Isnin, Ogos 23, 2010
USAHAWAN KUBURAN
Kepada orang-orang yang kampungnya di Johor dan tidak sempat ziarah kubur, sila contact gua. Gua amik upah ziarah kubur kawasan Johor. Caj berpatutan.
Syawal dan Ramadhan adalah bulan mulia untuk kapitalis. Budak lepas SRP jerawat masih belum kering pun dah berniaga besar-besaran di param jual air paip campur warna. (Param = Pasar Ramadan la dik. Budak-budak muda bukan tahu sangat bahasa orang tua ni.) Bisnes kuih sekarang dah mula hantar samples. Tauke-tauke perabot dan alat letrik dan pasang khemah atas jalanraya depan kedai. Tukang-tukang jahit tak menang tangan. Baju-baju siap mula berbaris depan kedai. Sana-sini Sale, gua cakap lu.
Inilah masa untuk kaya.
Lagi pun pendatang-pendatang asing dari Indonesia dan Bangladesh tu cuti sebab kilang tutup sempena raya. Mereka boleh buat part time dengan gua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 Gigitan Mesra:
Inilah lubang bisnes paling banyak demand ni...Ada franchise tak nak bukak kat kampung aku?
Aduh.. pedas.
nk minta kerja boleh ke tok? =P
nauzubillah...harap perkar aitu takkan terjadi.
iktibar ramadan;)
Tempat aku tak di panggil Param. Mungkin baram (Bazar Ramadan).
Catat Ulasan