Rabu, Disember 19, 2007

IRAMA LATIN

Lagi, catatan yang tidak mesra pembaca.

....
Oh Tuhan, liberate me ex infernis.

Dituduh dan diancam lagi. Ad nauseam. Ini sudah tidak seru. Aku tidak mahu main mainan ini lagi. Stercus accidit tetapi jangan seret aku lagi dalam tempias-tempias konflik jiwa engkau.

Tanpa beban ini, aku akan citius, altius dan fortius.

Aku sudah bosan dengan arahan ab absurdo. Sama ada lidah itu lidah rasminya atau engkau telah menjadi dia. Aku tidak akan menari mengikut rentak gendang ab irato.

Aquila non capit muscas.


Noktah.
Aku gulingkan satu titik hitam di penghujung kata-kata ku.
Aku tekan mata pena biar berlubang surat biru ini.
Noktah.



....

Jika ini semua berbunyi Latin kepada engkau, memang pun. Aku sedang selak buku abjad tadika Latin.

Kalau engkau rasa, engkau ada salah dengan aku dan mahu minta maaf, sila isi borang PERMOHONAN INI dan mail ke tokrimau[at]gmail[dot]com.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.

6 ulasan:

Chika Chika berkata...

memang tak berapa nak mesra pembaca. jangan buat lagi, tok. ahahahaha

DeanSham berkata...

kepala saya berputer la tok!

sinaganaga berkata...

surat 'biru'?

ermmmmm, biru warna kematian.

humcha!

hakim dirani berkata...

Saya ingat saya sorang ja pening apa yang tok tulis. he he he

Unknown berkata...

tok tlg layan filem aku kasi komen http://kamalariffin.blogspot.com/ thanks slamat hari raya haji

فيصل berkata...

Selamat hari raya... maaf zahir batin

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...