Pada tarikh ulangtahun kelahiran aku kali ini, aku sedar bahawa adalah agak terlambat bagi aku untuk mati muda. Hi hi hi.
Aku sambut harijadi kali ini dengan beli hadiah untuk diri sendiri. DIY la tu. Aku beli, sepasang kasut basketball adidas, sebiji bola nike dan dua pasang t-shirt WWF. Bukan World Wrestling Federation tetapi World Wildlife Fund. Atas baju tertulis mesej, "Selamatkan Harimau." Ya. Harimau semakin pupus. Hi hi hi.
Berikut adalah senarai hadiah bithday wish aku untuk tahun depan yang aku mohon dari kalian mengikut kesesuaian, keikhlasan dan kebakhilan masing-masing.
RM1000000
Sebuah dewan basketball tertutup yang juga serbaguna. Jika kelak aku tidak boleh berlari lagi dan mula solat atas kerusi, aku boleh convert jadi panggung wayang atau tempat gig jika perlu. Kalau tidak pun sewakan untuk majlis-majlis perkahwinan.
RM100000
Satu unit apartment mengadap kolam renang kongsi.
RM10000
Macbook Pro bundled with photoshop and finalcut video editing sofware.
RM1000
Official Spalding NBA tournament basketball.
RM100
Senaskah buku tentang pengarah-pengarah filem legenda.
RM10
Nasi beriani gam dan bandung soda dua gelas.
RM0
Doa agar aku bahagia dunia akhirat.
Oleh itu, mula berjimat dari sekarang.
8 ulasan:
tok, sy tak mampu nk hadiahkan tok seperti yg tertera. belanja makan, insyaallah. doa, sudah pasti.
err...bila besday nyer?
insya Allah, kalau mampu~ haha.
Saya pilih yang terakhir dan kedua terakhir. Tapi errr, boleh ganti air bandung dengan kopi tak? =D
beriani gam jalan muar amcam?
Selamat hari ulang tahun, Tok. Terlambat sehari, tapi, sekurang-kurangnya, saya tahu saya perlu berjimat untuk beli hadiah tahun depan. Hadiah saya. Bukan hadiah Tok (cuma saya belajar dari blog Tok).
insyaAllah yang rm0, kalau berjumpa takdirnya..yang rm10 lah hehe
BISNES BUKAN SEKADAR BISNES,SERTAILAH EZRELOAD HARI INI..PASTI MERUBAH HIDUP ANDA AGAR LEBIH CERIA DAN BAHAGIA..
saya hadiahkan senyuman saja .. bleh kot tok?
Catat Ulasan