Saya menguasai Microsoft Office Word, Powerpoint dan Excel. Selain dari itu saya juga mempunyai kepakaran dalam pembikinan dan rekabentuk laman web.
Biar pun sempurna bahasanya, tiada majikan yang percaya akan isi kandungan surat ini kerana surat ini ditulis dengan pen. Atas kertas bergaris-garis. Tulisan tangan. Bukan bercetak. Mmmm... tidak hairanlah masih ramai lagi graduan yang menganggur.
Seeloknya aku ketuk kepala penulis ini. Biar keluar lima ketul bintang berputar-putar atas kepalanya.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
C-4 or Composition 4
9 ulasan:
saya rasa nak ciplak ayat tu untuk resume saya akan dtg.tapi kali ni saya nak tulis jawi.boleh tak tok?
eh ada jugak ke yg masih bertulis tangan? dlm permohonan jawatan kat tmpt sy la ni... almost buat resume guna komputer. cantik2..siap binding..warna warni! nampaknya calon tok tuh KURANG KEMAHIRAN INSANIAH (Soft Skills)..ekekekee..
saya rasa dia benar2 jujur. kalau guna ms word boleh cut & paste jer.
amik la di keje tok. hahahaha
mungkin budak tu terlampau 'menguasai' MS office hinggakan aura dia meletus apabila cuba menaip dekat komputer... he..he..
dia dah lama nganggur tu Tok. PC dan printer dah kena jual sebab takder duit nak makan. nak ke CC pun tak mampu. Panggil dia dan bagi dia godek pc Tok. kalau tangan terketar pegang tetikus tu... barulah maki hamun memang layak buat dia haha
orang kaya jadi makin kaya sebab nilah. sebab orang miskin tak mampu beli komputer...
Hmm... nampaknya penggunaan kertas kajang sudah tidak ada nilai lagi..
Raz,
Jawi? Hantar resume kamu ke Dubai.
Rud,
Resume berwarna pink pasti timbul dari celah2 ribuan resume.
Esis,
Kalau tulisannya lawa tak apa juga.
Anita,
Biar buta IT jangan buta hati.
Lan,
Panas sangat ke kopi tu?
Tangan abah terketar-ketar.
Saharil,
Mungkin juga dia ada PC tapi TNB belum pasang tiang di rumahnya. Ha ha ha.
Mazudi,
Kajang hamba mengkuang layu.
tu baru kaw kaw punya copy & paste hahahaha
Catat Ulasan