Selasa, April 10, 2007

IKTHIAR HIDUP DI DALAM HUTAN

Kita tidak semua perkataan dalam satu novel yang kita tahu. Kadang-kadang kita terteka-teka makna sesuatu perkataan. Jadinya, seperti pelajar bahasa yang lain, Sabrinamon menggunakan konteks ayat dan visual bantuan untuk meneka perkataan-perkataan yang dia tidak tahu. Tidak, Sabrinamon tidak membaca novel dia hanya membaca sebuah surat khabar lama bertajuk Mingguan Malaysia. Surat khabar itu itu dia ambil dari bawah kerusi.

Dia baca merangkak-rangkak, almaklumlah budak tadika. Gambar hiasan untuk artikel yang dibaca itu adalah sekeping foto seorang komando sedang melapah ular sawa dan sekeping foto kepala-kepala binatang yang boleh dimakan jika terdesak. Ada kepala tikus, kepala ikan dan kepala pelanduk. Artikel itu bertajuk IKHTIAR HIDUP DI DALAM HUTAN.

Kemudian, Sabrinamon bertanya kepada Mamamon, minah cun yang mengorat aku, "Ikhtiar tu binatang apa?"

Mamamon memulakan jawapannya dengan ketawa besar. Kadang-kadang konteks ayat dan visual bantuan boleh mengelirukan.

7 ulasan:

Ron97 berkata...

satu perkembangan yang sihat
dia tau mengeja ikhtiar tu gena

saya darjah nam baru boleh

Ikhwan Hayat berkata...

Ikhtiar tu binatang yang jalan dia senget-senget tu kan?

hakim dirani berkata...

Kami yang membaca juga turut ketawa.. ha ha ha

ontahsapo berkata...

ada gak kawan aku nama ikhtiar...!!!

fajar berkata...

kelakarnya!! serius. tergelak besar dlm bilik ofis ni

Tanpa Nama berkata...

ada sorang tu, kenal benar. setiap kali sebut ikhtiar dia akan sebut iktihar.. training la byk mana pon. dia tetap mengeluarkan sebutan yg sama.

Amyz! berkata...

hahahaha. sabrina sgt comel!

74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL

Singapura kini bukan Singapura yang aku kenal semasa zaman remaja ku. Hujung tahun 80an, duit Malaysia dan Singapura hampir sama nilainya. J...