- Inilah satu-satunya festival filem pendek yang berbumbung langit dan bertikar bumi. Boleh tonton sambil baring.
- Festival filem ini dijalankan secara marathon, mula selepas maghrib dan tamat bila embun jantan mula turun. Nak kencing pun tak sempat.
- Yang hantar filem bukan calang-calang pembikin, termasuklah dua karyawan yang pernah menang Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia. Biar betul!
- Kita ada filem-filem antarabangsa di mana pembikinannya melibatkan Jepun, Singapura, Indonesia, Cambodia, Australia dan Amerika Syarikat. Lu tak boleh pergi luar negeri, gua bawak luar negeri kepada lu.
- Kita ada filem tempatan dari pembikin filem indie yang tidak pernah pergi sekolah filem dan guna bajet sendiri untuk bikin filem. Orang-orang kemaruk ni filem mereka entah apa-apa ntah. Itu yang kita suka.
- Kita ada bakat-bakat muda dari sekolah-sekolah filem dan industri perfileman yang bakal menempah nama di masa akan datang. Ni memang pergi sekolah punya budak.
- Kita ada Tok Rimau. Ya, gua ada kat situ jadi tukang tukar DVD. Gua hidup tak lama, lawati sementara ada. Jangan lupa bahawa Maskara adalah berkenaan kawan-kawan yang kita suka. Percuma!
Selasa, Ogos 03, 2010
7 DALIL KENAPA MESTI KE MASKARA SHORTIES
Maskara Shorties merupakan sebuah festival filem tanpa untung dan amat daif penganjurannya. Urusetianya hanya 10 ahli sindiket dan bajetnya cuma air liur untuk memujuk orang di sana sini dan meyakinkan kawan-kawan untuk menyumbang. Pun begitu, kami bangga dengan projek ini kerana:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL
Singapura kini bukan Singapura yang aku kenal semasa zaman remaja ku. Hujung tahun 80an, duit Malaysia dan Singapura hampir sama nilainya. J...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Pelancaran Buku Blog. 9 pagi - 5 petang. 1 April 2006*. Sabtu. Gerai 33. Laman Seni Kuala Lumpur . KLIK SINI >> MAKLUMAT TENTATIF ...
7 ulasan:
part nombor 7 yang best tuh..meletuppss..
Gua cuma dapat cipta 4 je dalilnya. Itu pun bukan dalih soheh! Ha ha.
tambah lagi...
8. dapat hirup fresh air sambil layan movie
Siapa yang isap rokok, sila ke sebelah kiri.
Sebelah kanan, non smoking section.
9. Berpeluang mencari jodoh.
10 - mee cup ade dijual he...23x
BroFramestone Blog
Mush tak pernah gi Maskra..mak aih...ramai mcm tu ker orang yg datang??? biar betulllllll... cayalah.. lenkali nak usaha datang jugaklah... Tok dr JB leh dtg..Mush dr Penang insyaallah boleh..
Catat Ulasan