Isnin, April 30, 2007

MARAHKAN NYAMUK

KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dekat sini, menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita.[Metro 26 Feb. 2007.]


Adalah amat malang bagi seseorang, bukan guru sahaja, cuba mendisiplinkan orang lain ketika kemarahannya sedang memuncak. Ini akan melahirkan tindakan tidak rasional yang bahaya. Jika hendak mendisiplinkan orang, sebaiknya kalian redakan kemarahan dahulu.

Berikut adalah nasihat-nasihat ulama tentang cara mengubati marah:
1. Kata Nabi, “Apabila kamu berasa marah, maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.”
2. Jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
3. Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat.
4. Marah itu datangnya dari syaitan. Oleh itu, mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah taawuz.
5. Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Misalnya, berzikir dan berselawat.
6. Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu.


Ada juga orang menyalurkan kemarahan dengan berkemas dan memberus bilik air. Ini adalah teknik "meditasi" yang positif.

Aku, kalau marah, akan cuba berdiam diri kerana risau aku akan mencarut jika bercakap.

Tapi aku pun manusia biasa. Guru biasa.

Baru-baru ini, beberapa murid aku yang terdiri dari bakal-bakal guru telah mencetuskan kemarahan aku kerana tidak membawa buku teks. Aku pun menyindir dalam keluhan,

"I wish I had worn heels today."

Beberapa murid yang otaknya yang melebihi 2000 C.C. ketawa mendengar sindiran aku.

Ada juga murid-murid yang terpinga-pinga. Mungkin mereka dari golongan 70 C.C. Marah aku bertukar menjadi kasihan. Aku pun bertanya, "Awak faham tak apa yang saya cakap tadi?"

Semua diam. Takut memberi jawapan yang salah. Ada juga yang tunduk mengelakkan hubungan mata dengan aku.

"Kamu," aku mengajukan telunjuk kepada salah seorang dari mereka, memberi isyarat memaksa jawapan.

"Saya tahu Encik. Encik nak pakai kasut tinggi."

"Kenapa?" aku menggunakan kaedah Socrates mencungkil jawapan yang aku mahu.

"Mungkin Encik mahu lebih tinggi."

Aku ketawa mendengar jawapan. Begitu juga mereka yang dari golongan 2000 c.c. ke atas. Kemarahan aku sudah tiada. Aku geleng kepala dan terus mengajar seperti biasa, membiarkan yang terpinga-pinga terus terpinga-pinga. Mungkin bila sudah pulang dan berbaring di hostel nanti, baru mereka dapat.


Rujukan:
Marah Cetuskan Konflik dan Peperangan.
Kes ‘cikgu ganas’ 2007

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
FOTO: Dinner KESYUKURAN kru filem KIRI & MALING. April 25, 2007, Venue : Damai Village Restaurant, Johor Malaysia.

19 ulasan:

- @ - berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tok Rimau berkata...

Kes berkaitan ‘cikgu ganas’ dilaporkan akhbar sepanjang 2007





26 April 2007:
KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja.

Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk seorang pengawal keselamatan.

26 April 2007:

KOTA BHARU: Akibat tidak tahan menjadi pemuas nafsu gurunya, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, membuat laporan polis kelmarin.

Pelajar berusia 15 tahun itu mendakwa guru itu beberapa kali mencabul kehormatannya, termasuk di sekolah dan rumah suspek.

7 April 2007:

SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh.

Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan.

Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu.

6 April 2007:

PASIR GUDANG: Beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikan menjadi bukti ‘penderaan’ di sebuah sekolah rendah di sini.

Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku, dipercayai akibat dipukul guru terbabit, petang kelmarin.

Perasaan itu hanya diluahkan menerusi tulisan di kertas selepas aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan mereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah.

6 Mac 2007:

BANTING: Seorang pelajar yang baru dua jam mendaftar diri pada hari pertama persekolahan di sekolah barunya, menghadapi kemungkinan buta apabila terkena pembaris kayu dilontar seorang guru.

Ketika itu, pelajar tingkatan dua itu mengikuti mata pelajaran Sains berkaitan mata di sebuah sekolah di Pulau Carey di sini.

26 Februari 2007:

KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dekat sini, menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kepala lapan murid dalam satu kelas, termasuk dua perempuan, didakwa diketuk guru wanita berkenaan selepas dikatakan tidak membawa buku latihan Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, hanya tiga murid lelaki terbabit yang mula-mula dipukul guru berkenaan mengalami pendarahan di kepala hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

14 Januari 2007:

DUNGUN: Seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau, kira-kira 40 kilometer dari sini, mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan teman sekelasnya, Rabu lalu.

Mohammad Nabill Iman Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak demikian kemungkinan sebagai hukuman berikutan dia tak membawa buku latihan.

10 Januari 2007:

GUA MUSANG: Seorang bapa menganggap tindakan guru disiplin sebuah sekolah menengah di sini menggunting kolar baju anak lelakinya kerana didakwa tidak mengikut peraturan pakaian seragam, sebagai tidak bertamadun dan mengaibkan.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, guru itu sepatutnya merujuk kepada ibu bapa pelajar atau anaknya diberi amaran terlebih dulu.

Tok Rimau berkata...

Baca dari forum GJ:

Samurai kata:
Aku pernah kena SENTAP SIDEBURN. Kiri kanan kena. Rasa macam nak melelah air mata.


Dan banyak lagi:
Hukuman melampau seorang cikgu

Tanpa Nama berkata...

saya tahu Tok walaupun rimau tak pernah ganas dgn anak murid...dgrnye di universiti kota selatan tanahair Tok begitu digemari...

Thank you for being the first to spot the write up about onebreastbouncing in the Star... Tok lebih cepat dari saya lah...

Oh ye.. Saya suka wajah baru blog Tok ni...ada damai yang tersirat!

DeeN berkata...

Oho..Dulu. Cikgu sastera aku. Marah. Bukan. Nasihat sebenarnya. Tiba2. Dia menjerit. [[[[[[[[BANGUNLAH!!!]]]]]]]]. Dan ada separuh daripada pelajar kelas aku bangun. Tak termasuk aku. Tiba2. Cikgu aku gelak. Sinis. Dia explain. " Saya bukan suruh berdiri. Saya suruh kamu BANGUNLAH daripada kealpaan dan sikap malas.

Nah! Tu dia!

rudy bluehikari berkata...

aku dulu pernah dipukul dgn pembaris besi sbb tak dapat hafal 10 perkataan bahasa inggeris. aku masih ingat cikgu vijaila namanya, dia suruh aku genggam tangan, kemudian dia ambik pembaris besi dan dia titik/pukul/hiris genggaman kat penyambung jari dgn tapak tangan (tmpt ko sekeh kepala orang) dengan pembaris besi yang ditegakkan (macam hiris something dengan pisau). Habis kulit aku melecet dan berdarah2.Tapi aku tak ngadu dengan mak ayah aku. aku cakap kat mak aku jatuh basikal, Sebab aku takut bapak aku bawak parang serang cikgu tu kat sekolah.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Wah... sudah berwajah baru. Menyegarkan. !

Dulu-dulu semasa masih di darjah lima (di Muar, seorang guru telah menjotos anak muridnya kerana menjawap soalan dengan salah. Sampai tercabut akek cincin cikgu itu. Tapi dulu-dulu emak bapak belum pandai saman-menyaman. Dengarnya budak yang dijotosnya itu sekarang dahpun manjadi pengurus Parkson. Walaupun cikgu itu terkenal dengan 'kebrutalan'nya tapi tetap dihormati anak muridnya.

(Oh ya, Tahniah Cikgu Parthiban...!)

cerebrator berkata...

Hmmm, guru besar mesti suruh cikgu-cikgu sekalian sign contract.

Kalu marah, kena jual....

rasso berkata...

letak jawatan gamaknya... huh~

BooK berkata...

aku kroni cikgu. semua cikgu baik dengan aku. haha.

tok, kosmetik baru kau berjiwa muda. haha.

ontahsapo berkata...

jadi tak kau beli kasut tinggi..?

test berkata...

salam...
lama x singgah skali air bah pun berubah...
congrats Tok, GUI blog tuk makin mantap...
suker sgt bila tgk blog Tok dh ade konsep...
baru arr sesuai dgn gelaran tok rimau yang pandai menulis...
lati tajuk plak...
pasal cikgu nie x bleh nak ckp arr...
zaman aku sekolah kalau cikgu tu ganas...
anak murid lagi ganas...
History of SMUT was in my hands...

Amyz! berkata...

Cantiknya blog. :-)

Oh saya bertuah sebab tidak pernah dapat mana-mana cikgu berkasut tumit tinggi yang ganas. :-)

Saya juga tidak dapat bayangkan ToR memakai kasut tumit tinggi.

roserose*MrsYusof* berkata...

sepanjang sy di hotel,sy pernah 'ditarik' ke bilik oleh seorang guru semasa dia berkursus di hotel..Nasib baik saya bekas gangster...boleh lah saya lawan..

spyz berkata...

itu kes pasal cikgu besar terpukul cikgu kecik pun ada apa..
haha..

bluecherry @ fai berkata...

Tok, nak pinjam kasut tumit sya.. ada banyak nih.. he he..

dulu, 1st ambition saya adalah untuk jadi cikgu kerana ianya satu2 kerje yang mulia dan mencabar sebelum tertarik menarik dan deboom ngan angka2 nih.. so beralih arah pada bidang pengiraan.. :)

rafreen berkata...

haiz.banyak cerita guru-guru tak tak best nak dibaca tapi kadang-kadang kalau dah tak terkawal amarah, maka begitu la jadinya..jangan tak caya kat sekolah saya (dulu la), ada cikgu sampai dah angkat meja nak baling kat student tapi nasib baik tak jadi baling...

Mami Dini berkata...

Cikgu..... orang yang saya pandang sangat tinggi tempatnyer...sangat mulia kerjaya yang dipikul dan semoga cikgu-cikgu meletakkan diri mereka semulia kerjaya yang mereka pegang... Mendidiklah dengan kasih sayang dan sepenuh dan seikhlas hati kerana kesannya akan terus kekal ke akhir hayat....harimau mati meninggalkan belang, tok rimau akan juga meninggalkan nama :)

ruffey berkata...

ieeeiieie, kat IPT paraguru diberi pendedahan ala Rambo kee? kejamnyee...

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...