Aku ajukan soalan terbuka kepada orang di atas pentas dan di bawah pentas, "Apa bezanya penulis kecil dengan penulis besar." Sebenarnya soalan aku lebih panjang tetapi tidak perlu aku bosankan kalian dengan protokol.
Ini sebahagian jawapan yang diperolehi dari soalan aku yang tidak bodoh itu.
Menurut Dr. Mana,"Hanya dengan membaca karyanya, tanpa melihat namanya, pembaca akan tahu siapa penulisnya. Itu penulis besar."
Aku pamerkan di bawah 3 petikan dari blog-blog berlainan. Dari ayatnya yang beberapa kerat ini sahaja, peminat fanatik blog dapat meneka siapa penulisnya.
1. Aku. Dan. Dirah. Ketawa mengekek. Macam pontianak jumpa paku setengah inci.
2. Mujur orang Malaya yang mayatnya perlu dibakar tidak menggunakan letrik, hanya perlu kayu dan arang.
3. Mujur ada Sharifah sOOfia. Sebagai aktress berbakat besar, dia sepatutnya diberi peluang berlakon lebih banyak drama dan filem.
Penulis besar barangkali.
26 ulasan:
aku cuma kenal satu dr tiga tuu.. aku pembaca kecil nampak nya....
1. naganaga
2. ntah? jigo kot?
3. matjan
yay!
Nombor 3 tu abdullahjones.
Penulis besar tu apa? Penulis yg byk dibaca orang tulisannya? Penulis yg berbakat besar dlm penulisan? Atau penulis yg suka menulis menggunakan HURUF BESAR?
Atau (awas: lawak cliche di hadapan), penulis yg berbadan besar?
"Nombor 3 tu abdullahjones"
Errk, maksud aku nombor 2
saya bukan penulis, tetapi saya berbadan besar
Penulis besar ialah penulis berbadan besar. Standard berbadan besar ialah saiz pinggangnya adalah 36 inci atau lebih. Ha ha.
penulis besar = penulis dewasa
penulis kecil = penulis kanak=kanak
hahaha...betul ke??
tok.. tlg ahh bgtau sapa mereka itu tok utk pengetahuan blogger igusan macam aku ni.
naga, mat jan tak berbadan besar pun.
mungkin ada bahagian lain yang lebih besar kot. :P
ada sedikit tambahan: Dr. Mana beritahu juga, penulis besar ada tema tertentu mencerminkan identiti masing2. contoh, A.Samad Said (tema:keperempuanan) katanya.
kalau anda semua teror,
1."Aku di hari yang muka datang semalam. Dia bawa mesin masa model baru untuk gantikan yang lama. Mesin lama tu cepat panas."
2."Ya ya. Musim bunga yang paling warna-warni. Di Ryogoku."
3."la la la la la"
ha! siapa?
oit bang Naga, tu 36 inci tu pinggang atau perut? BWAHAHAHAHA
Selendang,
kamu pembaca yang baik.
Ontah,
Pembaca kecil adalah orang yang membeli buku tetapi tidak membaca.
Rudy,
2 markah. Markah penuh 3.
1khz,
Ha ha ha. (Gelak klise)
Naga,
Kau perlu pakai bengkung.
Chicken,
ha ha ha. Salah.
Lan,
Jawaban2 di atas boleh dideduksikan.
Kelambu,
Jiwa mereka besar.
Nizam,
Artis juga begitu. M. Nasir mencari dirinya sendiri. Ramli Sarip kebelakangan ini dgn mesej keTuhanan. Zainal pula perjuangkan pokok-pokok hutan. GT kena jelas apa yang diperjuangkan. Takkan Minah kot nak dijuangkan.
Dugong,
36 inci saiz kaca TV.
frankly speaking, ketiga-tiga tu wa x kenal beb. tapi gaya penulisan yb sebegitula yg wa suke baca sbb bila wa baca x tension beb! relax.....
1=naga
2= jones
3=mat jan
saya adalah pembaca besar. ha ha
Ulasan
1= penggunaan noktah memberikan pengucapan yang segar, ringkas dan pendek macam haiku. metaforanya juga segar.
2= Tulisan yang sinikal & sarkastik. perkataan "Malaya" tu. alah ketara betul en. rimau
3= sinikal dan ada bau. ha ha
tok.ada 2 pilihan cover kat sini: http://bilik.blogspot.com sila pilih yang mana hati berkenan.:D
Pembaca kerdil seperti aku tak pandai meneka-neka...cuma pandai menjawap di dalam hati.... :)
kesian penulis kecik.... maksud aku bertubuh kecik.
1. sinaganaga.
2. AJ
3. tak pasti.
Ranking Penulis besar: 2-1-3.
3. mat jan
yang lain-lain aku tak kenal.
Yang aku tahu, no 3 itu memang besar...
Besar nama?
Besar badan?
Besar kepala?
hmm, setakat ini, aku belum jumpa lagi blog yang pakai ayat mcm tu
nombor satu dia suka rock kapak kangkang suar ketat
nombor dua dia suka makan epal cicah sambal belacan
nombor tiga dia suka..errr.err.ader awek tak?.
besar atau kecil,kita semua berkongsi minat yg sama.menulis utk memuaskan nafsu.
1. naga
2. aj
3. mj
penulis kecik penulis besar? aku tak kisah..itu cuma cap yang diberi.
Catat Ulasan