Ustaz Roslan balik kampung besama isterinya. Di rumah mentuanya ada majlis bacaan yasin dan kenduri.
Masa, orang mengedarkan buku Yasin, Ustaz Roslan tidak mengambilnya.
Masa orang mula membaca Yasin, Ustaz Roslan mengeluarkan Iphone. Dia menatap Iphone, kadang-kadang jarinya menguis skrin Iphone itu.
Orang-orang kampung mula menjeling. Bapak mentuanya juga menjeling. Resah dia.
Selepas habis majlis, bapak mentuanya berbisik kepada ibu mentuanya, "Cuba tegur sikit menantu awak tu. Orang baca Yasin, dia main henpon. Facebook la tu."
Ibu mentuanya kemudian berbisik kepada anaknya, "Cuba tegur sikit laki awak tu. Orang baca Yasin, dia main henpon. Facebook la tu."
Si isteri pun memberitahu si suami, "Abang, ayah tegur abang asyik main henpon masa orang baca Yasin."
Ustaz Roslan pun duduk sebelah bapak mentuanya, "Ayah, sebenarnya saya hafal Yasin tu."
"Kalau iya pun kau hafal, jangan la main henpon masa orang baca Yasin."
Ustaz Roslan mengeluarkan Iphone miliknya dan menunjukkan kepada bapak mentua.
"Ayah, saya sebenarnya baca Yasin juga. Saya baca sambil melihat terjemahan Yasin dalam Iphone ni."
Kagum si bapak mentua melihat
apps Al-Quran dalam Iphone menantunya. Ada 30 juzuk Al-Quran. Ada terjemahan. Malah ada bacaannya sekali.
"Maafkan ayah kerana buruk sangka. Tak sangka menantu ayah ni Ustaz Canggih."
Begitulah sedikit cerita Ustaz Roslan yang saya adaptasikan dari cerita benar. Teknologi itu neutral, yang membuat dia buruk atau baik terpulang kepada penggunaan kita.
Semoga menjadi iktibar kepada semua.