Khamis, Disember 14, 2006

CELORENG

Aku balik kampung semalam. Aku buka gerobok lama, gerobok pakaian seragam abah sebelum dia pencen.

"Mak baru kemas tu Ngah. Jangan kembur," mak bagi amaran.

"Nanti orang kemas balik la."

Mak bersandar di muka pintu. Dia nak pastikan aku kemas gerobok itu semula.

"Kan dah dapat," aku mengeluarkan baju celoreng abah dari gerobok. Ada pangkat lagi. Staf Sarjan. Aku acukan kepada badan. Mmm... nampak segak. Kawan-kawan bola-bola api cat (paintball) aku pasti cemburu.

Aku cuba seluar pula. Ketat. Tidak boleh pakai. Kalau paksa pakai juga, boleh koyak kelengkang. Seronok la musuh membedek ke arah bontot aku nanti. Simpan balik seluar itu.

"Engkau nak buat apa dengan celoreng abah kau tu Ngah?" tanya mak.

"Orang nak pergi perang la mak."

"Kau jangan main perang kat kebun durian, nanti dituduhnya kau nak hidupkan Al Maunah pulak."

"Kebun kelapa sawit la mak," kata aku sambil memperagakan baju celoreng depan cermin macam budak dapat baju raya.

...................................................
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Orang yang cantik baca blook Masuk Barisan. Orang yang baca blook Masuk Barisan adalah orang cantik.

Harga RM23 (Termasuk upah posto)- Untuk tempahan sila hantar SMS ke 012-736 7772. Sementara stok masih ada.


Tiada kena mengena dengan Barisan Alternatif dan Barisan Nasional.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha...[ketawa dulu].. masa kecik2 dulu aku teringin nak beli baju celoreng kaler hijau tu,tapi mak aku tak kasik.skang dah besar,dah ade duit,aku dah berubah hati.hehe..

Unknown berkata...

OOoo. Angah eh..

Rie berkata...

ni peristiwa masa budak ker? peristiwa masa budak tua nihh.

manjeeee sungguuuhh....

sinaganaga berkata...

Main sungguh-sungguh! Sungguh-sungguh main!

rasso berkata...

alahai~
pingin jugak baju itew...
tapi gagal masuk PALAPES....

p/s Blook tu kat Tok ker?? if ye, booking sebuah...

Tanpa Nama berkata...

Masa kecik-kecik dulu pakteh main tembak-tembak guna senapang buluh. Pelurunya buah senduduk. Kalau kena sakit (pedih) juga. Kalau baju putih, habis jadi biru.

Tok, tenguk blog kita dah tukar BETA.

Tanpa Nama berkata...

loreng corak daun buluh ke?
lagi cantik dari yang baru tu.

Tanpa Nama berkata...

real ha... siap cari baju lagi nak main... :D

Tanpa Nama berkata...

nampak gayanye bdn abang ngah dah berisi...

Tanpa Nama berkata...

tok. cari seluar sekolah.
orait juga tu. colour hijau!

kalau dulu pengawas lupakan. itu polis berperang dgn mat rempit!

Azhar Ahmad berkata...

Tok, dulu2, kecik2, kurus2, peluh2, lari2, masuk2 dalam paya (abaikan masuk2 yang satu lagi). Main tembak2, polis sentri.

Tok, gagal mengecapi alam kanak2 ke?

Apapun, sebelum pi main, kami kena beratur dalam barisan. Kawad. Jadi, siapa nak MASUK BARISAN kena tabik kat Sarjan Kompeni.

Tabik kat tok! Nak MASUK BARISAN!

Tanpa Nama berkata...

Ada baju celoreng lebeh tak?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...