Rabu, Disember 20, 2006

PIALA MONSUN

Aku nampak dua lelaki muda berdiri di kaki lima jambatan yang merentas Sungai Senaiville. Mereka memerhatikan air sungai yang melimpah menenggelamkan rumah-rumah sekitar akibat marathon hujan 48 jam. Mereka kelihatan tidak sedih. Mereka ketawa-ketawa sambil tangan menunjuk-nunjuk kawasan yang tenggelam. Mungkin mereka bukan orang tempatan. Ini kali pertama mereka melihat banjir. Mungkin.

Wiper aku menari ke kiri dan ke kanan menepis hujan renyai-renyai. Perjalanan aku amat membosankan kerana sekejap laju sekejap sesak. Ada bahagian-bahagian jalan yang tenggelam dek monsun.

Aku biarkan kereta di hadapan aku bergerak jauh ke hadapan. Ini memberi kereta aku ruang kelegaan untuk menderas. Aku tekan minyak. Vrooom!

Tayar aku ligat melanggar lecak. Swosshhhh!

Aku tidak melihat belakang. Aku cuma dengar suara mereka menjerit, "Hoiiiiiiii!" Hujan bertambah lebat untuk anak-anak
muda itu.

p.s.
Aku tidak bangga dengan tindakan aku.

.....................................

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Ramalan Cuaca 7 Hari Johor Bahru

......................................

KAJIAN
Saudara Tok Rimau,
Saya mendapat contact anda menerusi Syed Syahrul. Maaf kerana mengganggu. Saya ialah pelajar sarjana dari Universiti Malaya, dan saya ingin meminta pertolongan sedikit atas kajian saya dalam thesis yang bertajuk " Mampukah blog menjadi kaedah efektif untuk mendemokrasikan Malaysia?"

Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu temuramah dengan blogger dan satu tinjauan bagi semua pembaca blog & pengendali blog dari Malaysia. Bolehkah anda tolong isikan tinjauan tersebut, dan sebarkan tinjauan ini di dalam blog anda?

Publisiti ini adalah untuk tujuan akademik saja =). Oleh sebab saya memperhatikan bahawa komuniti blog dalam Bahasa Malaysia jauh lebih besar daripada komuniti blog Inggeris, kajian saya tentu lebih bermakna jika saya mendapat data dari komuniti tersebut. Dengan profil yang hebat dan keaktifan anda dalam komuniti blog Melayu, saya yakin bahawa anda dapat membantu kajian saya untuk mencapai responden yang ramai.

URL untuk tinjauan ini adalah berikut: http://www.my3q.com/home2/121/junetan/malaysianblogbm2.phtml . Senarai soalan itu mengambil masa 5-10minit untuk menjawab.

Ribuan terima kasih saya ucapkan, dan saya menantikan balasan anda.


Yang benar,
June Tan
p/s. Blog saya tentang kajian ini di http://blogger-research.blogspot.com .

Okay, kawan-kawan. Sila jawab:
Soal Selidik Tentang Blog

18 ulasan:

rasso berkata...

Tempohari, penerbangan dari Miri ke Johor telah ditunda akibat hujan di Johor. Sedari jam 4 petang ke 10 malam menanti dengan bosan di lapangan terbang. Rupanya, hujan di Johor sudah 72jam tanpa henti...

Aku dalam kapal terbang terasa nak muntah sebab kapal terbang pun kene elak awan hujan di angkasa sana.

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih =) Really appreciate it.

Rie berkata...

makin lama makin lebat & ribut petir..

ontahsapo berkata...

isk banjir teruk ker JB...?

fahd berkata...

soal selidik itu seperti soal siat siat yang halus mulus tekniknya

Tanpa Nama berkata...

selamat menghadapi kebaniiran. banjir juga satu rahmat.

Tanpa Nama berkata...

kat pagoh banjir wooo...sian tengok pekedai2 dan juga kereta2 yang tersangkut

Tanpa Nama berkata...

tok, rumah terlibat banjir tak?

Tanpa Nama berkata...

tak sengaja takpe. itu sal selidik, salannya agak menakutkan ha ha

Tanpa Nama berkata...

kesian kan JB...kena cuci kot!

Unknown berkata...

hujan itu kurnia Dia juga.. :D

tok, saya pernah kena macam pemuda-pemuda tu kena... geram sangat.... "taulah dia naik kereta...", ngomel saya..

Eloklah tok tak bangga.. :D

Tok Rimau berkata...

Latest: Buka Radio Johor. Dah la lagu lama, tak malar segar pula (tak evergreen). Tiada syarikat album bagi mereka complimentary copy kot. Tapi layan juga. Nak dengar update banjir. Bus Stand Kota Tinggi Tenggelam. Segamat lumpuh. JB lega sekejap. Ramai orang telefon, putus hubungan jalanraya. Mereka minta bantuan makanan.

Tanpa Nama berkata...

soal selidik tu blh terjamin ke dia punye kerahsiaan..byk sgt soalan peribadi nampak gayanye tu..

June berkata...

Tok, saya peminat BEST 104, Johor. Malaysiaaaaaaaaaaaaaa....

Pegawai Khalwat berkata...

Piala Monsun tu kena buat time ni. Biar kapal belayar dekat bumbung rumah orang.

Issh.... kena buat entri pasal ni nih.

Tanpa Nama berkata...

mungkin pasal ada cerita orang beli kapal layar baru... marah dia malam tadi.

Tanpa Nama berkata...

Semoga semuanya akan pulih seperti sediakala.

cerebrator berkata...

Moga hujan tidak akan menjadi lebih lebat lagik pada musim hujan yang belen.

Dulu mangsa Tsunami pada bulan December yg tidak dpt sambut Hari Raya seperti biasa. Kini mangsa banjir plak.

Kita hanya boleh menyerah.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...