Khamis, September 20, 2007

TEPUNG PELITA


Untuk lebih gambar dari Lan Rasso, klik foto.
................

Sutradara mahu babak akhir sempurna. Pelakon utama sudah penat dan tidak habis-habis makan tape. Berapa banyak take entah.

Sambil menunggu babak akhir siap pengambarannya, krew duduk bawah pokok sambil berborak-borak. Jauh dari mikrofon tetapi dekat dengan telinga aku.

Nur mengeluh, "Aku dah bosan buka dengan tepung pelita. Hari-hari tepung pelita."

Najmi menjeling. Dia tidak tahu bagaimana hendak respon.

"Muak aku," kata Nur.

"Siapa yang bagi engkau tepung pelita tu?" tanya Najmi memahamkan duduk perkara.

"Aku beli kat Pasar Ramadhan."

"Engkau beli sendiri?"

"Ya."

"Hari-hari?"

"Ya."

"Engkau yang membosankan diri engkau sendiri, lagi mahu komplen."

"Ya ka?"

Najmi menjeling lagi. Dia tidak tahu bagaimana hendak respon. Banyak masalah manusia adalah berpunca dari diri sendiri.

Studio Shot: Klik foto untuk lebih banyak foto dari Didiz.

9 ulasan:

rasso berkata...

Nur sebenarnya teringin ada teruna sunti yang akan mengajaknya berbuka bersama... tu pasal dia bicara pasal tepung pelita :p

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tepung pelita yang mana stu ekk..

Wah! Garang wajah lelaki yang berkopiah putih [?] berkaca mata itu ekk....

Pa'chik berkata...

tak suka tepung pelita, ada bau minyak tanah... kekekek...

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Tapi dia tak cakap dgn Tok. Dia cakap dgn Najmi. Lagipun Tok bukan sunti. ha ha ha.

Black,
Tok dalam character. Mrthod acting namanya tu.

Pakcik,
Ha ha ha. Tok pun tak suka sangat.

...............

Sebenarnya, menurut entri ini, apa yg menyusahkan kita mungkin diri kita sendiri.

rasso berkata...

hohoho...
lupe plak... tok memang sudah tak sunti satu... masih ada sunti 2,3 & 4... wkakaka... :p

P/s: saya masih tidak tahu apa itu tepung pelita... mungkin di tempat saya dipanggil dengan nama lain.. ermm...

cik puan daun berkata...

hari-hari berbuka sorang.. boring.. muak!

tu la ko yang tak kawin2 tu sapa suruh? ahahaha

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Jangan beri Tok idea. ha ha ha.

Kau patut pi pasar malam dgn Nur. Berkenalan dgn Tepung Pelita.

Daun,
Hari yang indah itu semakin hampir.

Tanpa Nama berkata...

Tok,

Bulan puasa takde Pasar Malam.

ruslina berkata...

haha!! haha!!
Cuba pekena murtabak pulak lah!

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...