Turun dari bas sekolah, Sarahmon menangis teresak-esak.
"Duit Sarah hilang."
"Berapa ringgit?"
"Satu Ringgit"
"Cuba cari dalam bilik"
"Hilang masa nak naik bas sekolah tadi."
"Cuba cari dalam bilik."
Teresak-esak masuk bilik. Hilang dari pandangan. Keluar dari bilik teresak-esak.
"Tak ada."
"Cuba cari depan pintu."
"Hilang masa naik bas sekolah tadi."
"Cuba cari depan pintu."
Teresak-esak pergi depan pintu rumah. Tangisan terhenti. Kutip duit satu ringgit dari lantai depan pintu. Berhenti menangis. Senyum. Bercahaya wajahnya.
"Dah jumpa."
"Lain kali hati-hati pegang duit. Pergi masukkan dalam tabung"
Dia tidak tahu. Tadi. Semasa dia masuk bilik, aku keluarkan satu ringgit dari dompet aku. Renyukkan dan campak depan pintu rumah.
Selasa, Februari 07, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
19 ulasan:
dan dia juga tak tahu baca blog ini.
-Basri
how sweet...
hahaha...
selamat dunia monmon...
lepas ni kalau sy datang umah tok...
sy nak nangis la...
sambil cakap...
"duit RM 100 sy hilang..."
boleh tak tok?
So sweet of you Tok Rimau. I love how you treat your children.
salam...
hehehe...
sychologi yg ade baik dan buruknya to tok...
neway bebudak lagi, tak kisah arr kan...
yur new blog design is on the way and have to talk to you bout KARP ne project named CRADLE | A Blook Assemblage.
nanti aku emailkan info and hope tok dpt berikan ide utk menjalankan projek tu...
insyaallah...
Nasib baik sekarang ni syiling seringgit dah diharamkan.
Kalau tak, Sarahmon mungkin bertanya, "duit Sarah tu syiling, camna tukar jadi kertas?"
Agak-agak macam mana muka tok masa tu?
Geng,
Sarahmon ada juga kerut dahi. Kenapa hilang tempat lain, jumpa tempat lain. Aku kata, "Sama tak muka lelaki bermisai bertanjak dalam duit tu?"
"Sama."
"Duit Sarah la tu."
Tapi kalau dia hilang RM50 ke atas, aku rasa aku terangkan pada dia dia konsep "Rezeki dan takdir."
hahaha..
pokol berapa tok? artwork lambat, tapi tak lepas dateline.
Rimau,
Duit aku hilang gak weh. Sepuloh hengget!
dan...
kalau sarahmon ngadu sakit kaki, suruh dia cuba lompat2 teng-teng-gula-batu.
Dan nanti bila besar Sarahmon akan tersenyum sendirian apabila menatap tulisan ayahnya ini.
Dia akan kagum kepada kasih sayang ayahnya.
Naimisa
sweetnya ayah macam tok ni...
dah banyak kali ke sini, tapi tak pernah tinggalkan komen, tapi kali ini macam teringin.
entry ini buat saya teringatkan kisah hampir sama masa kecik2:
saya hilang duit di sekolah, bila balik menangis2 abah suruh cari dalam beg,saya tau takkan jumpa, tapi bila cari sama2 tiba2 dia jumpa pula. yang peliknya, abah jumpa dalam kocek tepi tempat letak bekas air, dan saya tak penah letak duit di situ.
kasih sayang seorang abah kepada anak mmg tak bertepi.=)
kelmarin aku tengok David Blaine the Street Magician kat Astro. Terus teringat entry Tok yang ini... heh heh.
dah agak tok akan buat trick tu. bagus. sy pun nak tiru kat hiro nanti. rudy.
Apabila pita sketsa kehidupan itu diputar semula :
"Cuba cari depan pintu."
Teresak-esak pergi depan pintu rumah. Tangisan terhenti. Kutip duit satu ringgit dari lantai depan pintu. Berhenti menangis. Senyum. Bercahaya wajahnya.
"Dah jumpa."
"Lain kali hati-hati pegang duit. Pergi masukkan dalam tabung"
" Tapi, nombor siri kat duit ni tak sama ngan nombor siri duit Sarah yang hilang tu ... "
" .... "
( Kadang-kadang dalam hidup, pengakhiran tidak selalunya sebagaimana diduga.. he he )
*nangis sedu sedan*
tok.. duit saya jatuh juga. nota RM50 sebanyak 100 keping. hilang. masa pergi "sekolah" tadi ada, balik dah tak ada. *sob.. sob..*
mintak tok renyukkan duit tok dan campak depan pintu rumah saya ya!
p/s jangan beritahu orang lain!
Catat Ulasan