...

pesan dari seorang kawan... tengok bini orang, teringat bini kita...

ontahsapo berkata...

raba jgn tak raba....

Pandang Dengar Diam berkata...

first tengok rezeki second dah dosa....

Tok Rimau berkata...

JBM,
Ya. Kita diingatkan untuk pulang ke rumah setiap kali nafsu kita dijentik di luar.

Ontah,
Meraba-raba mencari jalan pulang.

Cuaca,
Kita berjihad dalam perang yang lebih besar. Setiap hari.

Amyz! berkata...

saya percaya tokR tidak memandang lebih dari sekali. :-)

Unknown berkata...

tok! ye la tu pejam mata....cis!

~ GAB ~ berkata...

I like the way you put your message Tok Rimau... Way to go, man!

BooK berkata...

tok:
pandangan pertama rezeki. so aku tak tutup. dan tak alih mata. kira pandangan pertama jugak lah berlama-lama.

psstt.. tok, aku yang calon kan tok sebagai keramat hidup dulu.

tumismenumis berkata...

Tok, perempuan semakin jadi pemurah. Terpaksa terima rezeki dari kaum yang pemurah.

Azhar Ahmad berkata...

Ummmm, macamman to tau lenggok ke kanan dan kekiri.....

Romantis Selatan berkata...

Jika buku itu boleh dimakan, tidak akan saya makan buku itu. Kerana buku itu sudah tentu menjadi suatu hidangan yang enak dan mahal harganya.

rudy bluehikari berkata...

pandang takper...raba jangan. kena sepuk nanti.

Keluarga Zulkarnain berkata...

Hehhehe..

Hebat Tok....Pejamkan mata pada pandangan kedua :D

Wife pasti bangga :)

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

cik puan daun berkata...

bak kata shakira.. Punggung tidak menipu.. :)

Unknown berkata...

saya yang membayangkan entri ini saja sudah cukup membuatkan rasa berdosa.. astaghfirullah.. :)

Tok Rimau berkata...

Nizam,
Tendang starter motor dan cepatlah kembali ke kampung agar fantasi mu sembuh. haha haha.

Daun,
Kalau betul kata Shakira, Inul tidak pernah berbohong.

Keluarga Zul,
Aku lagi bertuah. Aku dicubit di peha. Aduh! Sakit banget.

Chot,
Begitulah ceritanya . Wanita suka mendengar kata-kata indah. Lelaki suka memandang yang indah-indah.

Rudy,
Sepuk. Ouch!

Rontol,
Ha ha ha. Nice blog.

Mazudi,
Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.

Book,
Aku harap aku menang pengundian itu.

Gab,
Yang buruk jadikan sempadan.

Halo,
Bukan terpejam. Itu tak sengaja. Ini dipejam. Duh! Kenapa? Tak percaya ka?

Amyz,
Cayalah Amyz. Husnuzan. Bersangka baik sokmo.

Pegawai Khalwat berkata...

Ladies 1st?

Buatnya ada 10 ladies?

Kem Lambaian Danau berkata...

ishhhhhhh lamanya lenggok !

kak g

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kalau ikut Islam, lebih baik perempuan tu jalan dibelakang. Sebab lelaki..memanggggggggg suka memandang.

Unknown berkata...

betul.. belum kawin ladies first..
pas kawin.. gentleman first..
hahah..

Tok Rimau berkata...

Pegawai Khalwat,
10 ladies = 10 X Rezeki. Boleh buata mata beta.

Kak G,
Lenggok 180 darjah tu.

Samurai,
dari mata turun ke hati.

Amirah,
Lelaki dihadapan. Lelaki ketua. Begitulah sepatutnya.

Kelambu,
Lepas kahwin maintain. Sungguh.

sayangmama,
Hi Hi.

Qiez AR berkata...

naik tangga pejam mata? megik sungguh tok ni.x terlentang ka?

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...