Jumaat, Jun 22, 2007

BONDA

Bila surat aku sampai, mak akan suruh adik baca:

"Kehadapan bonda yang diingati. Semoga bonda sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Anakanda di sini usahlah bonda risaukan, warkah dan kuih raya yang bonda kirim sudah sampai pada 10 hari raya."


.....

Aku tanya dalam kelas, "Siapa pernah tulis surat kepada emak sendiri?"

Tiada yang angkat tangan.

Tiba-tiba seorang budak melaung, "Kami minta duit pakai sms je."

Mmmm.. menulis surat ini seni yang nazak. Aku kira posmen sekarang dah kurang kerja tapi kenapa barisan di pejabat pos sentiasa panjang?

.....

"Walaupun, anakanda memohon kuih samprit, yang sampai adalah kuih sagun. Mungkin tin kuih terhentak-hentak di perjalanan."

4 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Itulah dia. Sekarang money order dan postal order pun dah tak berapa pakai, mak bapak terus bank in ke akaun anak. :D

Unknown berkata...

saya pernah...

tapi kena gelak balik dgn adik2, sebab dorang baca sama... tapi saya tau ayah simpan surat tu.. hehe :D

2nd head prefect berkata...

agaknya pejabat pos sekarang tempat bayar bil je..

ontahsapo berkata...

isk teringat kuih semprit...

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...