Jumaat, Jun 08, 2007

TERIMAKASEYYY


Bangunan Perpustakaan Awam Selangor dalam Pembinaan



Spyz hantar SMS memberi makluman Alleycats di TV1. Aku pun tekan punat meloncat ke TV1.

Ada rancangan khas mengingati mendiang Loga, salah seorang dari Alleycats. Jika engkau mengeja merujuk kepada yang seorang lagi, jangan letak "s" lagi. Sekarang cuma tinggal An Alleycat.

Rancangan TV yang mengulang-ngulang persembahan si mati tidak akan berlaku jika artis yang mati itu Islam. Lain-lain kepercayaan, lain pandangan mereka terhadap cara menghormati kematian.

Mata aku tertancap (kali pertama aku guna perkataan ini) ke ucapan-ucapan yang dihantar melalui SMS yang tertera di kaca TV. Caj 50 sen dikenakan. Ada ucapan dari orang Melayu dan ada dari orang India. Pertama kali dalam sejarah RTM, nampak negara ini muhibbah. Cubaan-cubaan meletak bangsa-bangsa berlainan dengan pakaian tradisional masing-masing dalam persembahan-persembahan sebelum ini nampak plastik belaka. Jelas sekali melalui ucapan-ucapan SMS itu, peminat tidak nampak warna perkauman dalam Alleycats.

Sesungguhnya pertama kali mendengar lagu-lagu Alleycats di corong radio, ramai yang tidak sedar yang menyanyi itu sepasang manusia gelap berambut afro. Mengikut kayu ukur industri muzik sekarang, tidak cukup pakej. Mungkin pada 1980an, kita mendengar dan menikmati bakat seni dengan lebih ikhlas. Bukan kerana paras rupa. Jauh dari pengaruh puak dan bangsa.

Apabila sekitaran media berubah, sikap pengguna muzik juga berubah. Kita disajikan dengan budaya MTV, Muzik-muzik dan lambakan majalah hiburan yang glossy. Media yang "hiburan-centric" mendedahkan kita kepada gabungan audio dan video. Dan video telah membunuh radio. Pengguna mula menumpukan kepada fizikal luaran mendahului bakat.

Hari ini, aku menunggang mesin masa kembali ke 1980 an. Dalam Kancil, sepanjang perjalanan ke pejabat, aku putarkan CD lagu-lagu popular Alleycats. Terkenang seluar jeans dwi-warna. Merah hati berjahit jalur biru di lutut. Juga corduroy dan tee Snoopy yang sempit. Dan kasut Warrior.

Teringatkan kawan-kawan dan endut-endut lama. Jangan risau, minah cun yang mengorat aku tidak marah kerana dia juga punya memori sendiri. Kami nyanyi bersama, jauh dari polis trafik yang mengawal pitching dan tempo.

"Andainya aku pergi dulu sebelummu, janganlah kau bersedih hati. Andainya aku tiada lagi di sisimu, janganlah kau memencil diri. "

Apa diam sahaja. Jom la nyanyi bersama.
"Bayangkanlah masa-masa bahagia, semasa engkau dan aku, bermesra di langit biru. Di waktu kasih berpadu."

10 ulasan:

roserose*MrsYusof* berkata...

terimakaseyyy!

Tok Rimau yang glamour...
Pandai pula berpantun sekarang ni ya..

DeeN berkata...

Ya, apa lagi layannnn...

"Kuala Lumpur
senyumanmu .. la la la .." [maaf, lupa lirik].. "sekuntum mawar merahh, sebuah puisiiii..."
trima kaseeeyyy!!

sesungguhnya kini peranan music itu telah disalahgunakan... :(

ontahsapo berkata...

hampeh...

jiGOMorrison berkata...

Hebat Kancil kau ada CD player! Mana dapat?

DeanSham berkata...

Kalau zaman /70s80s dulu ada AF, Malaysian Idol etc tak dapat le santapan jiwa dari orang2 mcm david. loga, ramli sarip, flybaits, black dog bone etc.

Sebab tu la bandi(amuk) kena pakai topeng.

spyz berkata...

well said.

ayobkelubi berkata...

yeah, lagu dulu-dulu mmg segau bugau sampai skang.

Anonymous berkata...

Tok..

Dulu, jiran aku letak speaker dalam tempayan dan pemain kaset kereta yang di ubahsuai menjadi hi-fi.

Gema Bass dahsyat! satu kampung dengar.

Sekarang, orang pakai i-pod yang ada video sekali dan sumbat dalam telinga.

Betapa dunia semakin menjadi terlalu peribadi.

artisticklytouch berkata...

tok:
selepas ini perlu dianjurkan pertandingan karaoke lagu-lagu Alleycats!!

Amyz! berkata...

Fuyoo.. TokR nampak bergayalah!!

Rambut pakcik saya afro, masa zaman sebelum kahwin dan selalu nyanyi lagu alleycats dalam bilik air.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...