Khamis, Mei 10, 2007

LANGIT BIRU

NAGA: Andaikata aku terbitkan blook dan kau tidak mahu turut serta - aku harap kau sudi tulis kata pengantar untuk buku ini.

RIMAU: Kau suruhlah Faisal atau Saharil yang tulis... Tok Rimau hari ini bukan Tok Rimau yang dulu... Tok Rimau hari ini adalah Tok Rimau yang baru... tetapi, yang baru bukanlah bererti yang lebih baik.... Aku dah hilang 'magic touch.'

::::
Ramai orang, ketika bernostalgia, mengeluh. Mamee dulu lebih banyak dan lebih sedap. Begitu juga Chikadees. Kata mereka lagi, dulu, sate Hj Sam sedap, tapi sekarang ni dah kurengggg. 50 tahun merdeka, tidak semuanya maju. Ada juga yang mundur beberapa langkah.
::::

NAGA: Tak perlukan kau menulis seperti seorang sasterawan... tulislah seadaanya sahaja.... Apapun aku doakan urat spontan kau agar kembali pulih seperti sediakala.

RIMAU: Amin. Semoga doa orang yang tinggal di kondo (tingkat tujuh) makbul. Kau lebih dekat dengan langit... :-)

NAGA: Di tingkat dua puluh dua tinggal seorang Cina... lebih dekat dengan langit!

RIMAU: :-)


...........



p.s.
Ustaz aku kata, saat paling baik berdoa dalam solat adalah ketika sujud. Dahi kita separas dengan lutut dan kaki. Saat itu kita dalam kedudukan terendah.

9 ulasan:

ayobkelubi berkata...

barangkali masanya belum sampai tok, bila dah tiba nanti sendiri tahu.

Amyz! berkata...

Ya. Sate Hj Samuri pun dah tak sesedap dulu.

Tapi, Tok masih sinis macam dulu.

Samurai berkata...

Hek eleh..entri yg sama.

Cinta berkata...

erk..minta perhatian ke ni? :p

Unsunghero berkata...

Salam Tokrimau...isteri saya juga merasakn tok sudah hilang sentuhan. "tulisan-tulisan tokrimau tidak bersengat dan berbisa seperti dahulu, kenapa ya?" katanya...

Roti Kacang Merah berkata...

masih suka masih suka masih suka.

Mana boleh lupa cinta pertama. Blog tok adalah blog pertama saya baca, akhir tahun 2002 dulu!

Walaupun mungkin orang komen tak seramai dulu, tapi jangan jadikan itu sebagai yardstick.

bak kata suami saya, Tok sudah tiba di suatu peringkat yang anything lesser than you expect yourself to be will not satisfy you in any way even though it still satisfies others. :-)

spyz berkata...

hilang magic touch sbb skarang byk label 'usrah'...

hehehe..

Pegawai Khalwat berkata...

Lamanya aku tak komen kat sini tok.

Ampun!

Unknown berkata...

Aku tetap minat kat kau Tok..maksud aku tulisan kau..

Agaknya makin tua, rimau dah kurang 'mengganas'. Tak macam muda-muda dulu.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...