Selasa, Ogos 08, 2006

ANGKAT TANGAN (Disenarai pendek untuk tajuk buku kedua)

Tok Rimau: Siapa yang pernah berkerja sebelum ini? Punya pengalaman berkerja. Sila angkat tangan.

Tidak seorang pun murid aku angkat tangan. Mungkin mereka sudah tahu ada soalan lanjutan yang perlu mereka jawab jika mereka angkat tangan. Ada yang tunduk ke bawah mengelak mata bertentangan dengan aku. Mereka tidak cintakan aku lagi.

Tok Rimau: Siapa yang tidak pernah berkerja sebelum ini? Tidak pernah berkerja untuk wang. Sila angkat tangan. (Kepada guru-guru muda: Teknik ini dipanggil jurus terbalikkan soalan.)

Lima orang angkat tangan. Itu pun tidak tinggi. Tidak bersungguh-sungguh. Ini adalah pelajar yang berusaha untuk mengelak soalan lanjutan.

Tok Rimau: Dalam kelas ini ada 50 orang. 5 tidak pernah berkerja. Matematik mudah. Tidak perlu kamilan dan dy/dx. Kesimpulannya, 45 orang pernah berkerja. Mmm,,, tetapi kenapa tidak angkat tangan bila saya tanya tadi?

Tiada jawapan. Senyap. Malaikat lalu seperti biasa. Kuliah aku ini lebuhraya malaikat.

Tok Rimau: Saya seorang psikik. Saya tahu kenapa.

Kepala mendongak. Semua muka memandang kepada aku. Kelopak mata terbuka beberapa darjah dari biasa. Mulut melebar separuh senyum. Pengalaman perguruan aku memberi tahu itu riak muka orang-orang yang berminat untuk terus mendengar.

Tok Rimau: Kamu semua tidak angkat tangan kerana ketiak kamu busuk tidak mampu beli deodoran.

Ha! Ha! Ha! Satu kuliah meledak ketawa. Mereka ketawakan diri sendiri. Ha! Ha! Ha!

47 ulasan:

singabeng berkata...

Ha ha Tok, ko la cikgu idola diorang. Sanggup ko bagi diorang gelakkan diri sendiri Hahahahaha

YatT'S berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
YatT'S berkata...

hehhehehh tok gelarkan kuliah tok lebuh raya malaikat :D

kalau cikgu sains sy dulu selalu gelarkan kelas kami "kelas BP" (kelas bisu & pekak) gara2 sume soalan yg di soal tidak bejawap..
huhuhuhuh

Aku Bukan Bidadari berkata...

termasuk lecturernya sekali ke :P hehheehe..

Mazudi berkata...

Tok, aku ingat tok pun gelakkan diri sendiri juga bila tulis entri ni nih.
Kebolehan untuk gelakkan diri sendiri ni satu rahmat la rasanya.

kingbinjai berkata...

hahahha dan aku ketawakan mereka pula

The-Mulan berkata...

alahai tok, teringinnya nak kembali makan di SUB or CP,.. carik buku di PSZ,.. hmmm

fiqroorganisma berkata...

memang ade kuasa psikik..erm erm hebat~ huhuhu

sinaganaga berkata...

ha ha

amirahsyuhada berkata...

kelakarlah, saya teringin berada dikuliah tok rimau

el-Maaniq berkata...

Ha ha ha

.:HalogamoRa:. berkata...

TOK! KELAS TOK mungkin senyap spt malaikat lalu tetapi pasti penuh.

pernah jadi student suatu ketika dahulu.

Romantis Selatan berkata...

Mungkin akan ada yang angkat tangan. kalau ditanya, "Siapa pernah bekerja?"

Tetapi apabila ditanya,"Berkerja?"

=p :p ;p

Berkerja? Ber+kerja? = Bekerja.

pst: saya pula sedang berniaga di blog saya.

rasso berkata...

Tok; semester mendatang sy masuk kuliah tok.. sila bagi saya seksyen tok... ekekeke

blackpurple berkata...

He he he..M
Memang genius tok ni.....

Seniman Jalanan berkata...

salam...
hahahahahahahaha...
sambung gelakkan anak murid tok...
hahahahahhahahah...
bijak bijak semuanya...
mesti minum dumex...

Azhar Ahmad berkata...

Dan saya berharap saya dapat menceriakan kelas saya satu ketika nanti...

Sikenit Comel-AminBakish berkata...

agaknya memang dasar student macam tu, cikgu tanya, cikgu jawab :)

kel@mbu berkata...

hahahaha..
kerana aku pun masih seorang pelajar. aku pun terpaksa ketawakan diri sendiri. hahaha

cheura berkata...

Kelas aku pernah digelar "chicken back side". Bising tahap cipan (kesian cipan) ... bising masa cikgu tak ada aje ehehe.

p/s: yang bestnya siap tanya cikgu balik "Sir, chicken back side tu apa?"

ontahsapo berkata...

kalau 45 orang ketiak busuk, tak payah psikik utk tahu kan tok... pasti terbau di seluruh kelas.. kan kan..?

Nizam Rusli berkata...

mereka takut pada tok?

Tok Rimau berkata...

Singa,
Orang yang tidak boleh gelakkan diri terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mengelakkan dia.

Yatt,
Malaikat lalu bila Tok minta mereka jawab dalam B.I. je. Dan sebenarnya entri ini telah dialihbahasa dari B.I ke B.M. agar malaikat tidak lalu dalam ruang komen Tok pula.

Bidadari,
Tok ketawa terbahak-bahak.

Mazudi,
Sampai keluar air mata Tok ketawakan diri sendiri.

King,
Pak Mat ketawakan orang ya? Ini huruf apa Pak Mat?

Huruf 'M'

Mulan,
Sekarang SUB dan CP tak popular dah. Sekarang ada arked kat Meranti dan Cengal.

Fiqroor,
Tok lebih power dari X-Men Prof Xavier.

Naga,
Hi Hi.

Amirah,
Jangan masuk kuliah Tok. Semua yang pernah jumpa Tok kecewa. Tok lebih hensem dalam fantasi. Teruskan berfantasi.

Elmaniq,
Hu Hu.

Halo,
Sebenarnya kelas Tok bising. Ia cuma senyap bila Tok minta "you can make noise but I want the noise in English."

Romantis,
Penulis itu perniagaan. Dasar kapitalis. ha ha ha.

Rasso,
Masuk kelas aku dan kau aku lantik jadi Ketua Darjah.

Black,
Ya Tok tahu.

Seniman,
Mereka kurang yakin dgn B.I. mereka.

Azhar,
Sempurnakan hari mu.

Sikenit,
Student kat Malaysia sahaja yang senyap. Masa aku ngajar kat US, yang tak tahu jawapan pun angkat tangan.

Kelambu,
Jangan la paksa ketawakan diri sendiri. Kau kena iklas ketawakan diri sendiri.

Cheura,
Masa cikgu ada senyap. Sistem pendidikan kita gagal melahirkan masyarakat yg berani melontar idea.

Ontah,
Betul juga kata kau. tapi hari yu Tok selesema.

Nizam,
Mereka tak takut kpd Tok. Mereka takut buat silap. Takut ambil risiko. Takut untuk belajar dari kesilapan.

tulip berkata...

hahaha...lawaknyer..
smua gelak

rasso berkata...

ahahaha..
wa tak nak lah tok...
3 semester dah jadi ketua darjah... cukup lah tu... kasi chan r ngan orang lain... kasi wa berehat jadi ketua darjah... nak jadi pengikut pulak...

JBM8141 berkata...

mungkin dorang
1. rasa takde faedah jawab soalan camtu
2. rasa orang lain jadi wakil angkat tangan
3. suka jadi penonton
4. rasa tok mesti nak kenakan dorang
5. memang lembab

BooK berkata...

tok:
ena ada dalam kuliah tu ka?

dugongsenyum berkata...

ada sorang cikgu aku nama dia Cikgu Sihaimi dia err.. er..

aku akan tulis kat blog akulah jadikan entri. tuls kat sini rugi, nanti orang tak komen hehehehe

J!MMY berkata...

i was lol in the office. everyone was looking at me.

kenapa tok tak gunakan taktik ni di kelas ku? semua orang di kelas ku beria ia nak jawab soalan lanjutan ke?

memang pun, bila aku fikirkan kembali. terselamat ketiak aku.

Lan Rambai berkata...

hahaha

SUB dan CP yg Mulan cakap tu apa sebenarnya. Puas aku pikir tak dapat2. PSZ, Meranti, Cengal aku kenal benor. Tok start ngajar BI tahun berapa di situ?

Ron97 berkata...

tok patut angkat tangan sama.
baru adil

hajikadukmatblues berkata...

Inilah idea untuk iklan deodoran paling menarik aku penah dapat..tkasih tok

esis berkata...

psikik pada hidung tu. dari jauh dah boleh bau. hahaha

Tok Rimau berkata...

Esis,
Hidung Tok punya IQ super. ha ha.

Kaduk,
bayangkan kalau Nasha Aziz berlakon iklan aku ni.

Ron,
kalau Tok angkat tangan nanti depa kata Pontianak lalu. Wangi semacam.

Lan,
CP= Center Point, SUB= Student Union Building. Tok ajar BI dah 15 tahun.

Jimmy,
Your TESL class was not the normal BI class. You guys would give opinions even if I didn't ask for them. You guys have good deodorant. ha ha ha.

Dugong,
Aku gi melawat blog kau cari Cikgu Suhaimi.

Book,
Ena is not in that class.

JBM,
maybe all of the above.

adibahabdullah berkata...

org yang pakai deodoran adalah org yang memerlukannye. pernah dgr pasal deodoran dependence? skali pakai kena pakai selama-lamanya kalau x bau akan meruap tahap super.
org yg x pakai deodoran tidak memerlukannye = wangi semulajadi. puteri gunung ledang berkemban atas puncak gunung gerenti x pakai nye.

Keluarga Zulkarnain berkata...

Hahaha..

begitu pula student di Indonesia :)

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

dugongsenyum berkata...

dah ada kisah cikgu Suhaimi, sila-sila baca hehehehe

rasso berkata...

hari ni suruh murid angkat tangan sapa nak jawab soalan...

tapi; seorang murid angkat kerusi pulak.... sebab nak bergaduh.. huhuhu....

silap kasi arahan...

cerebrator berkata...

hehehehe, wah, hebat Tok.
kalau kebanyakkan cikgu yang lain, saya rasa sudah hampa dah. dah malas nak layan murid. Tapi, Tok sempat ambil kesempatan utk buat lawak plak.

hebat.

tuan tanah berkata...

:D

razlizahazleen berkata...

Tok..tok..kiter dah dapat buku tok..besh gier..buah pinggang dah terbelit dok mengkhatam gelak..mekacih tok sebab menceriakan hari kiter..:)

gnela berkata...

ape la ketiak..tok tak ajar dioran cara ngorat tak? mesti semua pakai minyak wangi terus...minyak wangi disertakan dengan jampi serapah...heheh..

Ms_B3rry berkata...

bijak sungguh! kalau dapat lecturer camni sure xtido dlm claz nye. ( errr..rasenye la..xtau la kalau dlm situasi sebenar cmne)

leenmafia berkata...

Tok...tergelak terbahak2 dalam bilik sorang2 sampai emak pun naik ke atas baca blog ni. Then baca comment si Jimmy, tergelak2 lagi. teringat kisah silam. See u at convo tok!

Tok Rimau berkata...

Leen,
See you in convo. Congratulations in advance. Do drop by.

Ms Berry,
Bukan tidak tidor dalam kelas sahaja. Kat rumah pun tak boleh tidor. Terkenag-kenang terbayang-bayang.

Gnela,
Untuk jampi serapah kena bawak pengeras. Ayam golek.

Razliza,
Cutenya icon+avatar kau. Anak sapa ni eh? Comelnya. Tok pun suka bila kau suka Ayah Kita Bos.

tuan tanah
:))

Cerebretor,
Aku kat kelas mmg tak pandai marah.

Rasso,
back to School? kau kena belajar silat elak kerusi.

Dugong,
Aku suka baca kisah Cikgu suhaimi.

Buk Shafiya,
Jadi guru kena jiwa kental.

Adibah,
Saya pakai deodoran Peluh No. 5.

rasso berkata...

Tok... leh jd tok guru silat elak kerusi.. ahahaha...

hari ni lain pulak... seni pecahkan almari...

tp berjaya memaksa anak-anak murid menumbuk dinding kelas.. uhuhuh

::sYieQ-iN:: berkata...

hahaha...alang kah bagus nya kalau saya jga dapat cikgu mcm tok d sini...mesti xkan ponteng kelas lg...

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin