Kami hargai semua ulasan yang dikirim. Kami juga menerima beberapa teguran yang membina untuk bekalan projek buku yang berikutnya. Ya, kami belum serik lagi.
Jika kalian masih mahu mengirim ulasan, dipersilakan, kerana pintu hati kami masih terbuka. Pun begitu, tarikh untuk merebut hadiah misteri sudah mati-1 Ogos 2006. Kejohanan ini formatnya kalah mati. Hanya seorang pemenang sahaja. Kalau kalian mengirim ulasan sekarang, kami anggap sebagai usaha kebajikan bagi membantu kami merancang projek mendatang.
Tentu ada sebilangan kecil yang tertanya-tanya bila nak umum keputusan. Setengah bulan berlalu. Begitu cepat masa berlalu. Siti pun sudah bertunang. Datuk K pun dah nak kahwin. Lagi sekali.
Tanpa berlengah masa. Tanpa menunggu sama ada Nora Danish dapat anak lelaki atau perempuan, kami mengumumkan juara kejohanan Ulasan Ayah Kita Bos adalah ULASAN KELAMBU! - http://kelambu.blogspot.com/ .
(Tepuk tangan dan bersiul dalam nada yang nyaring).
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Ulasan Ayah Kita Bos
Beli Buku Ayah Kita Bos
Beli Buku Ayah Kita Bos dari luar negara
BUKU BARU DALAM RAK AKU


Buku ini memberi kamu latar belakang yang lebih jelas terhadap perbalahan Tun M vs Pak Lah.
7 ulasan:
tok:
hadiah apa tu?
kelambu memang terer la. dulu ada pertandingan aku buat kat blog. dia menang gak. tapi aku tak kirim hadiah lagi. memang misteri betul hadiah tu.
psssttt.. tok bagi apa? tak mau la sama nanti.
tahniah pada kelambu. saya sudah baca ulasan itu.
saya memang nak tulis itulah! haha!
booking pinjam(swap?) buku no. 2
:-)
bagus untuk digunakan oleh para ahli geng mata duitan gj
tok, review-ler sikit buku buah epal-limau tu.
fuhhh.
silap-silap orang buat pertandingan mengulas ulasan sang kelambu pulak instead of ulasan buku AKB. heh2. heybat betul.
hahaha. book, aku memang terer. nampaknya formula membodek para penulis AKB berjaya. :)
terima kasih kepada ucapan-ucapan.
kalian tak kalah. cuma kemenangan kalian tertangguh.
Catat Ulasan