Rabu, Ogos 23, 2006

JUJUR

Ada satu makcik letak bakul berisi karipap dan nasi lemak di depan lif. 100% layan diri. Harga tertulis RM1 untuk sebungkus. Letak duit dalam Tupperware. Bayar dan ambil baki sendiri jika perlu.

Makcik itu tidak kelihatan langsung. Aku cuma andaikan penjual seorang makcik. Begitu percaya dan yakin serta husnuzan sekali makcik itu. Dia percaya manusia ini jujur. Aku tidak seperti makcik itu.

Kita selalu marah-marah. Menteri tidak jujur. Hakim tidak jujur. Polis tidak jujur. Artis tidak jujur. Kroniknya krisis kejujuran dalam negara ini sehingga perlu diwujudkan Pemantau Integriti Kebangsaan.

Sepertinya, mereka ini akan mengambil peluang jika mereka tahu tiada manusia nampak mereka mengambil peluang.

Sebenarnya, ini bukan masalah manusia sekerat di Malaysia. Ini masalah rakyat kesemuanya. Masalah aku dan engkau juga.

Sila jawab soalan-soalan ini dan nyatakan kepada aku sama ada engkau jujur atau tidak.

1. Pukul 4 pagi. Tiada polis. Tiada kereta lain. Lampu merah. Adakah kau akan terus memandu?

2. Pernahkah anda mengelat ketika dalam peperiksaaan?

3. Anda jumpa duit RM50. Apa yang akan anda buat dengan duit itu?

4. Bos anda cuti. Dah seminggu dia sakit. Adakah anda akan berkerja sekeras sepertimana ketika dia berada di pejabat?

5. Pekedai yang menjual barang mahal dan tidak sedap tersalah memulang baki. Terlebih RM0.10. Adakah anda pulangkan?

Jawablah sejujurnya.

32 ulasan:

Mr PenyuBiru berkata...

1. ya.aku akan terus memandu.habis dah lain clear!
2.ya.pernah.malah pernah menggantikan kawan utk ambik peperiksaan.
3.RM50.banyak tu.nak beli itu,nak beli ini.la..la..la..(siul dgn senang hati)
4.bos cuti?? kita enjoy!
5.yang nie aku takde jawapan.sebab,kebiasaanya aku jarang kira baki selepas buat pembayaran.dapat baki terus simpan dalam poket n blah! good customer!haha..

hmmm...nampaknya aku tak jujur..

samurai berkata...

ehem..kejadian nombor 4 tu tgh berlaku kat pejabat aku minggu ni.

rasa mcm budak sekolah tgh cuti. enjoy!

Aqil Dot Com berkata...

aku menjawab sejujur-jujurnya walaupun aku tak jujur

1. yupp. terus jalan. kecuali jika traffic light tuh ada kamera.

2. pernah. memberi bantuan kepada yang memerlukan .

3. kalau duit tuh memang kepunyaan aku. aku simpan. kalau tak , letakkan di kaunter berhampiran.


4. tidak.

5. seposen jer? terlebih rm 10 pun takkan ku pulangkan balik! hahahahaa

Aqil Dot Com berkata...

aku menjawab sejujur-jujurnya walaupun aku tak jujur

1. yupp. terus jalan. kecuali jika traffic light tuh ada kamera.

2. pernah. memberi bantuan kepada yang memerlukan .

3. kalau duit tuh memang kepunyaan aku. aku simpan. kalau tak , letakkan di kaunter berhampiran.


4. tidak.

5. seposen jer? terlebih rm 10 pun takkan ku pulangkan balik! hahahahaa

cheura berkata...

Dulu pernah tolong sorg akak jual stail mcm makcik karipap dan nasi lemak Tok tu kat S14. Ingatkan bebudak ni jujur. Amik dan bayar. Dan lagi satu, benda tu makanan, takan dorg nak 'daging' dari sumber yg haram kot? Emm tapi nampaknya ada juga yg ngelat.

Okay, jawap soalan pulak.
1. Tunggu sampai hijau. Co-pilot, harap bersabar ehehe.
2. Pernah. Rasanya semua budak Sekolah Agama Johor pernah buat ni. Buat toyol dan baling sana sini. Yg bestnya, cekgu kat depan boleh pulak buat-buat tak nampak. Cop! cop! bukan saya yg buat toyol, saya cuma perantara toyol je. Tetapi sambil menyelam minum air. Rasa berdosa lah pulak ... tapi saya hanya seorg budak comel pada ketika itu.
3. RM50.00? Anto ke masjid kot.
4. Bos ada ke bos tak ada ke tahap kerja saya sama aja. Main tetap main.
5. Saya akan pulangkan. Mahal dan tak sedap tak ada kaitan dengan baki yg terlebih.

Tok Rimau berkata...

Penyu,
Aku pun jarang kira baki melainkan kat McD. Diorang selalu nak songlap duit 1 sen aku. Aku bising-bising tuntut siling tu dan masukkan dlm tabung derma depan dia.

Samurai,
Bila kucing tidak bergigi, tikus asyik menari.

Aqil,
Tak bantu nanti hilang Kawan? Serba salah.

Cheura,
Tok cuba meniru dlm ujian arab. Soalan pun tak faham, nak cari jawaban kat kitab pun tak tau kat mana. Kalau ada gambar junjumatun tu, okay la. juga

rasso berkata...

1. Langgar je tok...

2. Mengelat tak pernah... tapi tangguh xm pernah...

3. Jarang jumpe.. so letak je lah di tempat yang selamat.. :D

4. Kata orang Dayak; Kerja "Semadi nadai"

5. Pulangkan bakinya...

aeyjay berkata...

1. terus jalan melainkan klu ader camera

2.sejujurnya tak pernah

3.sejujurnya jugak belum pernah terjumpa duit sebanyak itu (tapi kalau jumpa apa yg saya akan buat ek? nnt klu jumpa baru saya fikir) :-)

4.bos takde? saya kerja dlm suasana yg SANGAT ENJOY!

5.malas nak kira baki.terus masuk duit dlm wallet.klu terlebih @ terkurang mintak halal dlm hati je la

sinaganaga berkata...

Kau jawab soalan aku pula:

Kalau aku kata, "bukan aku TRIVIA tu!", kau masih nak kata aku tu TRIVIA ke? Kau sampai telefon bos aku sambil nangis-nangis minta dia buang aku kerja ke? Pernah aku setubuh kau dan lepas tu aku tinggalkan kau ke, dude? sampai kau usaha nak 'kena'kan aku?

So, kalau dah bersikap JUJUR pun salah - baik aku jadi TAK JUJUR jer terus!

Apa lan***!

J!MMY berkata...

1. tunggu. aku baik.
2. peperiksaan, tidak. ujian kecik.. ya.
3. 50? simpan. kecuali saya nampak siapa yang jatuhkannya.
4. ya, kerana saya tahu.. balik nanti mesti banyak kena pecat dan OT.
5. 10 cent saya pulangkan. kalau saya tahu lah. selalunya tak kira pun. kira ringgit saja.

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Kau pandai cakap dayak? Power.

Ajay,
Kita kena berusaha untuk jujur.

Naga,
kau jujur dalam mencar*t.

Jimmy,
Kamu anak murid yang baik. Siapa cikgu kamu? :-)

.:HalogamoRa:. berkata...

kalau kene soal dgn polis, x leh jwb jujur sgt nnt silap silap kita yg kene balik.

itu kata seseorg yg wa kenal la.

soalan tok td cuba jwb la ye;

1. kalau ada camera, tungguu kalau x pecut abis. takut beb bwk kete sorang sorang kul 4 pagi lak tu

2. Oooo, x pernah!

3. pegi beli barang la apa lagi

4. he he bos ada pun wa sempat blog he he

5. pernah skali dulu, kat makcik jual buah. wa pulang balik baki terlebih bagi tu kat makcik. masalahnye org sekeliling pandang semcm...eh wa salah ke?

rasso berkata...

Pandai sikit berjaku (bercakap)..
mana taknye.. 3 bulan di hutan belantara.... mahu tak mahu kene juga belajar cakap meraka...

dugongsenyum berkata...

ntah... yang aku tahu aku jujur depan dua manusia je, 1. tok kadi 2. tok mudim hahahahahaha

supersomething berkata...

1. Ikut undang2 saya, kalau lepas midnight, jalan lengang, boleh langgar.

2. Pernah cuba

3. Duit siapa? kalau konfem bukan duit saya, saya biar saja.

4. Sudah tentu tidak!

5. saya pulangkan. sapa kata duit seposen tak boleh buat perut jadi boncet?

hahahahaha...

amirahsyuhada berkata...

1. Stakat ni jawapannya ialah saya akan berhenti sebab saya belum pernah bawa kereta lalu traffick light lagi, sebab tak pernah bawa kereta lepas lulus ujian memandu 3 tahun dulu..hehe.

2. Pernah, tapi masa tu belum baligh, jadi tak tahu mana yang baik mana yang buruk.

3.Rm 50, buat tak tahu kot, kalau rm 100 mungkin akan dipertimbangkan..hehe

4. Bos saya mmg jarang ada kat pejabat, tapi kami tetap kerja macma biasa.

5.Kena pulangkan, walaupun 1 sen, terutamanya makanan, jadi darah daging woooooooooooooooo.

umeboshi berkata...

1.mesti berhenti!
2.tak pernah.
3.bior je situ.
4.sekali sekala bos takde.. mmg amik kesempatan!hehhee.. buat keje takla serajin macam time dia ada.
5.wo..mesti pulangkan balik kat peniaga tu.

blackpurple berkata...

1. Pandu lalu
2. Pernah terutamanya kertas bahasa arab
3. Ambil. Tindakan seterusnya bergantung pada tempat, masa dan keadaan.
4. Aku majikan. Kalau aku dapat tangkap, siap..!
5. Pulangkan. Tapi kalau 10 ribu MUNGKIN tak kot..

hehehe..

esis berkata...

selagi boleh aku langgar. aku langgar.

tapi aku tak langgar orang lah.

wasabe berkata...

mak cik tu niat sedekah tu, lagi berkat rezeki dia.

hakim dirani berkata...

Assalamualaikum.

Ooo baru saya tahu yang saya ni tak jujur..

Cik Easy berkata...

Makcik jual karipap nih baca buku "freakonomic" gak laaaa..sebab method dia sama macam gaya si pretzel di new york.... syabbasssss

JBM8141 berkata...

1. aku pandu terus kecuali kalau nampak polis. dorang tetap kejar, tak kira pukul bape.

2. yup, pernah. bantu membantu amat digalakkan.

3. aku tak ambik kalau tak tau tuannya. kalau tau, aku pulangkan.

4. aku kerja seperti biasa. kalau byk keje, aku sibuk. kalau tak banyak keje, aku rilek. yg pasti, kalau bos takde, balik on time. takde OT.

5. aku pulangkan sebab ada rasa geram tengok orang tak gheti mengira.

Tok Rimau berkata...

Easy,
Semasa baca Freakonomics baru aku tersedar naik turun tahap kejujuran kita bergantung beberapa variables seperti masa, persekitaran, jumlah manusia sekeliling, tahap EQ, tahap IQ, usia seseorang etc.

JBM,
Aku OT ikut jumlah kerja yang aku ada. OT tidak bebayar.

Hakim,
Kejujuran itu bukan binari 1 dan O. Ia adalah skala yang panjang dari 0-100.

Wasabe,
Sedekah amal jariah. Perniagaan itu sedekah dan bukan sedekah itu perniagaan.

Esis,
Hati-hati dijalanraya.

Black,
Cepat la kau kaya. Boleh pi haji balik hari.

Umeboshi,
kau biar kat situ, duit tu orang lain yg kebas.

Amirah,
Lesen memandu kau dah obselete.

Ron97 berkata...

1. tidak, sbb aku tak ada kereta baru. muahahaha
2. tidak, sbb keliling aku, diorang yg nak ngelat kat aku
3. cari lagi, mna tau ada lg yg tercicir
4. tidak, sbb kalau boss ada pun, aku pemlasa jugak. hahaha. bos baik.
5. tidak, malah mintak lebih lagi, sbb mahal dan tak sedap.

amanitium berkata...

1. Ya, terus memandu dan kurangkan pembaziran minyak. Tidak mahu menjadi saudara syaitan direjam.

2. Pernah, dengan berbagai cara, termasuk menyimpan nota di dalam pen. haha. sungguh kreatif.

3. tidak pernah melalui pengalaman ini. sedikit malang.

4. Urm, saya rasa tidak...

5. Selalunya tidak periksa. Tapi kalau terperasan bagi balik juga. haha. saya seorang yang baik.

kemat berkata...

1. saya pasti akan terus memandu..
2. pernah wat juga nie
3. kalu bab duit saya tak brani main2. saya cuba pulangkan pada tuan empunya.
4. bos cuti..syoknya..apa lagi..blogging
5. kne tgk toket cina atau melayu

hahha

hakim dirani berkata...

bulan ini bulan kelahiran tok ka?
kalau ya selamat hari lahir kalau tak opp!! silap la

amyz! berkata...

Aku mengaku - aku tak berapa jujur.

Aku langgar lampu merah tak kira bila, tapi hanya bila tiada kereta keluar dari mana-mana simpang.

Dalam ujian ada juga mengelat. Waktu jahiliah dulu.

Oh, aku tak pernah jumpa duit RM50. Jadi aku tak boleh jawab soalan tuan.

Bos cuti, aku kena buat kerja dia, gantikan dia dalam mesyuarat. Tak boleh ponteng wooo..

Ala.. 10 sen je? Dia untung lagi banyak..

muahaha..

tuan tanah berkata...

1. Saya tidak akan memandu jam empat pagi. Jadi tidak boleh jawab soalan ini. Next!

2. Pernah, zaman budak-budak dahulu. (Jujurnya menjawab!)

3. Kalau sah-sah jumpa kat tempat yang kita tak dapat trace tuannya, mungkin saya gunakan untuk membeli sesuatu yang bukan makanan.

4. Walaupun bos besar saya cuti, tapi team leader dan supervisor sentiasa ada untuk memantau. Jadi, jawapannya, saya masih perlu bekerja keras seperti biasa. Tapi kalau mereka tiada, saya masih perlu juga bekerja keras kerana deadline kerja saya ialah setiap hari! tak siap kerja = tak boleh balik!

5. Saya akan pulangkan, walaupun dia menjual barang yang mahal atau tak sedap.

Lan Rambai berkata...

1) tgk lokasi dan kiri kanan... ada tempat yg pukul 4 petang pun aku redah hahaha
2) pernah... masa form 4 ujian kimia. pes time buat terus kantoi. lepas tu aku buat prinsip pengabaian kimia utk spm dan masih dapat p8. sejak kejadian itu, aku tak pernah meniru lagi.
3) susah nak jawab ni... masuk tabung lubnan kot
4) lebih byk blog yg boleh aku lawati yehaaa
5) pulangkan

nuruleyda berkata...

berminat ngan entry tokrimau yg nieh.. so i will answer all ur questions, honestly...
1. yup saye akn trus memandu sekiranya saye sorg2 dlm kete&jln tu clear xde keter.
2. Pernah, agaknye?!! owh.. ye.. time kat U - xingt thn berape.. but all of us dlm klas tu discuss cemane nk jwb soalan :P
3. Setakat ni tak pernah lg mengambil duit yg dijumpai/terjupa..
4. hmmm... pernah enjoy la jugak time bos takde.. tp keje still buat :D hehee..
5. i will always kire baki bile dpt wang balik.. so, klu tlebih tu, so far, Alhamdulilah.. saye akn plgkn...

sekian terima kasih =)

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin