Isnin, Disember 11, 2006

AGI HIDUP AGI MERABAN

Nyamuk-nyamuk yang kehausan bukan masalah kami lagi apabila pertempuran sudah bermula. Mungkin, darah kami pun tidak lazat lagi kerana sudah bercampur adrenalin yang berlebihan.

"Cover aku!" arah sarjan kepada aku.

Aku pun bangun dari tempat persembunyian dan memuntahkan peluru ke arah gerila yang bersembunyi di balik pokok-pokok kelapa sawit.

Rattt tat tat tat tat!

Musuh kami bijak. Mereka terus bersembunyi membiarkan pokok kelapa sawit menerima tembakan.

Rattt tat tat tat!

Sarjan berlari terbongkok-bongkok dan terus bergolek ke belakang balak tumbang. Terus dia meniarap mengintai musuh.
.
.
.

Seperti biasa, Tok Rimau bertambah kacak bila memakai topeng sambil membuat aksi Satria Baja Hitam.
.
.
.
.

"Aduh! Aduh! Arghhhhhh!"

"Jan! Kena tembak ke Jan?" aku melaung.

"Arghhh! Semut api! Semut Api!" Sarjan mengelupur di tempat persembunyiannya.

"Ha! Ha! Ha!" Aku tertawa terbahak-bahak. Aku mula leka.

Dush! Dush! Dush! Peluru turun macam hujan.

"Aduh!" Leher aku dilanggar sebutir. Tepat pada urat mareh. Lebam lovebite ni tahan seminggu.

Main paintball dua jam. Bayar RM53. Pulang dengan baju penuh berlumpur dan badan lebam-lebam macam membela pelesit.

21 ulasan:

sinaganaga berkata...

Berlatih dengan lebih giat lagi, sindiket sol-jah! Harap2, tahun depan kita boleh masuk liga pb.

dugongsenyum berkata...

oit oit aku pun nak main oit. alang-alang main dalam kebun yg ada semut merah, masuk santak lagi yang ada gajah hua hua hua hua

rasso berkata...

ehehe...
main perang-perang pulak!
tak sangka tok rimau bisa menembak.

Kemat berkata...

bukan rimau jadi buruan ker..aha..nasib semut..itu belum liepan menyengat lagi..kita wat team binatang(rimau, naga, liepan, semut, bear,dll) lwn buah(rambai, ciku, dll) nak

Unknown berkata...

tok r, nampaknya kau tak puas jadi budak..

Rie berkata...

wahhh love bite tok kat urat marehhh..

maluuu ooo

Tok Rimau berkata...

Naga,
Aku berlatih selepas dapat gaji je.

Dugong,
Aku tak nampak gajah depan mata. Semut nampak la.

Rasso,
Banyak lagi yang kau tak sangka rimau boleh buat.

Kemat,
Anytime. Semboyan dah berbunyi. Jom.

Nizam,
Masa kecik tak sabar jadi tua, dah tua nak jadik kecik balik.

Esis,
Masih sengal lagi tenguk aku.

Pakteh berkata...

Badan dah tak kuat. Dulu ya...

Tanpa Nama berkata...

Paintball- Patut jadi salah satu aktiviti Language Games.

Unknown berkata...

dulu main tembak2 dengan buah terung, sekarang dah ada paint ball ek...

Tanpa Nama berkata...

Tok...tak aci aar mcm ni. Aku pun nak berlatih jugak untuk mempertahan maruah agama, bangsa dan negara.

cerebrator berkata...

wahh best, best.

Tanpa Nama berkata...

Toak Rimau orang yang bela pelesit pun tak lebam2 macam tu kan hehehehe....satria baja hitam konon!

ontahsapo berkata...

tabik jan...

Azhar Ahmad berkata...

Owhhh tok rimau, apakah kau juga suka melihat Suria Baja Hitam. Jangan dengkikan saya, kerana sudah ada 3 DVD Suria baja hitam complete set. Nguahahhaha Nguahahahah Ngauahhahaha (Gelak2 gorgom)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Hahaha..... Main combat zaman moden nih... Dulu pakai 'lontop' sekarang pakai senapang...!

Tanpa Nama berkata...

Mahal-mahal yg dapat cuma love bite?

Patutlah gusti yg tahapa-hapa tu pun ramai penontonnya ek.

p/s Saya lagi sukakan Gaban dari Kesatria Baja Itam. (Gaban Zekkkk.. potong 5!!)

Tanpa Nama berkata...

Dush! Dush! Dush! Peluru turun macam hujan.

"Aduh!" Leher aku dilanggar sebutir. Tepat pada urat mareh. Lebam lovebite ni tahan seminggu.
========
gitu punya banyak peluru, kena satu je... betul tak bela pelesit ni?... hikhik

Tok Rimau berkata...

Pak Teh,
Ini tulang besi urat dawai. Kalau mat gian dapat dia jual kat besi buruk.

Chechmak,
language game? The only word you will learn is "Ouch!"

Kenit,
apa la biji terung. Buah gatal la baru chemical warfare.

Qasseh,
Mari berlatih bersama aku. Aku perlukan target. ha h aha.

Cerebretor,
Lebih best dari sexs jam 5 pagi.

Cuaca,
BERTUKAR! /aku sekarang dalam kelengkapan perang dgn pedang laser.

Ontah,
Turun 10. Tolak bumi ini sampai keluar dari orbit.

Azhar,
Pinjam DVD kau.

Black,
Mana ada mainan percuma. Semua kena bayar.

Ayang,
Kalau aku cedera di medan perang, aku kau jadi misi.

Pakcik,
Huargh! gaji dapat cepat bulan ni. Perang lagi. Bagi makan pelesit.

irdhi_hayati berkata...

hahahah

cik sassy berkata...

bestnya main paintball.. tingin nak main... tapi mahal la.. huhuhu.. (satu lagi takut sakit).. eh..sakit ke? heee

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...