Khamis, Jun 21, 2007
CERTOT CINTA KERA
Ida jiran sebelah rumah. Dia dan aku selalu tunggu bas sekolah yang sama.
"Dia kirim salam kat awak," kata Ida mengambil peranan sebagai posto.
Orang Melayu katanya berlapik. Sejak dari kecil lagi, malu nak meluahkan isi hati secara terus terang. Takut jatuh air muka.
"Waalaikumsalam."
Semua remaja faham "kirim salam" dari orang berlainan jantina yang engkau tidak pernah bersembang, walau seharian dalam bas sekolah yang sama, bermakna dia sudah jatuh hati. Pengirim mahu hubungan yang serius. Satu hubungan yang melibatkan engkau kena beli kad setiap 14 Februari.
"Siapa yang bagi salam?" aku tanya Ida.
Ida pun memberi deskripsi budak perempuan yang juga melanggan bas sekolah yang sama dengan kami tetapi dari kejiranan yang lain.
Perbualan itu berhenti di situ. Aku tidak menunjukkan minat.
Kalaulah dia tahu, sebenarnya setiap kali Ida di ampaian menyidai kain, aku mengendap di balik langsir. Tidak berani. Hatta untuk menyampaikan salam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
12 ulasan:
saya teringat jaman2 sekolah...
tapi jaman tu saya tak naek bas...
jalan kaki dari asrama ke kelas...
awek cun lalu mesti tunduk... sopannya masa tue.....
Sudah masuk U baru ada yang kirim-kirim salam. Alahai~
Kenapa kau tak suruh ampai kain tu kirim salam kepada Ida?
Tak mencabar tok bercinta dengan orang sekampung...he he he...
ida tu baca tak blog neh? mesti dia menyesal kalau tau.. haha..
Mungkin Ida nak describekan diri sendiri time dia cerita ada org kirim salam kat tok, tapi takut tok plak yg lambat pickup hehehe
cepatnya kau akil baligh
:-)
'hatta untuk menyampaikan salam.'
sampaikan salam dari siapa??
'hatta utk memberi salam' kot...
spyz - self-proclaimed editor hehe..
rasso,
Alahai. Bawa pulut kuning dan ayam panggang ke opis Tok.
naga,
ampai kain sibuk berskandal dengan sepit baju.
pa'chik,
mungkin dia kata "nasib baik."
deen,
tak. tok pasti dia tak describe dirinya.
spyz,
jatuh cinta bukan tanda akil baligh la. tapi dah nak dekat la tu.
Ish, kalau "beri salam" direct dan tidak pakai orang tengah, itu biasa aku buat. Masa aku datang rumah kau, aku bagi salam kat luar pintu. Dari sudut analisa wacana ini tidak membawa kepada "sudah jatuh hati."
"menyampaikan salam" lebih romantik dari sudut "menyampaikan salam sendiri" untuk test market.
Contoh: "Ida, ada orang kirim salam kat awak" = "saya tak berani nak cakap terang, maka saya bersembunyi di belakang imaginary entity untuk menyatakan saya jatuh hati"
Begitulah semantiknya. Pun begitu, kedua-dua perkataan boleh digunakan tetapi membawa makna berlainan.
Lihat iklan "Mawi beri salam kepada perempuan pakai minyak wangi." Ini contoh bagi salam direct.
oooo... ada hati ngan ida rupanye...
Uik... nak jampi2 ker?
Opis pun boleh buat rawatan ek? hahaha
Tok,
Orang perempuan macam suke jer bagi salam ala Mawi kat iklan tue.. saya pernah test... bukan test market pun...
sebab salam Mawi tue ada not nye sendiri...
Contoh; Assa lammm mualaiKuM!... Aaa.. gitu... awek mane yang tak teruje... even kawan sedarjah pun hairan... (dalam hati; Lan ni biar betul, lain macam jer salam dia) Cewah!
oooo.. like that aaa...
aku tak nak pjg2kan arguement,
tapi aku masih tak puas hati..
haha..
nanti jumpa kita kupas..
tok gaduh ngan spy,
sebenarnya, hatta untuk berkirim/mengirim salam...
Catat Ulasan