E22 adalah lebuhraya baru menghubungkan Senai-Cahaya Bahru, 50km antara satu sama lain.
Setelah beberapa kali aku menguji jalan ni, aku dapati ikut jalan lama rasa lebih cepat. Jalan baru E22 ni rasa bosan. Perjalanan rasa semakin panjang.
Mata makin ngantuk. Ini punca banyak kemalangan jalanraya.
Kiri kanan jalan E22 tiada pandangan yang merangsang. Patut la awek jaga tol tu nampak cun, setelah berjam-jam tanpa pandangan menarik, muka awek mana pun boleh jadi cun dipandang.
Tepi lebuhraya PLUS berdekatan dengan kawasan Nilai, ada satu papan iklan besar tentang kedai alat pengantin. Atas iklan itu ada model pakai baju pengantin kemerahan dengan pose meniarap. Tersenyum macam best.
Buruk betul iklan itu.
Masalah iklan itu entah di mana, modelnya ke? Photoshopnya ke? Entah la.
Aku bukan nak selesaikan masalah iklan itu tetapi aku nak selesaikan masalah negara yang lebih besar. Kemalangan maut yang menjadi-jadi di lebuhraya.
Walaupun iklan kedai pengantin itu hodoh, ia berjaya merangsang mata untuk terbuka. Hilang ngantuk pemandu.
Maka, aku menyeru agar didirikan lebih banyak iklan yang menjolok mata sepanjang lebuhraya bagi mengelakkan pemandu mengantuk. Jangan biarkan lebuhraya kita membosankan.
Nah aku dah selesaikan satu masalah negara.
Rabu, Februari 24, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL
Singapura kini bukan Singapura yang aku kenal semasa zaman remaja ku. Hujung tahun 80an, duit Malaysia dan Singapura hampir sama nilainya. J...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Pelancaran Buku Blog. 9 pagi - 5 petang. 1 April 2006*. Sabtu. Gerai 33. Laman Seni Kuala Lumpur . KLIK SINI >> MAKLUMAT TENTATIF ...
7 ulasan:
bkn saje awek tok tapi model laki pakai boxer pon ok gak.
hway tuh mmg bosan, gelap dan banyak pokok kelapa sawit. silap2 leh jadi tempat harimau jadian
ye! iklan y ada channing tatum contohnye hehe!
kang punca eksiden jadi lain pulak tok. bukan sebab mengantuk takde hiburan. tapi sebab mata ralit dok layan gambar sexy.
oh billboard tu.gambar pengantin tu pun macam di shot dgn kamera biasa.buruknya taraf2 billboard iklan nana tanjung
tok,
bukan ker pernah ada kes luar negara driver bas minta penumpang keluar dari basnya sbb x tahan asiyk ternampak lurah dendam si penumpang?
boleh dikaji statment ini.....
iklan bra
saya setuju tok.
letak video klip beyonce dengan shakira pun cara gak..
Catat Ulasan