Jumaat, Februari 02, 2007

KEDAI KAYU


Untuk projek filem Bidadari Buta, aku perlukan sebuah kedai papan untuk "rustic look." Suasana lama yang mengimbau kepada suatu lokasi yang tidak moden.

Aku tanya kepada Lek Bun di mana ada kedai papan.

Lek Bun: Batu 30 ada kedai papan.

Aku: Tadi saya lalu tidak nampak kedai papan pun.

Lek Bun: Ada. Sebelum simpang ke (Kampung) Seri Bunian tu. Kau nak beli simen pun ada jual kat situ.

Aku: Aduh Lek Bun. Maksud saya kedai yang diperbuat dari papan la Lek Bun. Saya cari kedai kayu. Bukan kedai yang jual papan. Itu kedai construction materials.

Lek Bun: Ha! Ha! Ha! Engkau yang cakap tak jelas.

Saksikan belakang tabir pengambaran BIDADARI BUTA: Hari 1. Fotografi oleh Lan Rasso.

18 ulasan:

dugongsenyum berkata...

pergghhhh cantik jelita bidadarinya perghhh!!!

saharil berkata...

and the camera is cute too!

tapai berkata...

Macam Lara Croft la gaya dia pegang pistol. Perghhhh!! Dia punya senyum, wa tatak boleh tahan!! Ha ha!

Pheja pun ada, dia buat apa kat situ?

Tok Rimau berkata...

Oit aku cerita pasal Lek Bun la. Bukan cerita pasal Bidadari.

rasso berkata...

hahahaha...
tok silap pilih gambo... ekekeke

Pa'chik berkata...

gambar tu lebih menarik minat dari isi entri ni tok.. haha.. aku tak baca pun entri tu, terus komen..
kalau itu bidadarinya, buta pun buta la tok...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Wah gadis berpistol-pistolan.

Yok ke Parit Jawa. Banyak lagi kedai papan.. he he.

Unknown berkata...

tu la tok, lain kali cakap biar terang!!

tp awek dlm gambar tu kenapa happy je pengang pistol.

kingbinjai berkata...

ha ha jawapan yang bernas untuk soalan yang bernas

Unknown berkata...

wah!! cantik gadis yang membelai pistol itu

Sastri berkata...

setuju dengan yang lain, awek yg pegang pistol sambil tersenyum tu mmg manis orangnya... :D

~inilah saya~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~inilah saya~ berkata...

Tok,

Bidadari ayu yang ganas.

Bidadari tu dah kawin ke belum?

Ha ha ha

wook berkata...

tok, salam kat bidadari mata jeli,
kalo pegang styer lagi uwoop-uwoop.

. berkata...

ini iklan krim bidadarikah? XD

sinaganaga berkata...

Aku ingat, aku nak tawarkan 1 watak dalam filem aku kat bi'dada'ri tu. Amacam guys!

jagoan berkata...

Kedai 'rustic look' boleh hang cari di pekan LIMA KEDAI. masuk ke Kangkar Pulai. Di situ ada barangkali. AKu rasa hanya aku yang beri respon yang baik daripada perespon yang lain. Ha ha

u l t r a b a e berkata...

hi mr g..

watched ur last piece of work..can't wait for this one..lenny told me u didn't her in the movie..hehe..tough luck len..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...