Jumaat, Februari 23, 2007

KIRI



Judul awal filem ini adalah Bidadari Buta. Kemudian kami tukar ke Dendam Semalam. Lepas tu tukar lagi ke Khadam Dendam. Akhirnya kami ambil keputusan untuk KIRI sahaja. KIRI lebih banyak lapisan maknanya.

Ini versi kontot (4 minit) yang kami hantar ke Hollywood untuk tatapan Spielberg. Sinopsisnya:
An unnamed female character is traumatized at childhood after witnessing the murder of her father, a retiring militant rebel. The murderer is his father's own guerilla leader, Wan Sulong. She then studies her father's war journal and makes it her own. She devotes her life to seek revenge on the murderer. When the time comes, she leaves her house and heads to a border town in search for Wan Sulong... and for vengeance. She finds the man she is looking for. Nevertheless, he is now a pious repentant man.

Versi Penuh (15 minit) akan menjawab persoalan:
1. Apakah hubungan Wan Sulong dengan Rodi?
2. Kenapakah Wan Sulong membunuh Rodi?
3. Bagaimanakah Bidadari menjejak Wan Sulong?
4. Bagaimana Bidadari tahu menggunakan senjata?
5. Di manakah Bidadari mendapat senjata?
6. Apakah tanda yang menunjukkan Bidadari sebagai obses kepada dendam?
7. Bagaimanakah Bidadari menolak pinangan?
8. Apa terjadi kepada Bidadari dan Wan Nordin selepas tembakan?
9. Apakah peranan pemuda gatal dalam filem ini?
10. Kenapa kepala Tok Rimau hampir bocor?

Tempahan untuk DVD versi penuh dibuka sekarang. Anggaran harga RM20. Beli yang ori! Untuk mendapatkan DVD KIRI, sila hantar e-mail dengan tajuk subject: MAAF, TANGAN KIRI. Sertakan nama dan alamat penuh utk tujuan kiriman nanti. Jangan sertakan $ dalam e-mail lagi. Anda akan dihubungi kelak oleh pengedar DVD bertauliah kami. :-) email ke tokrimau{at}gmail.com

23 ulasan:

Amyz! berkata...

memula suara perlahan. kemudian, saya kuatkan volume. tetiba keluar muzik kuat la pulak. termasuk tembakan tu. saya terkejut. kawan-kawan saya pun terkejut juga.
percubaan yang cukup baik. boleh buat filem aksi ala-ala gerak khas. :)

rasso berkata...

Tok..
nanti saya gi Lab..
hahhaha

Tok Rimau berkata...

Amyz,
Nanti tag filem ni- Sebuah Filem yang Mengejutkan!

Rasso,
Kalau datang lab, sila bawa teh Cameron Highland.

rasso berkata...

Ceh...
haha...

Unknown berkata...

nampak menarik ;)

rewan ishak berkata...

Camner nak dapatkan DVD ni? KIRI.. sounds interesting.

Tok Rimau berkata...

Untuk mendapatkan DVD KIRI, sila hantar e-mail dengan tajuk subject: MAAF, TANGAN KIRI. Sertakan nama dan alamat penuh utk tujuan kiriman nanti. Jangan sertakan $ dalam e-mail lagi. Anda akan dihubungi kelak oleh pengedar DVD bertauliah kami. :-) email ke tokrimau{at}gmail.com

Aqil Dot Com berkata...

waaa tokan dvd skrang jual kat internet jer.. tak jual kat pasar malam dah. canggih canggih....

Lan Rambai berkata...

tok rimau sengaja tidak mempamerkan dirinya dalam klip promo ini.... bijak-bijak...

~inilah saya~ berkata...

Sound effect memang gempak. Bunyi tembakan much more better than cerita-cerita melayu yang dipaparkan di TV Malaysia.

Dan

Kirim salam saya pada Syahida Karim.

Ngueh...nguehh...nguehh

cerebrator berkata...

Tok, org di seberang laut bleh order ker tak ni?

June berkata...

saya (mungkin) kurang bermotivasi untuk membeli DVD ini kerana tiada perempuan cun atau lelaki cute.

apa masalah saya Tok?

Sastri berkata...

err... nak tunggu Blackie beli laa... boleh tumpang sekaki nanti...

Pa'chik berkata...

wan sulung tu yang suka nyanyi lagu jahane tu ke?

Nazri berkata...

ada entri dalam imdb?

DeeN berkata...

nak kena tgk dulu baru leh komeng
check it out!!

Pakteh berkata...

Sampai sekarang pun masih belum berjata tangkap Tokrimau. Isk...

test berkata...

salam,

wah tok dgn pojek baru, karya makin mantap dan hebat...
tahniah tok...
x masuk tv ke tok citer nie?

syed syahrul zarizi b syed abdullah berkata...

atok

saya nak jadi orang jahat! rupa dah ada. Pestol kena bawak sendiri ke? saya silat garuda sakti dulu ade sikit2. kalau nak pakai extra jangan lupa kawan

syed syahrul zarizi b syed abdullah berkata...

saya tolong promo kt blog saya (konon2 boleh dapat watak utama la lepas ni.)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tahniah!

Sekejap lagi nak e-mel tok la ni... he he he...

Si Fakap berkata...

er tok,

Cerita menarik, tapi saya rasa pistol tu nampak macam kurang "real" sikitlah.

Er, nasib baik cerita ini tak ada kena mengena dengan lagu beyonce knowles nyanyi tu. Alah, yang "to the left, to the left" tu...

haha.

ayobkelubi berkata...

eemmph,mendalam sungguh maksud KIRI tu ek tok.

WBP,satu permulaan yg hebat.moga-moga jadi hendaknya.

yeah bebeh!

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...