Khamis, Oktober 09, 2008

HADIAH DAN RASUAH

Dr. Nita, pensyarah aku, hantar sms - "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin."

Aku tepuk dahi. Aku lupa. Sepatutnya akulah yang ucap selamat kepada dia dahulu sebab aku ni murid. Tidak beradab betul aku.

Pun begitu, sehari sebelum cuti raya aku ada pergi pejabat dia. Bagi dia kuih raya satu balang. Hi! Hi! Hi! Aku cerita hal bodek ini kepada Azie dengan penuh bangga. Dia cuma bagi kad raya sahaja kepada Dr. Nita.

Azie kata, "Eleh! Kuih satu balang. I baru balik dari opis dia. Banyak hamper atas meja tau."

"Fuh!"

"Dr. Nita kata sebenarnya dia tidak suka students bagi dia apa-apa."

Alamak. Strategi pembodekan makan tuan. Nasib baik aku tidak mencuba sengguh-sungguh. Kuih raya je.

8 ulasan:

Lily Abdullah berkata...

Rasuah bermula dari rumah Tok.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

ps: tak terlewat lagi kan..kan..

Unknown berkata...

hehehe....pensyarah saya buat derrr jer reply pun tak...memang xmakan rasuah..kaakaka

Amyz! berkata...

Saya sayang pensyarah AI saya kerana dia beri saya duit raya.

rasso berkata...

alahaii... ha ha ha...

sinaganaga berkata...

Kau nak bagi apa pula kat Ketua Turus?

azie berkata...

hikhik. tu lah, konon nak riak dgn ai...kan dah kena sebijik,ahaha

p/s: lepas raya dah jumpa dr H lum?dia tunggu u siapkan assignment,ahaha

Feeyona berkata...

tok,
takkan kasik dr nita je kueh.
aku pon mahu juga.

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Bro,
Taktik lu bagus la...wa kena berguru dgn lu..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...