Isnin, Februari 13, 2006

LAICI SINGAPURA

Kecoh dalam media, rambutan Malaysia dieksport sebagai laici Singapura. Ini satu penipuan. Ada yang merasa muka mereka diconteng arang. Cis! Maruah negara tercabar.

Aku tidak hairan tentang hal ini kerana aku tahu ini adalah politik perniagaan import-eksport. Ada kilang mengimport bateri dari China ke Malaysia. Bateri itu dilabel sebagai bateri buatan Malaysia. Kemudian bateri itu dieksport ke Timur Tengah. Berbanggalah Pak Arab membantu sebuah negara Islam yang semakin maju ini.

Apa yang lagi menarik adalah baju buatan tempatan, dilabel sebagai buatan England. Kemudian dipasarkan di Petaling Street. Kemudian, dibeli oleh orang kita ketika melawat Kuala Lumpur. Berbanggalah orang kita memakai baju Made in United Kingdom dari Batu Pahat. Siapa yang hendak kita tipu? Diri sendiri.

Teringat aku masa sekolah dulu, beg dari kain berona hijau milik aku terlukis lambang Nike dengan pen dakwat hitam bermata bola. Bangga? Lebih kepada keliru agaknya kerana di atas beg yang sama ada simbol Adidas, Scorpions dan Alleycats.

11 ulasan:

test berkata...

salam...

ahaks...
bangga siyot saya...

Pegawai Khalwat berkata...

Ha ha ha..... (tumpang gelak).

Alah tok, kalau nama pun boleh tumpang orang, takkan orang tak boleh tumpang produk kita. Padan muka la (kita?)

Eg: durian belanda, ayam belanda, selipar jepun......

sinaganaga berkata...

Dan, Nora Danish bukanlah produk buatan Denmark. So. Apa benda yang kita nak boikot ni? Ha ha.

Tanpa Nama berkata...

Oh.....
begitu politiknya import-eksport.....

ahhh.. terima kasih, tok, kerana berkongsi isu ini dengan kita sumer.....

Tanpa Nama berkata...

Inilah yang buat aku suka Tok R (dan yang seangkatan dengan dia).

Memperkatakan isu yang serius dalam nada lawak. aku gelak.

-Basri

adadia berkata...

Salam.

Mmg tak dinafikan semuanya.Jeans Levis diperbuat di Penang sahaja.Teknik berniaga kut :)

Tok Rimau berkata...

DKNY (Dona Karan New York) dari Parit Raja diperagakan di Bangsar. Singapura mungkin menipu orang dengan rambutan Malaysia sebagai laici Singapura; tetapi orang kita menipu diri sendiri dengan memakai baju buatan sendiri dengan topeng asing. Ha ha ha.

Teringat aku masa sekolah dulu, beg sekolah dari kain berona hijau aku terlukis lambang nike dengan pen.

Tok Rimau berkata...

S.J.
Riyak terus riyak.

Peg. K
Air bandung satu. Lebih soda okay.

Naga,
Nora Danish? tidak sampai hati aku nak boikot dia. he he.

Yun,
Anda sudah bersedia utk bisnes glokal.

Bas,
Aku tidak boleh jadi reporter sebab aku tidak pandai serius.


Adadia,
Levi's penang tu nama Levi's atau Lebais? Ha ha ha. Ini belum cerita kasus Adibas lagi. ha ha ha.

Tanpa Nama berkata...

aku dulu, kerja kilang,
sebelum sempat dieksport,
aku dah beli. tapi kilang tak kasi aku borong.
gila murah, kalau aku boleh seludup keluar jual sama harga dengan yang diimport balik. rumah batu laut dah sekarang. huhuhuh

June berkata...

di K-Mart, mat saleh belek T-shirt ocean pacific buatan Malaysia, dan mengeluh sinis.

aku terPAKU tepi mat saleh, tak tahu nak mengaku aku orang malaysia ke tak.

tapi, hairannya, lepas tu aku yang beli t-shirt OP tu.

itu DULU...

tuan tanah berkata...

tok rimau, saya kalau jalan2 di negara orang bila mahu beli souvenir, tgk-tgk copnya 'made in China.' Hampeh betul...

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...