Jika aku buat iklan TV untuk sambut Merdeka, begini rupanya.
Babak 1: Luar asrama sebuah universiti.
Seorang budak lelaki mengalas beg berjalan menuju perhentian bas. Datang kawannya dengan motor baru. Di belakang ada pembonceng, seorang awek.
Penunggang Motor: Enjoy la jali. Loan dah masuk. Sambar motor la Jali.
Pembonceng: Nanti I telefon Farah guna henfon baru I ni. Dia boleh temankan you.
Jali: Aku nak balik kampung la. Korang pergilah.
Motor itu laju meninggalkan Jali dengan asap.
Babak 2: Perhentian bas.
Bas ting-ting South Johore lalu. Jali naik bas. Asap bas tertinggal.
Babak 3: Rumah Jali. Rumah setinggan pinggir bandar.
Jali naik tangga rumah yang tidak bercat terus jumpa mak dia yang sedang memasak nasi.
Jali: Mak, ini duit biasiswa Jali untuk baju sekolah adik.
Mak: Kau simpanlah duit tu. Itu duit untuk kau belajar. Duit nasi lemak ni cukup untuk beli baju sekolah adik engkau. Esok engkau dah kerja, baru bantu mak dan adik.
Babak 4: Jali tolong mak dia bungkus nasi lemak. Nasik masih panas. Wapnya naik ke bumbung. Di sebelah, adik dia sedang mewarna kerja sekolahnya.
Fade to black. Keluar teks: Jiwa Yang Merdeka, Jiwa Yang Membantu. Lawati blog Tok Rimau: tokrimau.blogspot.com.
p.s.
Kalau kalian buat iklan merdeka dalam blog kalian, sila maklumkan aku.
Carta Iklan Merdeka Terbaik 2006
1. Petronas - Abang saya jadi nelayan.
2. Proton - Cikgu sudah tolong saya.
3. TM - Berkerja di rumah
Ini sahaja yang aku ingat.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Iklan Merdeka Petronas
The most popular blogger in the world: Bukti besarnya pasaran China
Iklan Merdeka Leen Mafia
Jumaat, Ogos 25, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
13 ulasan:
aku cuba
iklan gambo boleh tak tok??
Tok...iklan yang bersifat peribadi sedemikian pasti menusuk jiwa khalayak :)
Wah. Kena iklan. hahaha. Selamat Hari Merdeka tok!
salam.
dah tengok iklan 'aku bukanlah seorang perwira' yang budak nama hassan bace sajak sambil pegang bendera?
mood dirosakkan oleh deklamasi itu..
Aaaa... Limau!
Kalau tak buat iklan merdeka day tapi buat design untuk t shirt Larian Merdeka NFC - kau takmoh link ke entri kau ni ke?
saya suke iklan proton yang "cikgu dah tolong" tu. Tersentuh hati saya, mungkin sebab saya juga seorang cikgu biasa.Sekarang ni ramai orang blame cikgu2 kerana macam2 isu, dan cikgu2 juga selalu sering jd mangsa birokrasi, kami tiada tempat nak bersuara dan juga tidak diendah juga tidak didengar. Mak bapak kat bndr2 anggap cikgu2 ni sekadar orang2 bodoh yg tak tahu bekerja.
Jadi bila iklan tu muncul dan dikaitkan dengan kemerdekaan, hati saya rasa sayu je sebab rupanya masih ada lagi insan yang menghargai kami..(bergenang plak mata saya ni).
aku suka scene asap dan wap. terbayang-bayang jerebu kat sini. haha
Best juga iklan tok
kenapa iklan merdeka mesti kena menyentuh hati?
cuba bagi skripnya pada datuk Yusuf. pasti lebih tragik jadinya.
apa pun, saya suka skrip anda. gerek!!
spyz: mungkin nak kasi sedar mereka2 yang hanya tahu beronggeng menyambut merdeka? entahlah...
iklan TM bekerja di rumah tu tahun lepas dah ada... TM takde modal buat baru utk tahun ni.
Aku suka iklan TM. Cute la mak dia tu!
Catat Ulasan