Sabtu. Seperti biasa setiap tahun, Universiti Selatan menganjurkan pesta sukan antara jabatan. Setahun sekali inilah but aku dapat mencium bola. Setahun sekali inilah aku menyarung jersi. Jersi macam baju raya.
Tahun ini aku masuk futsal dan volleyball pantai. Namanya volleyball pantai, tapi gelanggang lebih macam kotak pasir besar yang dibina belakang kompleks sukan. Tiada ombak dan angin sepoi-sepoi macam yang engkau nampak dalam ESPN.
"Aku ingatkan main kena pakai spender dan spek hitam," kata seorang penonton yang kecewa.
Oleh kerana kami ini tidak profesional, setiap team ada 4 pemain. Bukan 2 seperti dalam ESPN. Matahari terik bukan main. Menyengat bahangnya. Jam 11 pagi, urusetia mula menyiram kotak pasir yang mula berdebu.
Gelanggangnya satu, yang nak main 16 dalam 15 team. Jenuh juga tunggu giliran. Jam 12 game tidak habis lagi. Kami masih belum kalah mati lagi. Aku sempat main 3 game.
Jam 1.00 tengah hari buta, aku tinggalkan team sebab nursery tutup halfday untuk Sabtu. Aku nak ambil Afimon.
Isnin aku datang tanya kawan tentang prestasi team. Mereka pun tidak tahan panas, lalu balik 5 minit lepas aku balik. Walk over. Menang percuma la lawan.
Johan adalah team yang sanggup berjemur bawah terik matahari. Syabas.
....................................................
PESANAN AWAM:
PERTANDINGAN MONODRAMA NEGERI JOHOR 2007
SARINGAN
20 April 2007 (Jumaat)
8.00 malam - 11.00 malam
21 April 2007 (Sabtu)
8.00 malam - 11.00 malam
22 April 2007 (Ahad)
i. 2.00 petang - 5.00 petang
ii. 8.00 malam - 10.30 malam
PERINGKAT AKHIR
28 April 2007 (Sabtu)
i. 3.00 petang - 5.30 petang
ii. 8.00 malam - 10.30 malam
Tempat: Balai Seminar DBP Wilayah Selatan,Larkin Perdana, Johor Bahru.
Rusdi Abd. Rahman (07-235 8802) atau Mohd. Rizal Mohd. Ali (07-236 8282)
Isnin, April 16, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
2 ulasan:
Kalau jumpa Deen Manas waktu monodrama tu kirim salam yek. Lama tak jumpa dia since last jumpa dia kat UiTM Jengka tahun 1999 dulu!
macam kenal jek mohd rizal mohd ali tu, orang DBP ek? kirim salam kat dia ek. cakap jek awek lama dia kem salam. rasanya orang AT5 gak tu.
Catat Ulasan