Khamis, April 12, 2007

ASPURA 3

Dalam bilik warden.

Cikgu Sujak: Kof kof kof.(Asap keluar dari mulutnya)

Cikgu Sujak batuk dengan kuat sekali. Batuk Cikgu Sujak menarik perhatian Pak Mail yang sedang menyiram bunga di kaki lima.

Pak Mail: Ish! Teruknya batuk. Dah tua baru nak belajar hisap rokok.

Cikgu Sujak: Saya bukan apa Pak Mail. Saya nak tahu apa sedapnya hisap rokok hingga pelajar kita sanggup menghabiskan duit.

Pak Mail melihat di atas meja Cikgu Sujak ada sekotak Dunhill 20 dan sekotak mancis. Juga beberapa batang mancis patah tanpa belerang berterabur.

Pak Mail: Oh! Baru lepas spotcheck la ni. Banyak dapat?

Cikgu Sujak: Saya dapat satu majalah Playboy atas tangki bilik air dan lima kotak rokok. Semuanya disorok bawah tilam. Tidak kreatif langsung budak-budak ni. Sooo predictable.

Pak Mail: Mana barangnya? (Pak Mail mengendeng)

Cikgu Sujak: Sori la! Majalah dah saya bakar. Rokok dah saya buang. Tinggal satu ni sahaja. Tolong buangkan dalam tong.

Cikgu Sujak mencampak kotak Dunhill 20 ke arah Pak Mail. Pak Mail menyambutnya.

Pak Mail: Okay la Cikgu, saya banyak lagi pokok nak siram.

12.30 tengah malam. Dalam sinar bulan ke 17, berkumpul tiga pelajar lelaki belakang bengkel mekanikal, blok paling hujung. Jauh dari dorm. Bertambah hening suasana dengan refleksi bulan di kaca tingkap bengkel.

Jali: Berapa Pak Mail jual dengan kau?

Sudin: 30 sen sebatang.

Jali: Cekik darah betul Pak Mail ni.

Sudin: Mana lighter?

Sani: Ni hah. Nasib baik Cikgu Sujak tak jumpa lighter ni.

Jali: Kau letak kat mana?

Sani: Aku sorok dalam stokin. Stokin pulak aku letak dalam boot bola.

Sudin: Ha! ha! ha! Bijak. Bijak. Lain kali rokok pun sorok dalam boot jugak.

Sani menyalakan pencucuh untuk rokok di muncung mulut Jali. Rokok itu mula membara. Kemudian dia menyalakan rokok Sudin dan rokoknya sendiri.

Tidak sampai satu minit... zassssss! Satu nyalaan api yang besar meledak di hujung rokok Jali. Terperanjat Jali dibuatnya. Dia terus mencampak rokoknya ke longkang. Mukanya pucat. Sudin dan Sani berpandangan.

Zassss! Zasssss! Rokok Sudin dan Sani juga meledak. Nasib baik tidak hangus misai halus remaja si Sani. Segera mereka melepaskan batang rokok mereka.

Tiba-tiba sunyi malam terbelah oleh kikihan ketawa suara garau. Kih! Kih! Kih!

Sani: Aku seram la Jali.

Sudin: Jom kita belah. Angker tempat ni.

Jali dan Sani: Jom.

Mereka bertiga lari tidak cukup tanah ke arah dorm masing-masing.

Di dalam gelap bengkel mekanikal, Cikgu Sujak tergelak-gelak sendirian di belakang tingkap kaca. Muslihat memasukkan belerang kepala mancis berjaya seperti yang dirancang. Setiap batang rokok disumbat tiga butir kepala mancis. Menunggu waktu untuk tercucuh oleh bara tembakau.

Kih! Kih! Kih! Cikgu Sujak terus tergelak.

MESTI BELI

RM15, antalogi cerpen, certot, fragmen novel. Email opx04@yahoo.com jika berminat.

Penulis-penulis kalashnikov: sinaganaga, op, amir, spyz, jigo, vovin, rimau, matjan, bukunota,

12 ulasan:

irdhi_hayati berkata...

keh keh keh...kreatif ler cikgusujak tu..blh tahan..
:)

Pegawai Khalwat berkata...

Pak Mail jugak yang untung.

~inilah saya~ berkata...

Nasib baek tak letak belerang yang buat meriam buluh tuh...apa nama kita panggil tu...kebait..

Ha ha ha

rudy bluehikari berkata...

keh keh keh keh. pandai cikgu sujak "predict" tokan rokok tuh.

Tanpa Nama berkata...

cikgu sujak=kool

WaWa berkata...

nak satu buku ni. camna aa?
email saya kat wawawahidah@yahoo.com.

Pakdi berkata...

haha...

macam prison break...

areyoung berkata...

kalau ada cikgu disiplin yg baca entry ni boleh la ambik idea.. hahah

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kalau terbakar muka student tu, muka cikgu Sujak harus masuk muka depan suratkhabar tu.. he he he..

Unknown berkata...

saya rasa pendekatan ini tidaklah sesuai..

Ron97 berkata...

iklan jab tok yer

Jom BOWLING 5 Mei 2007 (sabtu) ni.
kat Kelab Golf Bukit Jalil pukul 11 pagi.
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5103

--------

yang report tok tu, mcm best jer, kena bayar tak?

AbnormalSuam berkata...

catatan yang sangat menarik!

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...