Selasa, Mei 08, 2007

MOLLUSKA

Dari meja buffet, aku ceduk aiskrim 3 rasa. Vanilla, strawberry dan keladi. Kemudian aku curah cokelat panas. Lepas tu aku tabur kacang dan chip cokelat. Ini kali ketiga aku mengulang menu yang sama.

Bila sampai di meja, aku tengok Jehan sedang melahap sejenis molluska atau tiram. Aku tidak tahu apa nama menunya. Dia perah lemon atas daging mentah yang lembik dan berlendir. Kemudian, dia hirup dari cengkerang. Syrupppppppp. Aku kedutkan muka keloyaan.

Jehan: Kau tak mau cuba ke? Sedap ni.

Tok Rimau: Aku tak makan benda yang aku tak tahu nama.

Jehan: Syafiq Azalan, Asraff Syafizan dan Daniel Faizul.

Tok Rimau: Siapa Syafiq, Asraf dan Daniel tu?

Jehan: Aku baru namakan oyster-oyster ni. Sekarang kau dah tahu nama mereka, boleh la kau cuba.

Tok Rimau: Hampeh kau.

7 ulasan:

zizie ali berkata...

mula-mula tahu nama. kemudian cuba tahu asal usulnya. keturunan baik-baik ke. lepas tu bolehlah tepuk perut tanya selera. kata ustaz, kena tanya iman juga.

DeeN berkata...

berapa usia si syafiq, asraff n daniel ketika itu? masih bayi atau sudah akil baligh? :D

syed syahrul zarizi b syed abdullah berkata...

comelnye template dia

Cinta berkata...

ekekek ;))

spyz berkata...

ha ha..

Amyz! berkata...

Hahaha. Kalau nama manusia, takut gak nak makan~ :-p

cik puan daun berkata...

kalau dah tau nama lagi la sayang nak mkn.. silap2 bawak balik umah jadikan binatang peliharaan..

Feh.. dah lama tak mkn bufet nih..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...