Selasa, April 24, 2007

TERJUN DENGAN LABU DI KUTUB UTARA

Sameon bukan Mat Rempit. Dia penunggang yang berhemah dan berdisiplin. Dia bercita-cita nak jadi penerjun payung. Penerjun payung mesti berdisiplin. Kalau beli sos cili di kedai Chee Chap belakang rumah dia sekali pun, dia akan pakai topi keledar. Tiada kompromi terhadap disiplin.

Pernah suatu hari, dia jalan kaki dengan bertopi keledar. Mak dia suruh dia belanja untuk kenduri doa selamat. Sesampai sahaja di kedai, motornya habis minyak. Lalu dia terpaksa balik rumah menapak. Nak tinggal topi kaledar, takut dicuri mat gian. Nak jinjing, kedua-dua tangan penuh kampit beras, sayur dan ayam. Terpaksalah, berjalan kaki dengan topi keledar di atas kepala.

Hari ini, 24 April 2007, Sameon membaca dada akhbar, "12 BEKAS MAT REMPIT BERJAYA TERJUN KUTUB UTARA". Sameon mengeluh kepada Chee Chap, "Tiada anugerah untuk penunggang berhemah macam gua. Penyakit anak-anak muda..." Sameon membuka peti sejuk, "...selesai dengan menaja wakil mereka terjun ke bumbung dunia?"

Sameon berpendapat ekspedisi Kutub Utara tidak mahal. Dia berhujah, "Gua syak ini termasuk dalam pakej tawaran jualan jet dari Russia. Beli 18 Jet Sukhoi dan percuma pelancongan ke angkasa lepas untuk dua orang dan rombongan penerjunan di Kutub Utara. Sementara stok masih ada." Sameon mengambil aiskrim Mat Kool dan membayar kepada Chee Chap. "Tak ada free gift ke? Kedekut." Chee Chap diam sahaja.

15 ulasan:

spyz berkata...

nyesal aku pencen dari jadi matrempit

:-)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Bertuah sungguh bergelar mat rempit...!

Pakdi berkata...

betul tu spyz. menyesal tak jadi mat rempit. apesal la aku jadi pemuda baju batik...

cheis.

tok, terasa ayu pulak tengok template baru. ni aweks cun pilih yee..

Samurai berkata...

Apa pengajaran Mat Rempit yg lain dpt?

Tanpa Nama berkata...

mahu melancong? daftar sebagai mat rempit sekarang!

abdullahjones berkata...

memang labu.

tumismenumis berkata...

Huh. semua pun nak kena ada free gift ker?

Amiene Rev berkata...

hm... rekaan finalsense.com terkenal dengan latar belakang bersaiz satu muka penuh.

rasso berkata...

huh..
gi mana rasanya terjun di tempat yang dinggin itu... mesti lepas nie ramai mat-mat rempit yang terjunkan diri mereka.. Ha ha ha...

Perghh.... tok, tatahan tengok templet baru nie.. tatahan pada ekornya.. :P

Tanpa Nama berkata...

Fuh, aku ingat dah salah blog. Rupanya rimau dah pandai kemas 'rumah'. Cantik giler template ni...

cerebrator berkata...

wahh... gaya baru arr TOK....

DeeN berkata...

Humang aih. Siap ada ekor laie tuh. Fewiitt!! Caya ar tok.

Nak tau rasional pilih mat rempit terjun kat sana? Sebabnya kan mat rempit nih berani mati. Diorang tak heran la kalo mati kat sana. Kan diorang dijanjikan SYAHID kalo ter'kubur' kat sana!

Sofe berkata...

ekor rimau ke kucin tu menggagu pembacaan la, tapi sedikit cuma

ontahsapo berkata...

sian pulak kat sameon...

Faisal Nordin berkata...

"Belajar tinggi2 tak dapek ke mana pung, baik bawak moto laju2, untung2 dapek ke kutub selatang lak!" kata seorang pelajar sekolah menengah.

74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL

Singapura kini bukan Singapura yang aku kenal semasa zaman remaja ku. Hujung tahun 80an, duit Malaysia dan Singapura hampir sama nilainya. J...