Isnin, Februari 20, 2006

KELAB ROTI KIRAI

Trett Tutu Tut Trettt Tut Tut. Semboyan SMS berbunyi.

Naga: Aku tengah makan roti kirai. Pengkid depan aku bawa aku awek cantik. Hanya wanita yang faham wanita.

Trett Tutu Tut Trettt Tut Tut. Semboyan SMS berbunyi.

Rimau: Kau ngorat la awek cantik tu. Lihat apa jadi pada pengkid tu.

Trett Tutu Tut Trettt Tut Tut. Semboyan SMS berbunyi.

Naga: Datang pula Mat Salleh bawa 'anak ikan'.

Trett Tutu Tut Trettt Tut Tut. Semboyan SMS berbunyi.

Rimau: Oitt, sejak bila pulak kelab gay ada jual roti kirai?!

Trett Tutu Tut Trettt Tut Tut. Semboyan SMS berbunyi.

Naga: Tak (Bukan kelab gay). Gay yang datang kelab roti kirai.

11 ulasan:

sinaganaga berkata...

>>Pengkid bawa depan aku awek cantik.

Pengkid DEPAN AKU BAWA awek cantik.

Pssssttttt! Berbukalah, jika puasa kau membawa mudarat. Ha ha.

Tanpa Nama berkata...

Siot Jer NAGA.

ini boleh masuk kategori, pengaruh rakan sebaya ni. hahaha

Tanpa Nama berkata...

penkid bawak awek cun. mat saleh bawak anak ikan. naga bawak siapa?

jeng jeng jeng.

adadia berkata...

camne bentuk roti kirai tu?

NORDIN ABD RASID berkata...

yerlah.. roti kirai tu mcmn tok? tak pernah makan. Jgn2 roti kirai tu bukan sejenis makanan.

Tanpa Nama berkata...

naga bawak peng-kid-anak-ikan? hahahahaaha! bluehikari

Rie berkata...

"Pengkid depan aku bawa aku awek cantik. Hanya wanita yang faham wanita."

"Datang pula Mat Salleh bawa 'anak ikan'"

hehehhe
Hanya mat salleh faham "kehendak" anak ikan

Tok Rimau berkata...

Naga:
Aku dah betulkan sintaks kata-kata , langsung memberi semantik yang kita mahu.

Ron:
Aku bukan rakan sebaya naga. Aku jauh lebih muda. Mungkin setahun cahaya.

Op/Bluhikari:
Naga keluar dengan roti kirai. Jeng jeng jeng.

Adadia/Nordinar:
Roti kirai = roti jala. warna putih kekuningan dan banyak liang-liang. Sedap dimakan dengan kari atau pengat durian.

Sesukahati Engkau:
Kita bakal tak hairan kalau Kuala Lumpur pun diterbalikkan dan dicurah lumpur macam Filipina.

Sayuti berkata...

(ringtone lagu shinchan)
dah dengar lagu to'ki terbaru?

NORDIN ABD RASID berkata...

la roti jala. Cmner pengusaha roti jala sendiri tak tahu nick roti kirai ni..

p/s: tringat pngalaman bulan posa 2003.

tuan tanah berkata...

ayat penyata: saya sudah lama tidak makan roti kirai.

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...