Dang Kaseh tidak mati akal dalam saat genting itu. Dia menyeluk tangan kanannya ke dalam leher baju kurung Kedah bertikam belut. Lantas menyentap keluar sesuatu. Dari dalam baju kurung Kedah bertanah kuning dan bercorak bunga-bunga senduduk kecil itu dikeluarkan satu rantai tangkal dari kain hitam.
"Wahai Datuk Jembalang Paya, aku tahu asal usul engkau. Lahir di Paya Bakau. Hidup di Paya Bakau," Dang Kaseh berseru sambil tangannya menghulur kalung tangkal kain.
Lembaga bulat bertentakel itu kiam sebentar seolah-olah mendengar.
"Aku minta maaf. Aku minta ampun wahai Datuk Jembalang Paya. Ini di dalam tangkal ini Batu Geliga Telus Mata. Aku pulangkan kepada engkau wahai Datuk Jembalang Paya. Ambillah semula. Jangan apa-apakan aku," Dang Kaseh merayu.
Lembaga itu mengaum membuka mulutnya mempamerkan gigi-giginya yang tajam bersusun macam parut kelapa (Parut Kelapa Mesin) pada langit-langit, pada lidah, pada gusi. Pendek kata isi dalam mulutnya penuh gigi-gigi. Suara ngauman lembaga itu bergema seluruh semesta.
Lembaga itu nampaknya tidak dalam mood untuk berunding. Jika engkau jadi lembaga itu, engkau juga tidak ada mood untuk berunding. Engkau tidak mungkin boleh maafkan orang yang memukau engkau di waktu malam ketika engkau sedang lena tidur. Engkau tidak mungkin boleh maafkan orang yang mencungkil mata engkau dari soketnya. Dan itu sahaja mata yang engkau ada. Walaupun mata itu rabun, ianya punya keistimewaan melihat dan merawat penyakit-penyakit ghaib.
Kalau engkau jadi lembaga yang bergelar Jembalang Paya, apa akan engkau buat kepada manusia yang kurang ajar merampas Geliga Telus Mata dengan mencungkilnya dari engkau? Apa?
(Bersambung)
Sabtu, Ogos 21, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
79 Bangga
Hari ini agak menggembirakan. Seorang atendan minyak terlihat basikal di dalam keretaku. Dia terus bertanya, “Abang umur berapa?” Bara...

-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Untuk mengelakkan kecederaan kaki seorang pemain bola keranjang perlu memiliki kasut yang selamat. Nike AIR FLIGHT SKOOL: Upper full-grain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan