Isnin, Julai 10, 2006
SEJARAH DIUKIR
Di zaman gelap Eropah dahulu, pihak gereja berdakwah dengan menayangkan drama-drama moraliti. Ada pentas untuk pelakon-pelakon melakonkan watak ahli-ahli syurga bersenang lenang minum air anggur sambil ketawa-ketawa gembira. Dan, ada pentas untuk pelakon-pelakon berlagak macam syaitan mendera ahli-ahli neraka dengan pelbagai penyeksaan.
Kalian teka pentas mana yang lebih ramai penonton? Pastinya pentas neraka. Secara visualnya ia lebih menakjubkan.
Putar punat mesin masa ke 2006.
Mengikut ulang tayang, Mat Razi kelihatan meraba dada (puting?) Zidane sambil merapat ke punggung Zidane. Kemudian mereka kelihatan seperti berjalan sambil berbual-bual bertanyakan khabar, "kau dah minum atau belum?" Tiba-tiba Zidane menghampiri Mat Razi lalu menanduk kuat dada Mat Razi. Mat Razi jatuh terlentang.
Setelah padang menjadi huru-hara beberapa minit, pengadil bersemuka dengan penjaga garisan. Mungkin headphone dan microphone yang dilekatkan di pipi mereka tidak berfungsi untuk perbincangan online. Mereka berbincang selama 1 saat, kemudian pengadil melayangkan kad merah kepada Zidane.
Zidane dengan muka machonya keluar dari padang. Lepas itu, dia tidak masuk padang lagi. Ambil kalung hadiah tempat kedua pun tidak.
Pun begitu harus ditekankan di sini, Perancis kalah bukan sebab Zidane menyondol Mat Razi tetapi sebab Tergezut gagal menendang bola masuk gawang ketika penalti penentuan.
Dalam masa 10 tahun, kita akan lupa siapa-siapa yang menyumbat gol penentuan. Kita juga akan lupakan Toti dan Tergezut. Namun begitu kita akan sentiasa ingat Zidane menyondol Mat Razi seperti mana kita ingat tangan ajaib Maradona dan tendangan Kung Fu Eric Cantona.
Kesimpulannya, masuk bermain di final Piala Dunia sahaja belum cukup, untuk mencatat sejarah, kau mesti lakukan sesuatu yang menakjubkan.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Insiden Sondolan 2:20 saat.
Asal-usul Zidane
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
25 ulasan:
Terkujat dan sedih aku tgk pemain kepujaan ku ini boleh lupa diri kejap... otak Zidane memang benar-benar letak di lutut rupanya.:(
setuju, zidane akan diingati, tapi siapa yg memenangkan italy, tak ramai yg ingat....
Betul tok.
Yang buruklah orang suka ingat.
Yang baik sapa nak ingat.
Pizza lebih sedap dari escargot...
buat teka dialog pun best gak ni..
Tok,ms kecik dulu dah tengok bola..Bola emas sapa yg menang tahun 1982 pun aku masih ingat lagi.Polo Rosi(itu bukan ejaan sebenar).Bukan 10 thn tp lebih tu..
Hehehhe..
Kalau Zidane tak diraba pasti France menang Tok...Satu hari aku sedih sebab duit aku melayang..Dahlah aku sat
'tandukan' yang membolehkan zidane menang anugerah 'golden ball' :)
uwawa...
kuchiwa bile dpt tau France tewas...
tak sia-sia tak tengok
Knapa la Zidane pegi sondol mamat tu..Knapa la Zidane masih dapat award Golden Ball..Hampeh tul..Kate aku seorg penyokong Jerman
Sebenarnya yang gaduh tu dua-dua budak Melayu...Zainudin ngan Mat Razi...org Melayu kan camtu suka dengki-mendengki..Si Leman pulak ingat Jarman boleh menang penalti..rupanya si Gosok rembat sebijik last minute..muahaha...apa pun Togo tetap dihatiku..
saya suka cara Zidane main.. dia tanduk perut orang pun saya suka.. skil tinggi tu.. mana ada orang lain pernah buat..
Emperor Meiji: Tell me how he died.
Algren: I will tell you how he lived.
The Last Samurai
aku suka cara dia menanduk dada. atau menyondol dada?
walaupun aku peminat german dan argentina, tapi aku minat zidane sebagai pemain yang berkaliber dan bersih.
kesabaran ada hadnya. dan semalam had sabar zidane memuncak.
had sabar kalian tinggi mana?
Zidane, ketika detik itu, merasakan maruahnya lebih penting dari sebongkah emas.
sebenaqnya wa dah x mau ckp dah pasal ni.....terguris betul kali nih....tp walau wa nangis skali pun zidane bukn tau ye dak!?
"Zidane botak yeyeye zidane botak.."
Zidane tu takde mimik muka aaa..
gembira poyo macam tu, marah pun poyo macam tu. macam orang takde perasaan.
Moral of the story: jangan ejek orang botak, terutama macam Tok R ekekekekeek
Dear Tok Rimau,
Saya ni sgt le minat kat zainudin zidane tu, walaupun saya kecewa dgn tandukan beliau tu, tapi saya juga akan melakukan demikian jika saya di kasut beliau (malah lebih lagi seperti melakukan reverse turning kick ke kepala Mat Razi...)
seperti menjual AKB di pasar jual ikan?
betul tok, tandukan zidane akan diingati zaman berzaman..
Zidane sudah bersuara
nak sedih ker nak gembira..
Kalau aku jadi 'Din' pun aku hempuk 'Mat Razi' tu...tapi aku tunggu sampai habis game, baru kasi hantuk lepas tu buat finishing pakai kung-fu cantona!
insiden ini pasti kuingat sampai mati..dan akan kuceritakan pada anak cucu cicit ku..lol
nanti kat sekolah rendah ke menengah
bebudak akan ikut style pemain bola
dulu ronaldo wat botak,beckham wat rambut punk
nanti ikut style zidane tanduk orang
Catat Ulasan