Rabu, Januari 25, 2006

TEMUDUGA KERJA

Lokasi: Sebuah pejabat di bangunan Holiday Plaza, Johor Bahru.

Lanun VCD: Gua suka kesungguhan lu untuk jadi salesman gua tetapi lu tak layak. Lu punya keputusan Bahasa Inggelis dan Bahasa Malaysia SPM manyak teluk. Macam mana lu hendak speaking dengan customer?

Penganggur: Tolonglah tauke. Gua amat perlukan pekerjaan.

Lanun VCD: Mmm... mungkin bukan sebagai salesman. Bagaimana dengan jawatan penulis subtitle untuk VCD?

Penganggur: Boleh. Gua boleh.

Lanun VCD: Okay. Lu lapor diri esok. Jangan lupa bawak kamus sekali.

Selasa, Januari 24, 2006

SAIZ BUKU VS SAIZ POKET

Operator: Hello. Red Naga Publication. Boleh saya bantu?

Mak Jah: Hello. Ini Mak Jah. Buku yang makcik pesan melalui Internet itu dah sampai.

Operator: Baguslah. Saya harap makcik berpuas hati dengan produk kami.

Mak Jah: Makcik nak komplen ni. Kamu sudah menipu pengguna. Dalam promosi web, kamu tulis buku ini comel. "Pocket-size" konon. Tapi secara realitinya buku ini besar macam album pengantin.

Operator: Ohhh masalah saiz poket. Saya cadangkan makcik jahitkan poket yang lebih besar untuk baju makcik. Mudahkan?

Mak Jah: Ya. Tapi...

Operator: Terimaksih kerana membuat panggilan.

Isnin, Januari 23, 2006

PENGGUNA BIJAK

(Suara latar) Angin sepoi-sepoi bahasa. Kiah menunggu Mak Jah di tangga rumah. Mak Jah pulang dari membeli belah dan terus melaporkan kejayaannya sebagai pengguna bijak.

Mak Jah: Emak beli jam tadi. Beli satu dapat free satu. Untung betul.

Anak: Takkan emak nak pakai dua jam. Tangan kanan satu dan kiri satu ke?!

Mak Jah: Nah! Ambil satu ni untuk kau.

Anak: Terimakasih. Sayang mak. Boleh tak orang nak tengok jam free mak tu?

Mak Jah: Excuseeeeeeee me! Kau punya tu yang free. Yang berbayar hak aku.

(Suara latar) Jadilah pengguna bijak.

Jumaat, Januari 20, 2006

RESIPI TELUR PAPA

Sudah hampir 7 tahun aku tidak pegang sudip dan kuali. Tibalah masanya untuk aku mengambil peranan awek cun yang mengorat aku. Dia dalam pantang yang panjang untuk memulihkan kesihatannya.

Mula-mula aku mahu goreng telur mata kerbau. Terpecah pula kuningnya. Aku pergi ke Pelan B iaitu telur dadar. Masa nak balikkan telur, terkoyak pula. Pergi ke Pelan C iaitu scramble egg. Hancurkan telur itu. Terlalu lama atas kuali, kering pula telur itu.

Sarahmon dan Sabrinamon melihat lauk telur itu dengan penuh curiga. Langsung tidak sama dengan masakan mama. Aku katakan, "Ini resepi papa, telur goreng ultra."

Mereka makan telur itu dengan kicap hingga habis. Ha Ha Ha. Selagi aku masak resepi aku sendiri, aku tidak mungkin buat silap. Satu projek penjenamaan semula yang berjaya.

Khamis, Januari 19, 2006

MENCARI PERHATIAN

Sabrinamon masuk keluar bilik dengan memakai gogal dan batang tubuhnya dalam pelampung kuning. Pelampung itu lekat di paras pinggang. Kadang-kadang dia kepit buku mewarna dan anak patung di bawah ketiak.

Adatlah. Bila orang baru hadir, Afimon (Taufiq Afi) , tumpuan ibu dan kakak adalah kepada bayi itu. Aku syak Sabrinamon mahu menagih perhatian. Kasihan.

Aku? Aku pun kurang diberi perhatian sekarang tapi pelampung itu terlalu kecil untuk badan aku. Ia sendat di kepala di paras telinga.

Jumaat, Januari 13, 2006

SMS Message From: 0127652115

Fri, 13 Jan 2006 10:53:31 +0800

Hello world

Baca niat puasa. Sahaja aku ber'puasa' 44 hari ...

Note:
Taufiq Afi. 4 Kg. Hospital Sultanah Aminah JB. 10.27 a.m.

Lintas Langsung:
Blog Realiti Sinaganaga

Khamis, Januari 12, 2006

BELI SATU PERCUMA SATU

Mana satu yang betul?! Tadi awak kata bayar RM50 dan dapat dua jam tangan.
 
Lepas itu awak kata, bayar satu untuk RM50 dan percuma satu jam tangan lagi.
 
Mana satu yang betul ni?!

Isnin, Januari 09, 2006

MENANTI KELAHIRAN MU

Rembas hujan turun berderai-derai entah sejak bila. Kain baju di jemuran rindukan bahang matahari. Kami anak beranak bergelimpangan di depan TV bersama-sama bantal dan kusyen.

Apabila aku sedar dari lenaku, aku dapati tiga perempuan kembung tidur di keliling aku. Yang pertama adalah awek cun yang mengorat aku, sarat sembilan bulan mengandung. Yang dua lagi adalah Sarahmon dan Sabrinamon, masing-masing dengan bantal di dalam baju mereka. Ahhh... manisnya detik ini.

Aku mencapai bantal lantas memasukkannya ke dalam baju aku. Kemudiannya aku menyambung tidur sambil didakap dingin musim tengkujuh. Aku rindukan orang yang tidak pernah aku jumpa.

Khamis, Januari 05, 2006

AKSI SONSANG (SIC)

Ritual biasa pada hari Rabu malam Khamis. Mon-mon menyembunyikan alat kawalan jauh TV dari aku. Aku terpaksa layan drama jenayah paling lama bertahan di Malaysia, Gerak Khas. Seperti siri Power Ranger, formula plotnya boleh diramalkan. Isu dari akhbar Metro digunakan sebagai layar plot dan tiangnya adalah kesungguhan hero Gerak Khas mendapatkan maklumat dari informer untuk menumpaskan orang jahat. Orang jahat malam tadi adalah kumpulan Logam Hitam.

Tut... Tut... Tut... Tret... Tret... Tret

Ritual biasa pada hari Rabu malam Khamis. Seorang bapa yang tidak jumpa alat kawalan jauh TV mengirim SMS kepada aku.

"Mengeja SONGSANG pun SONSANG, lagi mahu berkhutbah."

Bapa itu memberi komen lintas langsung tentang amaran "Jangan tiru aksi sonsang (sic)ini" yang disiarkan setiap kali kumpulan jahat Logam Hitam beraksi.

Aku pun membalas.

"Kau boleh masuk pasukan Gerak Khas. Bahagian Polis Bahasa. Ha ha ha."

Bila habis sahaja Gerak Khas. Tukar ke TV3. Nora dalam siri Puteri sedang beraksi. Layan juga sebab aku tidak punya kawalan terhadap alat kawalan.

Tut... Tut... Tut... Tret... Tret... Tret

"Puteri tidak merangsang minda tapi dia halwa mata yang enak. Ha ha ha."

Ritual hari Rabu malam Khamis.

...................

Jangan tiru aksi riak songsang pemenang Anugerah Weblog Terbaik 2005 (AWET '05).





LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Laporan Penuh Gathering Geng Jurnal + Majlis Anugerah Weblog

...........
Menjawab Kawan-kawan. Extra rajinlah pulak sebab dah lama tak blog.

Ungsunghero,
Sama-samalah kita berhijrah.

Bukunota, Naga,Amyz,Jigo, Bluehikari, Bas, Rafthah, Op, Pak Bear, Spyz
Mungkin aku duduk di Blogspot ni. Berlama-lama. Tengok serasi tak.

Kaez,
Miss you too. Memang you tinggal nama je. Jangan nyanyi lagu "Aku menulis bukan kerana nama." Tulis la lagi.

Mo Tat,
Singgah la opis Tok. Ajak Tok keluar. Belanja Tok makan.

AJ,
Miss you too bro. Bila kau nak balik Malaya?

Kepompom,
Aku sedekahkan Al Fatihah pada arwah.

Mar,
Kalau angau, jumpa bomoh. Makan kemiyan 3 biji satu hari. Sembuhlah.

Rabu, Januari 04, 2006

DANCHAN WEBLOG

Jigo cerita, dia tengok Adi. Tersenyum. Adi tengok dia. Tersenyum juga. Ha ha ha. Situasi dua sahabat yang pendiam. Tidak tahu bagaimana nak mula bercerita. ha ha ha.

Diam ini ada baiknya. Kurang cakap kurang dosa.

..............
Tidak seperti ramai orang, aku lebih terpikat dengan sistem blog Danchan. www.danchan.com/weblog. Pun begitu, Danchan tidak kaya. Maka sistem ini selalu terputus. Aku cuma tahu mengenainya melalui pesanan di Daypop.com (Juga satu inisiatif Danchan).

Daypop down until at least Jan. 7, 2006
Dec. 16, 2005

Unfortunately, Daypop is going to be down at least until Jan. 7, 2006. .... I'm also looking for colocation sponsorship. Managing a line to my home is just not cutting it. feedback AT daypop DOT com


Buat masa sekarang, aku bermukim di Blogspot. Sebenarnya blog ini sudah lama wujud. Tempat entri-entri yang tidak sesuai dengan konsep blog utama Tok Rimau.

Isnin, Januari 02, 2006

VIDEO TUTORIAL FOTOGRAFI

Ini adalah video tutorial dalam format mov (sila guna Quicktime player 7.0) untuk jurugambar baru yang teringin mahu mengambil gambar pengantin dengan gaya Photojournalism (Candid+storytelling+capturing the spirit of the event). Video asal tutorial dibuat dalam format DVD untuk dipersembahkan di majlis Gathering Geng Jurnal di Putrajaya pada 1 Jan. 2006.

Aku mengharapkan, video ini akan membuat penonton tergerak untuk mengambil gambar tetapi seorang Geng Jurnal berkata, "Tok, setelah menonton video ini, saya terasa ingin kahwin sekali lagi."

DOWNLOAD MOVIE 3.62 MB.


Video Lain Yang Turut Ditayangkan:
PROJEK BASAH 2.0 oleh Pak Bear.
GJ 2005 oleh Op
Ayam Kongsi Gelap oleh Naga
Riak Tok Rimau oleh Tok R
(Link mungkin disediakan kemudian)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
LAPORAN GATHERING GJ


Iklan:
http://www.badongo.com untuk upload fail besar.
http://ayares151.fotopages.com untuk khidmat gambar pengantin.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...