"Silence on the set!" jerkah tuan pengarah.
Semua senyap.
Dia tidak jerit "lights" dan "camera" sebab benda itu pun tugas dia sendiri juga. Dalam produksi ala gerila, semua kena serba boleh. Pengarah kena tahu banyak. Multitasking.
Aku? Aku jadi penata seni merangkap tukang pegang papan tepuk (Clapboard).
"Action!" jerit Tuan Pengarah lagi.
Dua pelakon sedang duduk sederet atas sofa rendah. Lutut memuncak ke atas. Konon-kononnya mereka menanti giliran untuk ditemuduga. Tuan pengarah tekun menonton layar kamera.
"Aku memang pencinta wanita. Namun ku bukan buaya," tiba-tiba telefon bimbit pelakon wanita berlagu.
"Cut! Cut!" jerit Tuan Pengarah.
"Simpan la telefon tu dulu. Tengah shooting ni," marah Tuan Pengarah.
Pipi pelakon wanita berbaju kurung itu memerah malu. Pelakon wanita itu pantas membisukan telefonnya dan meletakkan telefon itu di atas lutut.
Graviti pun menjalankan tugasnya seperti biasa, menarik objek ke bawah. Telefon itu melurut turun dari puncak lutut masuk ke dalam baju kurung ke pangkal paha.
"Simpan kat situ je telefon? Kalau macam ini aku pun nak jadi telefon," kata pengarah.
Pipi pelakon perempuan bertambah merah.
"Kah! Kah! Kah!" Semua kru pun ketawa terbahak-bahak.
"Silence on the set!" jerkah tuan pengarah.
p.s.
Jangan tanya aku samada telefon ditala ke getar (vibrate) atau tidak.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Malaysia 2006/7: First Time Filmmakers
Sabtu, Disember 16, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
19 ulasan:
itu gunanya vibrasi
ya, kadang kala bagus juga bertukar menjadi telefon.
vibrate. vibrator.
hish!
cerita nak jadi telefon rupenye.. ingatkan cerita buat filem...
siapa call dia tu..?
ohhh telefon tu menjadi gerila menelusur ke pangkal peha.
film ini tentang telefon bimbit & gadis berpipi merah kan??
tok ke yg telepon budak tu? saja nak bg benda tu bergetar ya..
sensasi getaran henset di celah peha haha
mcm mana tu? atas lutut masuk pangkal peha? xfaham..
bagaimana rasanya ek...
ingin cuba ku taruh juga di situ...
letak dua biji telepon genggam mungkin getarnya enak...
Mungkian lagunya kurang sesuai.....
Untuk menjadi tukang pegang papan tepuk perlukan screen test juga ke Tok..? he he..
ah! baru nak tanya!
hahahaha...kelakar...kelakar...erkkk..kelakar bg lelaki sahaja
vibrator yg vibrate? graviti menarik objek ke bawah.
Sensasi vibrasi
* eh betulke ayat aku tuh.
bagus pelakon itu. siapa ya?
haha..terus terpikir nak buat karangan "Aku sebuah handphone"
Vibrator..
Kalau jenis bergantung kat leher?
Gegarr gegarr.. nyanyi ikut gaya reffedge tau..
ha ha
Aku rasa bila dia vibrate kan boleh dapat mood kot....
naratif yang steady. sejukkk.. (cool).
Catat Ulasan