LCD Mesin masa: 1984
Nama sedia ada terlalu kasar dan lapuk untuk cerita romantik yang sebegini. Kali ini mungkin Ghazi Syibli Junaidi lebih tepat. Dengan mesranya dipanggil Syibli lebih romantik. Lebih jiwa-jiwa.
Lif hancing rosak seperti biasa. Syibli menuruni tangga flat seawal 6.15 pagi. Dari Bukit Chagar Syibli menuju ke Johor Bahru. Langkah sekata dan pantas. Syibli lintasi landasan-landasan keretapi dalam kawasan stesen terselatan di Malaysia. Sunyi. Keretapi pagi dari utara belum tiba. Dari jauh kelihatan lilin-lilin mat gian di bawah jambatan yang melintasi landasan.
Syibli tembusi pagar dawai yang berkarat kawasan stesen keretapi untuk keluar ke Jalan Tun Razak, jalan utama untuk ke pusat pemeriksaan imigresen bagi kuli-kuli yang berkerja di Singapura. Dia lintasi jalan paling sibuk di Johor Bahru ini dengan mudah kerana kereta-kereta merangkak dalam kesesakan. Biasa. Dia panjat pagar keluli pembahagi jalan setinggi dagu untuk ke seberang dan teruskan perjalanan secara diagnol melintasi kawasan letak kereta Kompleks Tun Razak. Pusat Mat Rock Johor. Dia berhenti bila jumpa jalan Wong Ah Fook, selari dengan sungai Segget.
Syibli menunggu bas Alec nombor 50 di jalan Wong Ah Fook bertentangan dengan pasar besar. Kalau bas itu tidak rosak, ia akan sampai dalam 6.30 pagi. Ada satu sahaja bas 50. Bas itu lalu sejam sekali. Jika bas nombor 50 rosak atau Syibli terlewat, dia akan naik bas 48. Jika naik nombor 50, dia cuma perlu jalan 100 meter ke Sekolah Teknik dari perhentian bas. Jika naik nombor 48, dia terpaksa jalan 1 km lagi dari perhentian bas terhampir dengan sekolah- menembusi hutan kecil belakang Sekolah Tun Fatimah. Kadang-kadang bersaing dengan pelajar-pelajar sekolah jiran menghisap rokok dalam hutan itu. Syibli? Dia tidak hisap rokok. Belum lagi.
Kawan-kawan lain tidak pernah lewat sebab mereka duduk asrama, bangun tidur sahaja mereka sudah sampai di sekolah. Kalau Syibli sampai tepat pada waktunya, Syibli terus berbaris secara berpasangan di kaki lima kelas bersama kawan-kawan lain. Semua mahu ambil kedudukan barisan tepi tingkap jauh dari laluan. Senior-senior akan lalu sambil melagakan bahu mereka kepada mereka yang berbaris di kaki lima. Hebat sangat la tu. Terima sahaja. Cukup baik jika mereka tidak suruh basuh kasut. Itu pasal Syibli tunggu jadi senior baru masuk asrama.
Kalau sampai lewat. Syibli disuruh ronda keliling sekolah sambil mengutip plastik-plastik sampah sarap sebagai upah. Begitulah rutin bosan berkitar-kitar sehingga monyet cinta datang mengayut di tangkai hati. Maka remajalah Syibli.
Rabu, Februari 22, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
28 ulasan:
...menarik. teruja menanti sambungan cerita.
adakah Syibli terserempak dengan cinta hatinya sewaktu menyusuri hutan kecil belakang STF??
sama-sama kita tunggu...
heheheh :)
macam mana dengan hari isnin. hari perhimpunan?
Rinci betul la entri kau kali ni, siap nombor bas semua ada ni. Kau takut aku sesat lagi, ya?
Tiinnnnnnn..
tengokkkkk..
dia mula balik dahhhhh!!!
:-)
p/s bbrp hari lepas, aku terbaca di akhbar, seorang pengarah muda nak buat film pasal bukit chagar...
bas Alec no 50 tu...
olskool abis plak tu ade pasar bahru lagi tu...
singgah warong mee rebus lan janggut atau lepak kat manggis selepas balik dr sekolah...
lepak kat warong wak kat depan skolah teknik tu tak...
rugilah syibli kalau tak tempuh seme tu..
muqaddimah yg menarik. kita tunggu plot berkembang...
Oit! Cerita ni boleh bikin pembuka gelanggang Cerbung tak?
macam permulaan sebuah karya yang hebat...
Encik Syibli ke yang nak buat pasukan bolasepak My TEAM tu?
Ha ha.
Bas 50 tu kena tunggu kat kubur ke? Singgah warung depan Jab Pelajaran tak? Nengok monyet dia?
tok, masa tu stesyen minyak yg byk pam tu dah ada tak, tok?
hmmm...hmmm..
katakan tahun 1995 dia ke Singapura, bercinta di Tanjung Pagar.
1984? baru 4 tahun~ tua rupanya syibli tu eh?
wahh....
gaya cerita yang tak complex, tetapi, agak menarik juga.....
boleh juga, jika tidak sambung/habisi cerita ini.
boleh juga buat filem, dan sekali gus, tunjukkan kepada pihak berkuasa, isu lif yang rosak dan tidak diperbaiki di flat-flat bt. chagar. kasihanilah mereka yang tinggal di tingkat atasan.
bas alec 48?? rindu la plak zaman sekolah dulu...kalau kuar rumah awal, dapat la tmpt duduk dlm bas tu..kalau lewat sket, bas dah macam sardin..kalau nasib baik bleh naik walaupun seksa berhimpit lagi..kalau nasib tak baik, bas tak berhenti dan MR. SINGH dah tunggu kat pagar sekolah...huhuhuu
Rhendunya kat JB!
Teringat saat2 sekolah dolo.
Tok sekolah teknik jugak ker..?
Uhero,
Cerita bersambung sebaik sahaja sampai waktu di mesin masa.
Atier,
Budak STF dalam dunia mereka sendiri. denai dalam hutan belakang sekolah mereka pun mereka mungkin tidak tahu.
Ron,
Hari perhimpunan. Kita nyanyi lagu. Berdiri tegak.
786,
Pastikan kereta kau mengekor bas yang betul
Anon,Yunir,
Terbaca juga pengarah muda generasi baru mahu bikin TANGGA FLAT BUKIT CHAGAR. Mesti tonton tu.
Seniman,
Mi rebus lan janggut. Feveret tu. ABC di bazar gerai bulat. Yum-yum. Sesekali singgah tempat orang jual ubat kuat. Gambar2 yang dipamerkan amat infotainment.
Sayuti, Bas, zizie,
Satu permulaan yang berhati-hati. Cerita bersambung bila mesin masa cukup bateri.
Naga,
Lutut dah hancur utk bola.
Ayah,
Tak ramai orang tahu dada kubur belakang bus stop tu. Aku memandangnya jika mahu ketenangan.
JBM,
Stesen minyak tu baru lagi.
Adadia,
Syibli ke Spore utk beli laici je.
Dinar,
Hmmmmmmmmmmmmm
Amyz,
Tok masih muda. Awet muda.
Nina,
Bas 48 boleh tengok awek SIGS, SSI, SAB, Convent. Hi hi hi.
Emi,
Tok sekolah EC. Syibli yang pi Teknik. Nak jadi jurutera kunun.
..........TOK R
tok, nina SSI tp tahun 84 tu masih sekolah rendah lagi..x naik bas alec 48 tu,hehehee
Tok punya cerita ingatkan saya zaman awal remaja saya kat J.B.
Dari Sekolah Agama Bandar ke SAB Jalan Kaki meredah Tarom,Lepak-lepak kat hutan bandar,El-Chico,Ponteng melepak kat kubur china.Meredah hutan untuk masuk SAB dari pagar belakang,Lepak di dalam paip air.
2 Tahun di SAB lepas tu saya pindah ke Kota Tinggi.
SAB dan kenangan awal remaja tu masih ada lagi :b
alahai...
tokei ABC bazar gerai bulat tu punya anak dara....fuiyoo...
arghhhhhhhhhh...tidak...
nostalgia abis siyoooooooooooooooooot....
tok syibli nie fantasi ke...
hehehehe...
sambung arr apa lagi...
tok templetmu sudah kusiapkan...
mahu ke idak nie...
ahmad...
ko lepak kat dlm paip air blakang SAB tahun biler...
salam...
Tok, saya penulis blog baru...
lawatilah blog saya di http://tembakaujawa.blogspot.com...
kritikan terhadap penulisan anak tiong ini adalah diharapkan....
hehehehe...
ajin arr tok, nak berjinak jinak dgn penulisan plak...
beri tunjuk ajar iya tok...
"Adadia,
Syibli ke Spore utk beli laici je."
laici singapore ker?
hehehehe......
hurm..setau saya syibli tuh orang kedah..pastuh rasenye die x penah masok skola teknik...kalau dia skola teknik, musti dia pandai math. tapi add math kosong jgk. kalau kawan ngan budak skola teknik tuh ada la..kalau tak caya try tanya syibli...
betoi dak syibli?
yaa..betoi...
tapi takpa...kita ikuti sambungan crita ni..nak tau la jgk nanti syibli tuh pandai ngorat ke tak.
Aiseyman Naga. Garang betul backdrop blog kamu sekarang ni.
Catat Ulasan