Sabtu, Oktober 04, 2008

SEDEKAH KERTAS

Aku, kalau bagi duit raya tidak suka pakai sampul. Aku berpandangan penggunaan sampul itu hanya menambahkan sampah dan membazirkan kertas. Tapi itu aku, orang lain tidak macam aku.

"Gi salam Pak Long."

Afimon pun berlari dan menghulur tangan kepada Pak Long. Pak Long bagi duit raya kepada Afimon dalam sampul merona hijau. Juga, ada tulisan khat berwarna emas atas sampul hijau itu.

Afimon nampak gembira.  Dia lari kepada aku untuk melapor, "Yeah ! Yeah! Dapat surat! Yeah! Yeah! Dapat surat!"

Ya. Afimon belum kapitalis lagi.

11 ulasan:

rasso berkata...

alahai afimon.....

Feeyona berkata...

tok,
bila mau kasik sedekah kertas kepada saya?

rudy bluehikari berkata...

mereka balut ringgit dgn kertas sbb nak sembunyikan nilai nak diberi. kalau bagi singgit malu...ahahah

A t i Q a h berkata...

Bacakan surat tu untuk Afimon. Haha.

dugongsenyum berkata...

tu nama dia sampul lima minit. tak sampai lima minit wang dah kena telanjang haha

azie berkata...

tok

duit raya! mau yang merah sekurang-kurangnya

CIda berkata...

selamat hari raya tok. nak duit raya boleh??

p.s: first time komen ni.. hi kayusakti!

tasekM berkata...

anak aku bila org nk bg duit raya ada ke patut dia cakap tak nak.. ha ha.

Yana Ismail berkata...

alaahai,comel je afimon;)

huhu..tok,duit raya kami mesti yg merah tu ek?plg ckitla;p..

beruntung, masih dpt duit raya di usia tua i ni;p

Unknown berkata...

serius aku terlupa bagi duit raya kat adik-adik aku. tu la sape suruh tak minta. mungkin diorg ingat aku miskin. kot.

Tanpa Nama berkata...

camat ari raya tok! anak aku pun blum kapitalis lagik walaupun dia tau dlm sampul tu ade duit raya.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...