Dr. Azman kata anak jiran dia pandai cakap Tamil. Aku kata ini sudah hebat.
"Dia sekolah Tamil ke?"
"Tak. Dia baru 4 tahun."
"Macam mana dia pandai cakap Tamil?"
"Mak dia India."
"Ayah dia apa? Melayu?"
"Tidak. Ayah dia India juga."
"Kalau mak bapak dia India, maka biasa la dia pandai cakap Tamil."
"Aku tidak cakap pandai cakap Tamil itu luar biasa. Aku cuma buat kenyataan anak jiran aku pandai cakap Tamil."
Terkena aku semalam. Kadang-kadang kita selalu anggap benda yang biasa sebagai hebat jika kita tidak tahu cerita sepenuhnya.
Dalam perkembangan lain, dulu, mereka kata akan membina jambatan sekerat untuk orang bersiar-siar(Scenic Bridge) jika Singapura tidak bersetuju dengan jambatan bengkok mengganti tambak Johor. Hebat tu. Kemudian mereka membatalkan projek membina jambatan bengkok demi mempertahankan maruah negara. Ini lagi hebat.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Motor Kayu yang Hebat
Selasa, April 18, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
74 SINGAPURA DILANGGAR BASIKAL
Singapura kini bukan Singapura yang aku kenal semasa zaman remaja ku. Hujung tahun 80an, duit Malaysia dan Singapura hampir sama nilainya. J...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Pelancaran Buku Blog. 9 pagi - 5 petang. 1 April 2006*. Sabtu. Gerai 33. Laman Seni Kuala Lumpur . KLIK SINI >> MAKLUMAT TENTATIF ...
13 ulasan:
hebat macam mana tu?
//komen org malaih nak mikir arini.
hahaha
Dalam erti kata lain, Tok menyamakan Singapura dengan orang Tamil? Begitu?
Atau Tok menyamakan perkara membatalkan pembinaan itu sebagai biasa, walau setengah orang anggap ia luar biasa?
Hebat....hebat!
Entri blog biasa, tapi hebat.
Harimau hebat.
-Basri
Suatu hari 2 wali bertemu.
Wali 1: Aku boleh terbang ke udara dan berjalan atas air. Tunjukkan kebolehan mu.
Wali 2: Kenapa engkau riak dengan kebolehan yang boleh dibuat oleh mana-mana burung dan mana-mana ikan?
Wali 1 menyesal kerana bersikap takabur.
Aku rasa aku nak kuar dari projek JK2. Wat say you? Ermmmm....
atok rimau yg comel! trime kasih sebab buku AKB dah sampai! saya sangat suka hati :)
komen tok tu boleh buat entri :P
ya.ya.hebat.
tok r:
gimana aku ingin lontar kan wang AUD aku? tok boleh trime kad kredit? pening betoi urusan perdagangan antarabangsa ni.
~ Sama la tok anak jiran ni. Emak bapak dia orang cina. Anak dia kecik2 dah pandai cakap cina.....
~ Sang singa pandai berpura-pura....
jika aku masih jadi PM, aku dah lama buat jambatan tu - esis (bakal PM)
He he Tok, setelah saya membaca buah fikiran Tok ini, tiada ucapan yang dapat saya utarakan melainkan, bernas ! Betul tuh Tok, benda biasa dianggap hebat hanya kerana tak tahu cerita sepenuhnya.
"Wa tatak tau, tapi Wa suda tutuk ini tampat manyak lama"
Hebat.Kan?
Catat Ulasan