Tok Rimau: Kalau aku mati sekarang, gambar terakhir di fotoblog aku adalah foto aku dengan topeng harimau.
Mat Ketet-Ketet: Okay la tu. Foto itu akan mengingatkan orang terhadap Tok sebagai orang yang suka bergurau.
Jika seorang blogger mati, kawan-kawan Internetnya akan menziarah blognya untuk penghormatan terakhir. Mengucapkan takziah dan berdoa agar roh arwah dicucuri rahmat. Walaupun ucapan-ucapan ini seolah-olah bercakap kepada arwah, hakikat sebenarnya ia adalah peringatan untuk yang hidup.
Ini adalah peringatan untuk kita semua: Kemungkinan besar, nyawa blog kita adalah lebih panjang dari nyawa kita sendiri. Apa-apa yang kita paparkan akan terus bergema di ruang siber walaupun kita telah lama pergi. Menulislah dengan penuh tanggungjawab. Kita tidak mahu kandungan blog kita yang buruk berterusan menghantui kita walaupun kita telah mati. Kalau benda baik yang kita kongsikan, mungkin dapat membantu kita di padang nanti.
Mat Ketet-Ketet: Aku lagi teruk. Gambar terakhir dalam fotoblog aku adalah foto seekor beruk.
Tok Rimau: Okay la tu.Foto itu akan mengingat orang terhadap kau. Ha! Ha! Ha!
Mat Ketet-Ketet: Sadis betul Tok ni!
Tok Rimau: Maafkan aku. Akukan suka bergurau. Amat susah aku melepaskan peluang mengenakan kau. Peluang bukan datang selalu. Ha! Ha! Ha!
Mat Ketet-ketet: Ha! Ha! Ha! Aku faham. Ada ubi ada batas. Ada lori ada bas.
21 ulasan:
Semoga blog Tok Rimau dan blog aku akan membantu kami berdua di akhirat kelak.
aku akan tukar gambar diblog aku dgn yg lebih elok dan manis...
biarla org ingat kat wa melalui tulisan je
gambar tu ssssssshhhhhhh...biarlah rahsia
kalau saya tiada lagi, jangan mainkan lagu saya untuk seratus hari. itu pun jika ada yang nak dengar, selepas saya tiada.
Ok.
baiklah!
Kadang2 manusia itu mcm2. Jadi mcm2 yang dibuat untuk hidupnya.
Tetapi ada benda yang macam2 dibuat akan berkekalan sampai ke akhirat. COntohnya blog. Katakan di blog tersebut ada tertulis entry yang memberikan inspirasi dan kebaikan kepada org lain. Saham itu masih kita akan dapat samapai ke mati.
Sekianlah tazkirah hari nih. Tok rimau janganlah baham aku ek!
Saya akan wasiatkan blog saya pada Tok Rimau nanti.Bersama passwordnya sekali.OK?Terima ke tak?
itu pun dah mati baru merasa dapat 50++ komen. masa hidup jangan kan komen, singah baca pun tidak.
Lan,
Halalkan makan minum aku.
Ontah,
Gambar yang lebih manis. Gambar awek2 muda. Buang gambar orang tua-tua.
Halo,
Semua orang dah declassify document "Biarlah Rahsia". Kau bila lagi?
Nizam,
Kau rakan tahlil dan zikir munajat pulak.
Naga,
K.O.
Vovin,
Teruskan usaha.
Azhar,
Ini harimau educated. Tak baham orang.
Ros,
Aku nak buat apa blog banyak-banyak? Wasiatkan la kalong dan cincin kau kpd aku.
Dugong,
Begitulah. Manusia mati meninggalkan blog. Manusia hidup meninggalkan komen.
Redmummy,
Testing... testing...testing.. Kau baca tak entry yang ini?
ehehe...nice page..
saya mahu kamera video anda
kongsi gambar ini dengan tok rimau :)
http://static.flickr.com/72/187799409_370a082335.jpg?v=0
jangan berfoto. hahahaa.
ehh nanti orang tak ingat pulak.. ye ke?
Mudah-mudahan dimudahkan segalanya.
tanggungjawab menulis blog, cerpen dan lain-lain karya. kebetulan tarikh arwah pergi sama dengan tarikh pak sedara saya pergi. dapat double tazkirah minggu lepas.
tah apa pulak yang aku nak tinggalkan jika aku pergi nanti no...
semoga kita semua akan sentiasa ingat dan mengingati
jgn lupa tinggal wasiat juga.
tok rimau akan menjadi mayat juga akhirnya...
akupun akan jadi mayat..
walaupun aku seorang 'pemandu' keretamayat..
the last transport..
Catat Ulasan