Khamis, April 27, 2006

LAGU JAHANAM

Lagu Jahanam boleh dimuat turun secara PERCUMA dengan cara mencucuk cursor kepada salah satu Host di bawah dan memicit butang kanan tetikus dan pilih "Save Target As" :

Host1: Mygj+Ron97 Penyimpan lagu
Host2: Yunir Penyimpan Lagu

Beri tepukan yang gemuruh kepada penaja-penaja host.

Kita kongsi mencari lirik. Seorang serangkap, lama-lama boleh lengkap.

................


Tajuk: Jahanam (Versi Akustik)
Vokal: Pheja


Weeih semua weh habis
Terung pisang nenas lada
weh habis

Hamba jual dah anda bayar

Jahanam
Habis kerana mu
Jahanam
Habis kerana mu

Kerana mek nak mengaji
ayah pun setuju hati
Jahanam

Dari kelas satu sampai kelas enam
banyak orang cikgu puji kata comel
Periksa nombor satu boleh angkat ibu tangan
Ayah pun atas nafsu duit habis pun hati senang

Masa dalam belajar nampak molek benar
Malam malam menghafal aduh sedap dengar
Makyung wayang gambar dia tak kenal
Tempat suka hilai dia tak mahu benar
Ayah rasa suka bahawa anak rajin
Habis harta benda tiada kerana lain
Setakat timbul ganja anak nampak mereng
Sekolah pun tak berapa duduk gila nak bersaing

Jahanam
Habis kerana mu
Jahanam
Habis kerana mu
Kerana mek nak mengaji
ayah pun setuju hati
Jahanam

Lalu ayah hantar ke universiti
Hawa masuk bandar mula tidak mahu ngaji
Kain tidak mahu pakai dok gila seluar Bobby
style dekat tepi pantai semingu empat lima kali

Sebulan sampai surat mahu nak duit seribu
Dia tulis cakap nak buat beli buku
Ayah memutar ligat mikir sampai seminggu
Sehari sampai gelap jual kerbau tak laku

Salleh rasa nak pergi
nak tengok anak bertuah
Rupa-rupanya tak mengaji
dok ralit hisap dadah
Yang jantan pun ada sekali
tindih tindih atas bawah
tendang kain habis licin
telanjang merah merah

Kenapa mek
mu buat gitu
Yang inilah, ayahmu malu
Kenapa apa mek
mu buat gitu
Yang inilah, ayahmu malu

Salah teka kepada jangka
anak bertuah jadi celaka

Kenapa mek
mu buat gitu




Lain-lain hal:
Jurutera bunyi: Tok Rimau (Tok cuma ketuk-ketuk papan kekunci dan goyang-goyang tetikus sahaja)
Lirik: Unknown
Format: mp3
Saiz: 5.1mb (Sembelit komputer kalian nak download)
Duration: 3.43

.................

Latar Belakang Lagu Jahanam
Pertama kali aku dengar lagu ini adalah ketika berkereta dari Johor ke Perak bersama Pheja. Tahun lepas. Kalau Pheja tidak hisap rokok, dia akan nyanyi lagu ini. Lagu ini adalah lagu tangga kemuncak carta siulan muda-mudi Kelantan suatu masa dahulu. Lagu ini lekat dalam otak Pheja dan berputar-putar dalam mode loop. Aku pun jadi penasaran.

Bulan lepas. Aku dan Pheja masuk hutan berbekalkan Walkman untuk merakam suara. Jika kalian dengar betul-betul, ada bunyi latar cengkerik turut menyumbangkan suara. Kami buat dua versi, versi siput dan versi bertih. Jahanam Akustik perlepasan pertama adalah versi siput untuk mereka yang Bahasa Kelantannya Band 2. Versi Bertih masih dalam studio.

Perisian yang terlibat, yang baru aku terokai, untuk menghasilkan single ini adalah Storm Audio, Audacity, Garage Band dan iTunes.

Sabariah dari Kuala Lumpur menambah:

Oooh, it was a wicked wicked song, i think it was late 70s, it was the rage in Kelantan, spilt over to Terengganu where I lived. If i am not mistaken there were version one and two of the song, the story revolves around Mek Jenab, but i can't remember much of the rest, being the innocent and protected little girl that I was back then.



Jika kalian tahu tentang asal usul lagu ini. Sila kongsi bersama.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Ron97
Yunir

15 ulasan:

test berkata...

salam, tok, lama x singgah sebab skang jd pengembara, nak juga arr lagu jahannam tu, layangkan kepada saya di senimanjalanan at gmail dotcom ye tok. terima kasih.

Ku Keng berkata...

Mungkin aku ada kasetnya. nanti cuba cari.

Tok Rimau berkata...

1. Tok tidak lagu mengirim e-mel lagu Jahanam. Sila download sahaja.

2. Thanks Keng. Aku harap kaset itu masih elok. Aku nak pinjam. Siapa tukang karutnya? Ada lirik tak kat cover? Dapat poster percuma tak?

3. Edisi siasat menyelongkar latar belakang lagu diteruskan. Apa ke jadahnya Revival ini? Kita bakal menyusuri budaya Kelantan lewat hujung 70an.

Ron97 berkata...

weee semo wi habih
goreng pisang hok ada wi habis

ambo jual dah demo bayar


jahane
habih kerano mu
jahane
habis kerano mu

kerano mek nok mengaji
ayah pun setuju hati
jahane

dari kelas satu sampai kelas nem
banyak ore cikgu puji kata come
peksa nombor satu boleh angkat ibu tange
ayah pun atas nafsu duit habih pun hati sene

masa dale belajar nampok molek benar
male male mengapal aduh sedap dengar
mok yoh waye gambar dio tok kenar
tempat suka helai dio tokse benar

ayah rasa suka hawa nok rajin
ambih harta benda tak dok kerna lain
sakat timbun ada anak nampak meren
sekolah pun tak berapa duk gila nok saing

jahane habih keranamu
jahane habih keranamu

kerano mek nok mengaji
ayah pun setuju hati
jahane

lalu ayah hantar ke universiti
hawa masuk bandar mulo tokse ngaji
kain tokse pakai duk gilo seluar bobi
setaing kot tepi pantai semingu pak limo kali

sebulan sampai suat mae nok pitis seribu
dio tulih oyak nok wat beli buku
ayah mutar ligat mikir sampa seminggu
sahi sampa ngelat jual koba tok laku

salleh rasa nok gi
nak tengok anok bertuoh
rupo-ruponya tok mengaji
duk ngalet hisap dadoh
hok jate pun ada sekali
tindih tinden ataih bawoh
tendang kain abis licin
telanje merah merah

bakpo mek
mu buat gitu
hok nilah, ayahmu malu

bakpo mek
mu buat gitu

salah seko kepada jako
anak bertuah jadi celako

bakpo mek
mu buat gitu


/********
Gilo penat ambo nak salin
mintok kebenare nok guno hok ni samo
nok update kat tempah ambo.
boleh kot no?

HTTP://RON97.MYGJ.NET

Tok Rimau berkata...

boleh! No problem. Tapi cek dgn mek kelate dulu takut ada kesilapan.

Amyz! berkata...

waahh.. bila nak keluar album pulak?

test berkata...

orait tok, revolusi nie.

Rie berkata...

buat album plak tok. kompilasi lagu2 blog. hahaha.

kaset = kablog
cd = cdloog

cerebrator berkata...

wah...... tak faham ahh kelate nie sumer...

seluar bobby tu seluar baggy ker?

Tok Rimau berkata...

Kau pernah tengok film Hindi, Bobby? 1973.

Tanpa Nama berkata...

Visit my website to see Seluar bobby. 

Posted by Bobby

Tanpa Nama berkata...

Lagu ni memang popular masa aku kecik2 iaitu lbh kurang 20 thn lps. Aku masih ingat budak darjah 6 wat persembahan dikir barat lagu ni kat sekolah masa Hari Guru. Masa tu aku darjah 2.
Tima kasih kerana sudi mengembalikan nostalgia silam ini..
Ada gak bkn org kelate minat lagu ni yg boleh dikira spesis terancam.
Tima kasih.......

Tanpa Nama berkata...

Masa aku post komen ni nyata blog ni tengah renovate.

bukti: Masih ada "Edit-Me", seperti kebanyakan blog lain yang menjalani proses yang sama.

Hoho!

Oh, pasal entri ni, err..aku komen apa ye?

Romantis Selatan berkata...

zzZZzzz.... zzZZZZZzzz.... zzZZZzzz.... dengar lagu... dengar lagu tu... :)

Unknown berkata...

wei la..jupo jugok lagu nie.. ni la ayoh aku duk selalu nyanyi.. sedap lagu ni

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...