Khamis, Ogos 03, 2006

BLOG SEBAGAI MOMOK BARU

"Mana-mana penulis blog, sama ada mereka bergelar Datuk atau tiada Datuk, akan diheret ke mahkamah dan didakwa jika melanggar undang-undang negara sama ada undang-undang jenayah, akta hasutan atau apa saja, kita boleh ambil tindakan"- Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Harian Metro. 3 Ogos 2006.

Dengar tu adik-adik, sama ada Datuk Harimau atau Harimau biasa, tindakan mahkamah boleh diambil jika kita melanggar undang-undang.

Pun begitu, penulis blog diharap tidak melenting dengan kenyataan bapak menteri yang berupa gema dari kenyataan bapak-bapak menteri lain. Di sebalik ancaman, tentu ada peluang. Lihatlah secara positif, sekurang-kurangnya kini jumlah hit kita bertambah sebab orang-orang kementerian aktif memantau blog.


p.s.
Yang Berhormat,
Oleh kerana, saya ini sudah lama menulis blog, maka eloklah saya menangguk di air keruh sementara isu ini sedang hangat. Saya menawarkan khidmat Ceramah dan Latihan Menulis dan Membaca Blog, jika Yang Berhormat mahu melatih orang-orang kementerian memantau blog secara berkesan. Hubungi saya.

38 ulasan:

ontahsapo berkata...

aku nak kenakan rm1 utk setiap hit dari komputer kerajaan, ok tak?

kingbinjai berkata...

nasib baik kau king. hahahahha kecoh tul dorang nie.

esis berkata...

hahahhohohoh hit aku da naikkkkkk

dugongsenyum berkata...

Pendidikan Blog Di Sekolah. Kami menawarkan buku teks untuk rujukan guru-guru dan pelajar. Juga untuk rujukan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam. Teks Jiwa Kacau!

Mazudi berkata...

Ini menunjukkan bloggers telah diiktiraf oleh kerajaan.

Aku sedia untuk menerima hit dari sesiapa saja.

sinaganaga berkata...

Ha ha.

rasso berkata...

YB tu nak pengaruh tu... ape kata kite xpose kisah parlimen dia.. akakakaka

kemat berkata...

aku sebagai org gomen dah lama memantau blog nie ..hahaha

Nizam Rusli berkata...

patut ucap terima kasih kah ini? haha!

BooK berkata...

terima kasih malaya. hits dari malaya telah bertambah!

Ogy berkata...

siut kan diorang nih ?

sebok jer nak check blog org, no. tepon org segala. duit kita, masa kita, blog kita,kita nyer suka lah nak buat apa, kan.

yg dia buat harta kita, duit kita sesuka hati dia org tuh camner ? main suka-suka jer buat apakebenda 490 M kat england tuh, and nih nak pantau nih, duit gak, tah kroni mana lak dapat kontrak memantau-mantau.

ishhhhhh apasal org bodoh dok kat atas nih. busan tau. marah tau.

p.s. ni sambungan marah org mintak rasuah kat akak nih. eh, ingat aku saper hah ? ameno ker ? see the bumbung lah bebs !

kak g

blackpurple berkata...

Nak tunggu BH buat award Blogger Tegar Popular..!


ps: Tok pinjam nama utk entri ekk....hehe

admin berkata...

mungkin perhimpunan agung UMNO akan datang, blogger akan dijemput untuk membuat liputan agar tidak ada cerita fitnah dan tipu di internet.

siapa sini layak pergi ke perhimpunan agung UMNO, sila cadangkan cepat ;)

singabeng berkata...

Pak Di, kalau ko berpeluang pi perhimpunan UMNO tu, ko cadang suruh diaorang keluarkan carta, blog mana yang paling banyak sekali diorang pantau.

ala ala Malaysian Topblog gitu.

Hits berdasarkan kekerapan ip dari komputer kerajaan.

Sikenit Comel-AminBakish berkata...

mereka jealous agaknya ada datuk yang tulis blog lebih glamer daripada datuk-datuk yang lain :~

Ron97 berkata...

kesian aku,
nak kena ajar mereka apa itu blog.


anyway tok, sekarang kita tak perlu susah susah lagi untuk berjuang agar istilah 'blog' dimasukkan dlm kamus dewan edisi ke lima
hahaha

lynn berkata...

blog saya tak letak counter hit..mcm mana nak letak...? kurang-kurang dpt gak tgk baper ramai yg hit page saya..wakaka!!

p/s: blaja buat blog pun dr org gomen jugak...

dugongsenyum berkata...

Kak G,

Ha ha ha ha ha ha... adeh sakit perut gelak.

samurai berkata...

best betul org gomen yg kena pantau.

hari2 boleh baca blog. bos pun tak marah.

.:HalogamoRa:. berkata...

fuh..dedikasi namanye tu tok!

ayobkelubi berkata...

keh keh keh, errr F29 ada yg tulis blog tak?

keh keh keh

Tok Rimau berkata...

Ontah,
Tender akan dikeluarkan untuk kerja-kerja memantau blog. Harga kamu yang murah, mungkin boleh menang.

King,
patik hanya pacal yang hina.

Esis,
Naik hit kau? Bilangan komen naik juga?

Dugong,
Blog akan dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Mazudi,
Memang la bagus diterima kerjaan tetapi malangnya diterima sebagai musuh. Cubalah terima sebagai kawan.

Naga,
4 huruf je?

Rasso,
Blog parlimen adalah Hansard. (Betul ke eja ni?)

Kemat,
Berkhidmat untuk negara.

Nizam,
Bangun. Terimaaaa kasihhhh cikggguuuuuu. Duduk.

Book,
Tiba-tiba sahaja, YB celik IT.

Ogy,
Sabar kak G. Sila lapor kepada BPR. Bumiputrera Rockers.

Black,
NST dah ada moNSTer Blog, BH pun patut ada.

Pakdi,
Kat perhimpunan lagi banyak fitnah via bisik-bisik dan selit dalam beg pewakilan.

Singabeng,
Dapat 1 juta tak?

Sikenit,
Kalau YB diberi laptop dan blog, depa yg tulis atau PA yang tulis?

Ron,
Kita tunggu reaksi DBP.

Lynn,
Saya juga menawarkan khidmat pemasang Pengira Hit dengan kadar yang murah. Ha ha ha.

Samurai,
Aku nak apply kerja kat YB la.

Tok Rimau berkata...

Halo,
Dedikasi atau ketaksuban.

Ayob,
kat keyboard aku ada F1 sampai F12 sahaja.

chot berkata...

depa dengki pasal tak tahu buat blog! itu lah bancian yg aku buat.

Lan Rambai berkata...

Kalau ada kursus tu Tok.. jemput aku sekali ya... aku nak pastikan dalam jabatan aku ni, aku jadi wakilnya hahaha..

adadia berkata...

Lim Kit Siang kena tulis ABC je pasni.

rasso berkata...

Betul tok ejanya begitu...

Romantis Selatan berkata...

ohoo patutlah lagu tema dekat blog saya dah tak berfungsi. sekarang saya tidak tahu macam mana mahu buat lagi. trafik jem.

wasabe berkata...

Kalau blog jadi subjek kat skulah, sy dgn rela mengajarnya... Blog ngan forum pun belum kenai betui lagi, ada hati nak jadi pemantau...

HaFiDz ByLz @ Ude @ ToBey berkata...

kenape lah kerajaan kite ni suke sangat tunjukkan kebodohan mereka secara terang terangan ?

tak paham aku. udah-udah ler.. wei

fiqroorganisma berkata...

http://i29.photobucket.com/albums/c287/fiqualizer/blog.jpg

hadiah yang xseberapa tanda sokongan. chayok!

p/s: 1st time komen

akirasuri berkata...

ahakss...kerajaan dah mula cuak la tu...hohoho

Azhar Ahmad berkata...

Wakakakaka... sempat lagi promo tuhhhh. memang Tok Rimau

ICeSoul berkata...

tok buat la buku2 "panduan menulis blog untuk perpaduan rakyat".letak perencah apa yang patut.mesti dapat cop "rimau" kat belakang buku tu :)

Tok Rimau berkata...

Ice,
Akan diterbitkan, buku menjawab soalan-soalan tohmahan terhadap blog.

Azhar,
Aku mesti sumbangkan kepakaran kpd negara.

Akira,
Aku tak rasa pemerintah cuak. Aku cuma rasa ada orang bercakap tak ikut agenda.

Fiqroor,
Aku suka logo tu.

hafidz,
aku harap mereka mahu belajar.

wasabe,
Kemasukan blog ke dalam kurikulum ditangguhkan sehingga semua lab komputer siap.

Romantis,
Trafik banyak, tetapi tiada yang singgah.

Rasso,
Thanks.

Adadia,
Aku belum baca Blog LKS.

Lan,
Buat kertas kerja, Jemput tok ke jabatan kau.

Chot,
Teruskan bancian.

Pegawai Khalwat berkata...

Berapa hang caj sejam untuk ceramah tu?

Tok Rimau berkata...

Pegawai,
Caj? Aku buat ikhlas je. Cuma pastikan perjalanan aku 1st class flight atau bas ekspress yang ada video peribadi tu. Tempat tinggal pula hotel 6 bintang.

Tetapi jika nak bayar juga, RM200 sejam dan sepasang kain pelikat.

amirahsyuhada berkata...

ishhh..saya melenting giler tok rimau biler dengar berita ni!!! nasib pesanan tok rimau tu menyedapkan hati saya..hehe

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin