Selasa, Jun 26, 2007

GAJI MINIMUM

Negara maju ada konsep gaji minimum. Tujuan utama gaji minimum adalah untuk menjaga kepentingan pekerja. MTUC tuntut tapi kerajaan kata tunggu dulu. MTUC kata dah lewat 8 tahun ni maka mereka pun berpiket.

KUALA LUMPUR 25 Jun – Ahli-ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mengadakan piket secara aman di menuntut kerajaan menimbangkan gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja sektor swasta. [Utusan]



RM900 + RM300 = RM1200

RM1200/24 hari berkerja = RM50/hari

RM50/8 jam berkerja = RM6.25/jam*


Aku tidak tahulah samada ini gaji patut atau tidak. Biar ahli ekonomi fikirkan.

Kalau ikutkan tembolok aku memang la aku tidak sokong ada gaji minimum ini. Bila umum gaji minimum, tauke kata kos perusahaan pun meningkat. Dia pun tersenyum cari peluang. Barang naik harga lagi. Siapa yang kena bayar? Pengguna juga.

Tapi, bila memikirkan buruh-buruh yang diperah keringatnya dengan upah yang tidak sepadan, maka aku redha la. Kasihan tu. Kerja banting tulang macam nak mapus, tapi gaji cinonet. Sama-samalah kita basmi kemiskinan. Kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran.

..............
*Inilah kira-kira aku, seorang yang pernah mendapat markah 4/100 dalam ujian bulanan Matematik Tambahan pra-SPM. Harap editor cum auditor aku semak congak-congak ini.

6 ulasan:

rasso berkata...

erm.... Tok... kira2 tok tu macam sesuai untuk pekerja kontrak yang kerja kat syarikat swasta...

sebab,orang yang kerja kontrak... gajinya perjam yang mereka terima lebih murah dari mereka yang tetap di sektor swasta... seharusnya MTUC tuntut kerajaan adakan kenaikkan gaji untuk pekerja kontrak yang bekerja lebih tahap gaban ittew...
Hahahahaha.... (kadang-kadang jadi pekerja kontrak kos murah yang senang-senang untuk dipecat)

sinaganaga berkata...

Kita gi duduk/kije kat Singapore je la, dude!

adie berkata...

camne nak buat supaya gaji naik tapi harga barang turun

DeeN berkata...

Gaji naik, naik gaji..!! Tooolooonggggg, naikkan gaji kamiiiiiii!! Kami pun nak makan sedap! Dok umah ada class, jalan2 jauh sket, nak kasi keluarga kami senanggggg!!

Roti Kacang Merah berkata...

ya, ya, gaji naik harga barang tak naik-naik, macam mana ya. kalau gaji naik tapi harga barang naik, baik gaji tak yah naik, kan.

apa kata turunkan semua gaji semula supaya harga barang dan tol dan minyak dan bil dan tax semua turun.

Unknown berkata...

:)

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...